Macam-macam pelik di dunia ni.......
Juruterbang pernah jalani rawatan jiwa
mk - 4:00PM - 27 Mar 2015
Juruterbang Germanwings, yang disyaki sengaja menghempaskan pesawat itu Selasa lalu, pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu, lapor akhbar Jerman.
Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27 tahun, yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis.
Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini, melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah.
Dokumen-dokumen itu tentang rawatan itu akan diserahkan kepada penyiasat Perancis selepas disemak pihak berkuasa Jerman.
Lubitz dilaporkan secara manual memulakan prosedur terbang menurun dan tidak memberi respons ketika juruterbang dan krew merempuh pintu yang dikunci sehingga pesawat penerbangan 4U9525 Germanwings itu terhempas.
Penemuan itu diumumkan semalam oleh oleh penyiasat Perancis. Insiden itu mengorbankan 150 orang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal, ketika pesawat menuju Dusseldorf, Jerman dari Barcelona, Sepanyol.
I don't even understand how I ended up here, but I thought this submit was once good.
ReplyDeleteI don't understand who you might be however definitely you are going
to a well-known blogger in case you are not already.
Cheers!
Feel free to visit my site ... Chiavari Chairs Sacramento - Wooden Collapsible chairs - A Great Remedy
Jika benar copilot itu gila sekali pun, tidaklah sampai untuk menerbangkan pesawat tersebut ke selatan Lautan Hindi. Berbanding dgn tragedi pesawat MH370, entah berapa ratus tahun lagi belum tentu dapat diketahui kisah sebenarnya.
ReplyDelete