Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 26, 2015

Majlis Raja-Raja nafi bincang hudud dan buat laporan polis

Majlis Raja-Raja tidak bincang hudud
mk - 4:50PM - 26 Mar 2015

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata, laporan yang dibuat di balai polis Jalan Travers di Kuala Lumpur pagi tadi juga bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

"Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

"Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (semalam) yang menyentuh perkara (hudud) itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita menyiarkan laporan yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud dan ia menjadi viral di internet.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa