Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 17, 2015

Nasib ikan bilis?

Reman 11 individu, enam anggota TLDM disambung
SH - 16 Mac 2015
IPOH - Tahanan reman 11 daripada 15 individu, termasuk enam pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, disambung tiga hari mulai esok.

    
Penolong Pegawai Undang-Undang Mahkamah Khas Rasuah, Wong Lok Hai membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
    
Enam penjawat awam itu, termasuk seorang wanita dan seorang pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander, disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.

Lima orang awam yang terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta sama kerana disyaki memberi suapan manakala empat lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, menurut jurucakap SPRM, antara sebab pihaknya menahan kesemua suspek yang dipercayai saling mengenali itu ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka. - Bernama

4 comments:

  1. Baru nak tangkap? Dalam ATM dah terlalu parah dalam hal rasuah terutama pembekalan (logistik). Selagi BN yang memegang tampuk pemerintahan negara, selagi itulah ATM bebas melakukan sebarang urusan di luar kotak (memang dah parah).

    ReplyDelete
  2. Rakyat biasa jika hidup bermewah SPRM cepat bertindak hanya dengan cara melihat dengan mata kemewahan tapi bila orang kenamaan dan perpangkat sedikit SPRM akan memberi berbagai alasan untuk menangkap atau menyiasat apakah SPRM ada dwi SOP untuk bertindak atau SPRM juga ada udang disebalik mee

    ReplyDelete
  3. Itulah sebabnya badan-badan berkanun seperti SPRM SPR Kerajaan UMNO/BN takut hendak meletakan dibawah selian parlemen takut nanti semua tikun UMNO/BN kena siasat dan direman.

    ReplyDelete
  4. kes kapal selam amacam... ada bran nak ambil tindakan..atau sekadar memberi berbagai alasan utk tidak mengambil tindakan...

    Ingat2 sket... balasan Allah di Hari pendalilan kelak...atas dunia selamat la...sebab ada payung dan ade kuasa... siap ko hari pembalasan nanti...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa