Bekas wanita pertama Ivory Coast dipenjara 20 tahun
PUBLISHED: Mar 10, 2015 11:04am
Simone Gbagbo dipenjara atas tuduhan "memperlekeh keselamatan negara" ketika keganasan selepas pilihan raya umum 2010-2011.
BIDJAN, 10 Mac:
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas wanita pertama Ivory Coast, Simone Gbagbo atas tuduhan “memperlekeh keselamatan negara” ketika keganasan selepas pilihan raya umum 2010-2011.
Keganasan meletus di Ivory Coast pada tahun 2010 apabila suaminya, Laurent Gbagbo enggan menyerahkan kuasa kepada lawannya Alassane Ouattara, yang telah diumumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden.
Keganasan itu menyebabkan 3,000 orang terkorban.
Laurent Gbagbo dipenjara selama tiga tahun atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Tetapi Ivory Coast telah berulang kali menolak untuk menyerahkan isteri Laurent Gbagbo kepada ICC atas pertuduhan yang sama.
Pasangan presiden itu ditahan April 11, 2011 selepas lima bulan pertempuran sengit berikutan serangan tentera Perancis terhadap kediaman mereka.
“Mahkamah selepas membuat pertimbangan sewajarnya, sebulat suara memutuskan bekas isteri Presiden Ivory Coast, Laurent Gbagbo, 65, dipenjara selama 20 tahun,” kata Presiden mahkamah, Tahirou Dembele.
Pendakwa raya sebelum itu memohon hukuman penjara selama 10 tahun. - sumber
Perkara sebegini pasti tidak akan berlaku di Negara ini kerana orang orang Melayu berhati mulia. Mereka menganggap perkara enting sahaja setiap kali kerjaan yang sedia ada melakukan kesusahan keatas mereka, contoh.
ReplyDelete1 FGV yang mungkin mengelap kan masa depan para penorka.
2. GST yang akan merobek poket poket mereka.
3. Kenaikan tambang pengangkutan AWAM Dan banyak lagi kalau nak di sinarai kan.
Malah "PAYUNG AGAMA" pun kalau melakukan sesuatu yang bercangah dengan tuntutan Islam pun mereka tidak bersuaru. Yang kedengaran hanya sok-sek, sok-sek di sana sini. Orang ME-layu lah katan kan, mudah layu saperti sayuran yang di celur setelah mereka di sogok kan sesuatu.
Setuju sgt dgn Saadon Sulaiman, sebab kebanyakkan Melayu skrg tiada semangat mengejar hidup yg lebih baik dikemudian hari, dah byk tanah rezab melayu tergadai atas nama pembangunan katanya (hidden agenda tak tahu lg), agama semakin direndah-rendahkan, pemimpin melayu skrg ni betul ke nak melayu kuat bersatu, sbb kalau kuat bersatu boleh jatuh kerajaan sedia ada, melayu-melayu, senang aje nak binasakan tundukkan melayu, 1) biar cukup makan dah ok, 2) Agama islam sikit-sikit dipingirkan gunalah apa-apa cara 3) paparkan kpd Melayu bahawa Agama boleh bawa kemana 4) banyakkan program hiburan 5) sekat kemaraan nak beragama yg menyentuh Politik & keadilan 6) Cantikan Masjid-masjid biar kosong takpe 7) Melayu marah skt, bagi BR1M, melayu easylah.. 8) Perempuan melayu lg senang nak direndahkan kasi peluang lebih pd mereka , tengok nanti habis rumah tangga anak penak berterabur. 8) Buat akta yg boleh mengajar ibu bapa supya dont over control anak-anak mereka.... Habis melayu..... Kalau aada yg nak berjuang... kasi tanam dlm fikiran mereka,,,buat apa membazir, sumuanya bohong, semuanya tipu, semuanya gunakan agama saja.... akhir sekali puak-puak perancang ketawa di pucuk kuasa, kasi guna wang negara habis-habis. Negara tak cukup wang,..,. panggil pakar-pakar bagaiman nak struktur cukai semula.... Sampai ada yg kata ... melayu skrg serupa bangsat, saki telinga aku mendengarnya..... fsl apa jadi begitu, lihatlah status dan kekuatan kita skrg ini. Maaf
ReplyDeleteSekali pandang macam sedara BADAK
ReplyDeleteTeringat pada Tanduk Padang