Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 25, 2015

Malaysia jadi tunggang-langgang di bawah Umno Baru?

Apakah Malaysia jadi tunggang-langgang di bawah Umno Baru?
01:30PM Mac 25
oleh Ahmad Mustapha Hassan

SEKILAS PANDANG: Nurul Izzah Anwar, seorang Ahli Parlimen ditahan kerana dikatakan menghina badan kehakiman. Beliau mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Beliau tidak menyalahgunakan statusnya sebagai Ahli Parlimen, mahu pun membuat tuduhan di luar Parlimen. Di manakah hak istimewa Parlimen untuk Nurul Izzah?
Pada masa ini, banyak insiden yang membimbangkan berlaku. Akta Hasutan digunakan sewenang-wenangnya terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis yang kritikal terhadap kerajaan. Pada waktu dahulu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjadi alat menghalang kegiatan melawan kerajaan. Sejak ia dimansuhkan, Akta Hasutan pula yang menggantikan tempatnya.
Hampir setiap hari, polis menggunakan peruntukan dalam akta ini untuk menahan sesiapa yang dirasakan membuat kenyataan menghasut. Ini adalah undang-undang zaman penjajah, namun digunakan Umno Baru untuk menutup suara pembangkang.
Namun pada masa sama, pihak yang menyokong kerajaan terlepas daripada sebarang tindakan walaupun membuat komen yang boleh dianggap sebagai menghasut. Maka akta ini seolah-olah hanya untuk pembangkang.
Orang ramai juga bimbang dengan kadar jenayah dalam negara. Kini, untuk ke mesin ATM di waktu malam juga sudah tidak selamat lagi, seperti yang dilaporkan di media sosial baru-baru ini berhubung seorang yang dipukul dan dirompak ketika menggunakan mesin ATM.
Tanggungjawab utama polis adalah mencegah jenayah, namun nampaknya realiti tidak begitu. Syarikat keselamatan yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan membuktikannya. Pada masa ini, kira-kira 800 syarikat keselamatan di Malaysia. Tugas polis dalam menentukan keselamatan warga telah diambil alih oleh syarikat-syarikat ini, dan ia bukanlah percuma. Ini tentunya bukanlah sesuatu yang sihat.
Walaupun negara berhadapan dengan masalah kewangan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bulan hadapan, kerajaan seolah-olah tidak kisah tentang perbelanjaan dana awam. Kerajaan berbelanja seolah-olah sudah tiada hari esok, bukannya berjimat-cermat.
Daripada keseluruhan hal-hal tidak relevan yang menggunakan wang rakyat, salah satunya adalah jet eksekutif yang digunakan oleh Perdana Menteri. Golongan miskin langsung tidak dihiraukan, dan BR1M hanyalah gimik politik.
Wang tersebut boleh digunakan secara lebih cekap, berbanding pemberian secara langsung yang tidak pun cukup untuk menampung perbelanjaan. Namun, ia adalah jalan mudah untuk mendapatkan sokongan politik.
Kerajaan yang baik dan bertanggungjawab akan merancang untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyatnya.
Apa yang tidak patut dilakukan, sedang dibuat oleh kerajaan kita.
Kerajaan tidak mengangkat agenda yang bijak dan difikirkan secara teliti, di mana kebajikan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.
Kini, semakin banyak beban yang dihumbankan ke atas rakyat, dengan meningkatnya kos pengangkutan.
Negara kita kini dalam keadaan tunggang-langgang.

4 comments:

  1. CUKUP MENGHAIRANKAN OTAK MELAYU BANGSAT NI YA.UMNO BUKAN NYE BUAT NEGARA LINTANG PUKANG DAH HANCUR PENTADBIRAN NEGARA DARI SEMUA SEGI SUDUT.KEHAKIMAN HANCUR DGN PEMERINTAHAN GHANI TIMBANG TAHIL SELAMA 12 TAHUN JABATAN KEHALIMAN ,POLIS DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAH JADI BADUT.JADI BAHAN GELAK RAKYAT SAJA.EKONOMI DAN KEMENTERIAN KEWANGAN BAWAK CERTA MENIPU BERSAMA DGN ZETI.APA LAGI HENDAK TAK KE DAH HANCIR.

    ReplyDelete
  2. MEMANG UMNO DAH HANCUR. TAPI YANG KONONNYA NAK GANTI UMNO PUN LAGI HANCUR HEHEHEHEHE

    ReplyDelete
  3. Monyet mana ada Otak pun

    Nelayan pon nak jadi Ketua macam mana

    Bahalol semua nya

    ReplyDelete
  4. klu umno dah hancur dan membawa kehancuran knp tak mahu cuba alternatif. can it get any worse? melayu ada otak ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa