Ada yang mengatakan bahawa kerjasama di antara PAS dan DAP sudah tiada lagi. Ini adalah atas sebab kenyataan DAP yang baru-baru ini menyebut bahawa mereka telah memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sambil menuduh beliau sebagai seorang yang tidak amanah dan penuh tipu-helah. Sambil mengkritik Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) sebegitu rupa, DAP pada masa yang sama menyebut bahawa mereka ingin terus kekal bersama PR. Sedangkan PR itu termasuk PAS! Maka ini bermaksud bahawa DAP ingin juga meneruskan hubungan dengan PAS, akan tetapi tidak dengan TGHH!
Kenyataan yang pelik ini menghasilkan berbagai komen. Ramai yang menyoal samada ianya mungkin dilakukan. Adakah mungkin diputuskan hubungan dengan Presiden sesebuah parti politik tetapi terus berkerjasama dengan parti berkenaan? Ianya sebuah kenyataan yang membingungkan.
Tidak kurang juga yang melenting dan menjawab tuduhan DAP terhadap TGHH dengan kata-kata yang sama kasar. Sehingga ada yang isytihar sanggup “menumpah darah untuk mempertahankan DS Presiden”! Walaupun DS Presiden bukan diancam untuk dibunuh atau diancam dengan keganasan maka apa relevennya tumpah darah adalah sukar dikaitkan. Saya tidak tahu dari mana datangnya respon sebegini yang tidak mencerminkan sebuah parti Islam. Sudah pasti ianya bukan cara terbaik untuk melayani kerenah DAP dalam soal ini. Ianya akan hanya meruncingkan lagi keadaan yang telah sedia meruncing.
MERUNGKAI KEPELIKAN KENYATAAN DAP
Ada juga yang mengatakan tohmahan yang dilemparkan DAP terhadap DS Presiden adalah hanya satu helah. Perkara sebenarnya adalah penolakan mereka terhadap perlaksanaan hudud atau Enakmen Qanun Jenayah Syariah di Kelantan (EQJSK). Tuduhan bahawa DS Presiden tidak berpegang kepada keputusan dan tidak amanah dengan janji adalah hanya sekadar alasan semata.
Tetapi jika benar ianya adalah sekadar alas, enakmen ini telah ada dengan PAS sejak dulu lagi. Maka agak pelik untuk tiba-tiba mengamuk selepas 6 tahun oleh kerananya.
Hanya bezanya sekarang ialah usaha ke arah perlaksanaannya dimajukan PAS setapak lagi. Tetapi adakah ini penyebabnya? Sekiranya ianya adalah atas sebab usaha PAS ke arah perlaksanaannya, kenapa pula tidak ditolak PAS keseluruhannya? Sebaliknya penolakan ditujukan hanya terhadap DS Presiden sahaja. Sudah pasti DAP memahami bahawa perlaksanaan EQJSK adalah agenda PAS dan bukan agenda peribadi DS Presiden. Dasar PAS di dalam perlembagaan sudah dengan jelas menyatakannya. Maka tidak lojik DAP menolak hanya DS Presiden kerana Islam dan hudud. Sepatutnya kalau itulah sebabnya, DAP akan menolak PAS dan keluar dari PR!
Apabila membaca kenyataan DAP dengan lebih mendalam, sambil mengenepikan segala bahasa marah dan kutukan yang digunakan terhadap DS Presiden, maka difahami bahawa persoalannya bukan EQJSK sebenarnya. Segala bantahan terhadap perlaksanaan Hudud dan EQJSK serta dakwaan ianya bercanggah dengan perlembagaan adalah seperti yang pernah dikemukakan DAP sejak dulu lagi. Dan selama itu, walaupun sudah wujud isu Hudud dan EQJSK, tidak pernah dikeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS.
Adakah mungkin yang menjadi permasalahan bagi DAP adalah cara bagaimana isu ini telah diuruskan oleh DS Presiden? Ini adalah kerana, menurut DAP, DS Presiden telah melanggar perjanjian dan persetujuan yang telah tercapai di dalam mesyuarat Majlis Presiden dan inilah yang menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa. Kononnya Pindaan EQJSK dan Private Members Bill (Usul Peribadi Ahli Parlimen) telah dipersetujui akan dibincang dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Presiden, sebelum ianya dilakukan, tetapi sebaliknya yang telah berlaku. Kedua-duanya dibawa dengan begitu sahaja dan adakah ini merupakan punca kemarahan DAP?
Turut diungkitkan juga ialah isu pencalonan MB Selangor 6 bulan lepas yang penuh celaru apabila DS Presiden turut dituduh melanggar persetujuan yang dicapai oleh Majlis Presiden untuk mencalonkan hanya DS Wan Azizah. DS Presiden tidak dapat hadir mesyuarat tersebut dan walau pun PAS diwakili 9 pimpinan utama lain, keputusan itu dibatalkan oleh DS Presiden pada keesokkan harinya. Menurut pandangan DAP, ketidak hadiran DS Presiden bukan alasan untuk mengubah keputusan yang telah dicapai bersama.
Walau pun begitu, peristiwa itu tidak dilihat seburuk dengan keadaan terbaru ini di mana walau pun DS Presiden hadir dan kononnya bersetuju, tetapi selepas itu melanggarnya dengan begitu sahaja.
Maka dalam keadaan itu mereka mengeluarkan kenyataan memutuskan hubungan dengan DS Presiden atas sebab “kesukaran berkerja dengan seorang Presiden PAS seperti Hadi Awang yang terus bertindak secara tidak jujur dan tidak berakhlak”. Namun begitu, DAP masih ingin berkerjasama dengan PR dan dengan itu, PAS!
RESPON SAYA BERHUBUNG TUDUHAN DAP TERHADAP DS PRESIDEN
Saya tidak terlibat di dalam mesyuarat Majlis Presiden. Oleh itu saya tidak tahu sejauh mana tuduhan DAP terhadap DS Presiden adalah tepat dan benar. Namun saya yakin ianya hampir mustahil untuk seorang pemimpin gerakan Islam memungkiri janji dan melanggar sesuatu yang telah dipersetujui bersama. Ianya adalah akhlak yang asasiuntuk pemimpin gerakan Islam supaya bertindak secara ‘sidiq dan amanah’, tidak bercakap dusta dan tidak memungkiri janji. Oleh itu, suasana ini adalah hasil salah faham atau DAP membuat tuduhan palsu!
Saya lebih cenderung untuk menganggap ianya adalah salah faham.
Saya merasakan mungkin juga punca masalah adalah sikap setiap parti terhadap kedudukan dan peranan Majlis Presiden itu sendiri. Mungkin PAS melihatnya sebagai medan perbincangan di mana keputusan yang dibuat tidak mengikat mana-mana parti. Sambil DAP dan PKR mungkin menganggap sebaliknya. Namun begitu, sudah pasti ianya berbeza sekiranya ianya telah dibincang terlebih dahulu dan dipersetujui akan tindakan bersama mengenainya! Sekiranya dibincang dan dipersetujui bersama akan sesuatu tindakan bersama, melanggar janji dan persetujuan tersebut sudah pasti tidak berakhlak.
Dalam soal ini saya tidak ada maklumat kerana saya bukan anggota mesyuarat Majlis Presiden dan oleh itu tidak boleh menyatakan lebih dari itu.
Namun pimpinan atasan, khususnya mereka yang hadir mesyuarat Majlis Presiden, ada maklumat dan oleh itu boleh bertindak berdasarkan maklumat tersebut. Ini adalah kerana mereka tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden. Hanya, biarlah tindakan itu secara bijaksana dan bukan melulu dan dengan tujuan memperbaiki dan bukan untuk meruncingkan lagi.
Begitu juga dengan DS Presiden sendiri. Beliau perlu menyatakan apa yang sebenarnya berlaku dan sekiranya tuduhan DAP adalah tidak benar, maka perlu DS Presiden perlu menegur DAP atas usaha memfitnah beliau. Tetapi sekiranya benar, maka perlu dijelaskan pula mengapa DS Presiden bertindak begitu.
CARA MENANGANI TEGURAN DAN KRITIKAN
Saya agak khuatir melihat reaksi sebahagian dari ahli dan pimpinan PAS yang melompat apabila mendengar kritikan pedas oleh DAP terhadap DS Presiden. Kenyataan emosi yang mengapi-apikan bukan cara PAS sebagai sebuah parti Islam menangani teguran dan kritikan. Ianya akan memberikan gambaran songsang bahawa PAS seolah-olah mendewa-dewakan pimpinannya dan apabila pimpinan ditegur, maka dengan itu tidak mampu menjawab dengan tenang dan rasional sebaliknya perlu menjawab dengan perasaan marah dan penuh emosi. Adalah perlu diingat, setiap tindakan yang dilakukan adalah dakwah dan setiap tindakan dilihat rakyat.
Nabi pernah menerima teguran dan tuduhan yang jauh lagi teruk tetapi ditangani Baginda dengan penuh berhemah dan bijaksana. Sehingga ada yang datang dengan pedang terhunus, berniat untuk membunuh Baginda tetapi dapat ditewaskan dengan hujjah yang tenang dan bijaksana.
PAS perlu menzahirkan sikap keadilannya dan mendengar fakta tuduhan kes tersebut terlebih dahulu dan menjawabnya satu per satu dengan tenang. Biarlah jawapan terhadap tuduhan tersebut berasaskan hujjah dan fakta, bukan emosi. Rakyat keseluruhannya sedang melihat. Reaksi seakan IS ini tidak menguntungkan PAS mahupun dakwah Islam.
Pada zaman Saidina Umar (RA), beliau pernah ditegur berhubung jumlah kain yang beliau perolehi dari ghanimah pembukaan Parsi. Orang lain dapat jumlah yang tidak mencukupi untuk membuat sehelai jubah yang lengkap tetapi Umar dapat membuatnya. Umar disoal seolah-olah dituduh tidak amanah dan menyalah-guna kuasa dan kedudukannya sebagai khalifah untuk mendapat bahagian ghanimah yang lebih. Tetapi Umar menjawab tuduhan tersebut dengan tenang dengan memanggil anaknya. Anaknya menjelaskan bahawa bahagiannya diberikannya kepada Umar. Tiada pun mana-mana sahabat mengamuk atas soalan ‘biadap’ yang diajukan kepada Umar.
Begitu juga dengan aduan si Qibti Mesir terhadap tindakan kasar dan samseng yang dikenakan terhadap dirinya oleh anak Gabenor Mesir. Maka setelah Umar menyiasat kes tersebut, anak Gabenor dan Gabenor itu sendiri ditegur dan dihukum Umar. Ini dilakukan walaupun Gabenor dan anaknya merupakan sahabat Rasulullah (SAW). Tiada juga yang mengamuk atas ‘tuduhan biadap’ pemuda Qibti tersebut terhadap para Sahabat Nabi!
Rakyat ingin melihat PAS dan pimpinannya mampu menangani teguran dan kecaman dengan adil dan tenang. Lebih-lebih lagi apabila teguran dan kecaman dilakukan oleh rakan PR. Kaji tuduhan itu dan berikan respon, satu per satu, tanpa perlu pada emosi dan kemarahan.
KESIMPULAN
Dari awal telah disebut ramai bahawa isu Hudud ini ditonjolkan UMNO sebagai umpan untuk menyebabkan PAS berpecah dengan PR. Akhirnya yang diinginkan UMNO akan tercapai tetapi yang diinginkan PAS, iaitu perlaksanaan EQJSK tetap akan dinafikan. Mengadu bahawa PAS dikhianati UMNO adalah pernyataan kosong dan sia-sia. Kalau tidak khianat adakah mereka UMNO? Berapa kali perlu dikhianati untuk diyakinkan?
Cabaran pimpinan PAS adalah bagaimana mencapai yang dihajati, iaitu maju setapak lagi ke arah perlaksanaan EQJSK, tetapi pada masa sama tetap memperkukuhkan PR. Ini adalah kerana PR tetap diperlukan untuk mencapai kemenangan. Dan kemenangan diperlukan untuk membawa perubahan ke arah yang diinginkan.
Memilih hanya satu dari dua matlamat adalah tindakan mudah dan mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun dari sudut usaha mencapai matlamat PAS sebagai sebuah parti Islam, ianya bagaikan melepaskan batuk di tangga.
Maka saya ulangi, ‘cabaran kepimpinan’ dewasa ini adalah untuk matlamat PAS terus diusahakan dan PR tetap dikukuhkan. Ke arah menggalas cabaran kepimpinan ini, diperlukan kejujuran, ketelusan dan kebijaksanaan (fataanah) dalam setiap perbincangan dan perancangan bersama.
Semoga Allah membantu pimpinan PAS dalam menggalas cabaran kepimpinan ini.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DAP ada banyak pengalaman dizalimi oleh UMNO, ini adalah hakikat. Contohnya LGE diISAkan dan hilang kerusi parlimen Melaka hanya disebabkan LGE bersungguh-sungguh amat memperjuangkan nasib seorang nenek MELAYU ISLAM bernama Pendek Ahmad membela cucu perempuannya yg dibawah umur ketika itu telah dirogol oleh KM Melaka. Lantaran itu KM tersebut melepaskan jawatannya setelah DSAI (TPM masa itu) menasihatkannya supaya berbuat demikian kerana DSAI tidak mampu lagi untuk menutup bau pekung tersebut supaya tidak membusukkan UMNO. Disebabkan oleh itulah bekas KM tersebut mendendami DSAI, antara peranan jahatnya adalah rekayasa fitnah anjuran Datuk T. Dgn tidak semena-mena pula, TGHH secara bersendirian tanpa konsesus pimpinan parti komponen PR yg lain, bersekongkol dgn musuh yg amat nyata kpd semua parti komponen PR. Sama ada DAP menentang hudud atau cara membawa hudud untuk dibentangkan, adalah satu isu yg lain ianya juga relevan. Berdasarkan banyak pengalaman DAP dizalimi oleh UMNO, sudah tentu DAP dapat membaca perangkap yg akan digunakan oleh UMNO terhadap PAS, yg merupakan parti rakan dlm PR. Untuk menyelamatkan rakannya itulah DAP tidak bersetuju PAS menjalinkan kerjasama dgn UMNO. Malangnya pimpinan PAS pro UG buta sejarah kebusukan UMNO yg hendak didampinginya, malah memperlecehkan DAP. Apakah TGHH lupa, dia sendiri juga pernah dizalimi oleh UMNO yg menafikan royalti minyak untuk negeri Terengganu sebaik sahaja PAS dapat menguasai Terengganu dulu? Apakah jenis kebodohan yg ditunjukkan oleh presiden dan geng UG dlm PAS? Setelah PAS dikencing oleh UMNO nanti, apakah DAP perlu sama menghidu bau hancing itu?
ReplyDeleteStuju amat
DeleteStuju amat
DeletePAS kan bebudak bahalol gila emosi
ReplyDeleteOrang Orang GAGAL ada di dalam PAS saja , rata rata miskin papa kedana yang malas tapi suka meminta minta
Bahalol saja
Steady bro khalid
ReplyDeleteGuling je hadi awe tu
Dia ingat dia sorg je hebat
Bgtau dia jgn riak dan takbur
Takpayah layan lah Parti Anak Syaitan tu
ReplyDelete