Belit melebihi MIC....
Kita gembira bersama Pas sebelum ini
DI KUALA LUMPUR - 30 MAR 2015
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, hubungan partinya dengan Pas selama ini adalah menggembirakan dan harmoni sehingga timbul isu mengenai undang-undang Syariah dan hudud.
Mengenai langkah yang akan diambil DAP dalam hubungannya dengan Pas, Tony yang juga Ketua Penerangan DAP berkata, keadaan itu bergantung kepada pemilihan Pas pada Jun ini.
Ditanya sama ada beliau 'optimis' dengan hasil pemilihan Pas itu, Tony yang pada mulanya kelihatan ingin bersuara akhirnya memilih untuk berdiam diri.
"Apa yang penting ialah mengenai pertikaian dalaman Pas. Apabila keadaan sudah stabil, maka kita perlu tengok kumpulan mana yang menang (dalam pemilihan).
"Dengan itu, kita akan tahu langkah seterusnya oleh DAP," kata Tony seperti dipetik Kwongwah Yitpoh.
Tony pada masa yang sama meminta penyokong tidak patah semangat dengan DAP kerana pihak parti sedang berusaha menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mendedahkan, pasukan undang-undang DAP sedang melihat kemungkinan untuk membawa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk dibicarakan di mahkamah.
Tony berkata, DAP pada masa yang sama akan terus memantau isu itu serta memberi tekanan kepada kerajaan.
Tony Pua tak salah
ReplyDeleteOrang Kafir hanya nak tegas kan , " ugama mu tuk mu , ugama ku tuk ku"
Tak adil lah melantak hasil kerja kuat Kafir melalui ekonomi nya , dan paksa hukum bukan agama nya ke atas mereka
Tangkap Melayu Islam makan minum rasuah yang ber leluasa dulu dengan hudud
Ini kerja malas , tau tau nak kena kan orang saja
Mangsa banjir tinggal dalam khemah tak di bantu nya
Bahalol doh PAS ini