Ditanya dalam sidang medianya hari ini, Khairy berkata persoalan berkaitan identiti yang dimaksud sebagai 'berperangai buruk' (jemuan-jemuan) sepatutnya ditanya kepada Najib.
Bagaimanapun, Khairy yang juga menteri belia dan sukan berpandangan bahawa Najib tidak menuding jari kepada Dr Mahathir.
"Saya bersama mereka (Najib dan Dr Mahathir) keesokannya (selepas Najib membuat kenyataan) di Langkawi dan mereka berbual dengan mesra," dakwa Khairy.
Dalam ucapan perasmian Konvensyen Umno Kedah minggu lalu, Najib meminta anggota Umno mengetepikan 'jemuan' dan 'tukang kipas' dalam parti yang sering mengadu dombakan antara satu sama lain sehingga menggugat perpaduan di kalangan anggota.
Presiden Umno itu berkata Umno berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya 'jemuan-jemuan'(berperangai buruk) ini tiada dalam parti.
Spesies Lahanat nak cari makan sejak mentua nya pon bahalol senyap je bila MAS ada masalah
ReplyDeleteTapi ini budak kaya taya banyak duit.