MP kritik polis iringi protes Pemuda MCA di HQ DAP
mk - 7:00PM - 21 Mar 2015
Seorang ahli Parlimen DAP mengkritik pihak polis apabila motosikal peronda polis dilihat mengiringi konvoi Pemuda MCA untuk mengadakan protes di ibu pejabat DAP berhubung enakman hudud semalam.
Pemuda MCA yang mengadakan protes itu semalam telah menyerahkan surat peletakan jawatan untuk wakil rakyat DAP kerana mendakwa mereka tidak menghalang pembentangan enakmen hudud Kelantan.
"Tetapi apa yang menghairankan ialah sekurang-kurangnya dua motosikal polis berkuasa tinggi dilihat mengiringi konvoi kereta mewah Pemuda MCA pagi semalam," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng."Kenapa pula pihak polis tidak menyediakan khidmat pengiring untuk perhimpunan aman yang dianjurkan oleh BERSIH serta perhimpunan Kita Lawan baru-baru ini yang ternyata berakhir secara aman tanpa provokasi pihak polis.
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengingatkan anggotanya agar tidak menjadi budak suruhan MCA kerana yang membayar gaji mereka adalah rakyat, dan bukan MCA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim (kiri) secara berseloroh berkata beliau gembira MCA menyokong idea perhimpunan aman dan berharap parti komponen BN itu tidak akan mengkritik perhimpunan aman pada masa akan datang.
"Selepas ini MCA tidak perlu lagi mengutuk sebarang perhimpunan aman di Malaysia, malah seharusnya menyokong mereka yang berhimpun secara aman serta mengambil bahagian dalam perhimpunan-perhimpunan rakyat pada masa akan datang,"
Semua sudah boleh di jual beli bila Hudud mainan DUMNO masok pasaran politik
ReplyDeleteApa lagi yang tinggal pada Melayu melainkan Keris Kontot buatan China
Maka bangga lah Melayu Melayu dengan Panglima Bahalol nya ke hulu ke hilir mintak duit cukai dari Cina Cina
depa ni tak sedar kediri nak tunjuk kuat tentang sekolompok Islam yang nak tegak hukum Islam
ReplyDeletetengok la sampai mana depa nak menyalak dan tengok jugak sekelompok lagi Islam tu yang kata nak sokong atau sedang cari alasan nak melencong
yang paham dah lama paham
Pihak blogger mohon semak perkara ini dulu. Khidmat escort terbuka pada semua malah termasuk.mengiringi jenazah dengan sedikit bayaran. Pls check fact before comments
ReplyDelete