Kalau begitulah keadaannya kenapa LGE bising sangat bila Hadi tak hadir?
Hampir mustahil Abdul Hadi mungkir janji
29 Mac 2015
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad menyifatkan hampir mustahil untuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memungkiri janji selepas mempersetujui sesuatu perkara.
Beliau berkata, sifat tidak mungkir janji ini adalah bersesuaian dengan akhlak Abdul Hadi sebagai pemimpin Islam.
Bagaimanapun, Khalid berkata, beliau tidak dapat pastikan sama ada tuduhan DAP terhadap Presiden Pas itu benar atau sebaliknya kerana tidak terlibat dalam mesyuarat Majlis Presiden.
“Namun, saya yakin ianya hampir mustahil untuk seorang pemimpin gerakan Islam memungkiri janji dan melanggar sesuatu yang telah dipersetujui bersama.
“Ianya adalah akhlak yang asasi untuk pemimpin gerakan Islam supaya bertindak secara ‘siddiq dan amanah’, tidak bercakap dusta dan tidak memungkiri janji. Oleh itu, suasana ini adalah hasil salah faham atau DAP membuat tuduhan palsu,” katanya melalui tulisan terbaru di blognya.
Sebelum ini, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa pihaknya sepakat untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi ekoran tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin nombor satu itu lagi.
Abdul Hadi didakwa telah melanggar keputusan Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari dan 12 Mac lalu berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai kuasa mahkamah syariah.
Namun, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau lebih cenderung untuk menganggap krisis antara DAP dan Abdul Hadi itu hanya salah faham.
“Saya merasakan mungkin juga punca masalah adalah sikap setiap parti terhadap kedudukan dan peranan Majlis Presiden itu sendiri. Mungkin Pas melihatnya sebagai medan perbincangan di mana keputusan yang dibuat tidak mengikat mana-mana parti. Sambil DAP dan PKR mungkin menganggap sebaliknya.
“Namun begitu, sudah pasti ia berbeza sekiranya ianya telah dibincangkan terlebih dahulu dan dipersetujui akan tindakan bersama mengenainya. Sekiranya dibincang dan dipersetujui bersama akan sesuatu tindakan bersama, melanggar janji dan persetujuan tersebut sudah pasti tidak berakhlak,” katanya.
Meskipun begitu, Khalid akui tidak boleh memberi respons lebih kerana tidak mempunyai maklumat sepenuhnya.
“Namun, pimpinan atasan, khususnya mereka yang hadir mesyuarat Majlis Presiden, ada maklumat dan boleh bertindak berdasarkan maklumat tersebut. Ini adalah kerana mereka tahu apa yang berlaku.
“Walau bagaimanapun, biarlah tindakan itu secara bijaksana dan bukan melulu dan dengan tujuan memperbaiki dan bukan untuk meruncingkan lagi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berpendapat Abdul Hadi perlu menyatakan perkara sebenar sekiranya tuduhan DAP itu tidak benar.

admin pun tahu itu hanya PENDAPAT dan bukanya KENYATAAN, mungkin baik bagi Khalid untuk menyatakan demikian untuk menjga perasaan dan hati bagi sebelah pihak dan bagaimana pula disebelah pihak yang lain? Apakah benar Hj hadi tidak mungkir janji untuk hadiri mesyuarat dan adakah benar selam ini Hj Hadi tidak ponteng mesyuarat?.Mengapa Khlaid bolih mengatakan Hampir mustahil dan tidak kata Mustahil,ini menunjukan bahawa Khalid sendiri tahu perkara itu,cuma nak menjaga Hj hadi dalam keadaan sebegini,Ingat Tuan Khalid ,ornag bukan benci Hj Hadi tetapi apa yang keluar dari mulut Hj Hadi adalah melambangkan sikapnya,Kalau bolih Admin cetus secvara nasihat kepad peminpin ulamk agar bila mengeluarkan kata geram supaya gunakan bahasa yang elok kepada sesorang agar orang menerima secara nasihat,Nak tanya Khalid ,elok ke perkata BARUA,SYAITAN,IKUT AKULAH,TLONG JLEASKAN,?
ReplyDeletewahai admin mount ,mana komen aku,kalau taknak siar jangan ada ruang komen.selama ni minat denagn blog kau,sekarang dah jadi macam al husyen.apa ni.

ReplyDeleteKalau tak pasti jangan nak jadi batu api pulak, buat apa bercakap perkara yang tak pasti umpama tempayan kosong. Khalid, lebih baik kamu jumpa LGE dan tanya perkara sebenar lepas tu baru jadi mulut tempayan.
ReplyDeleteKhalid semak x tau?
ReplyDeleteBila lbh kapir dr org kapir...maka pelbagai alasan diberi utk dijadikan senjata oleh org kapir....innalillah..wa nauzubillah
ReplyDeletesetelah mcm2 berlaku dgn kutuk, makian, hinaan............akhirnya terbukti macai pkr, jebon, pasma mmg bahlol.........tak usah cover linelah.............lu org mmg bahlol........aku lihat puak2 yg pong pang2 sana mula jumpa tghh utk cuci kesalahan depa menjelang muktamar yg semakin hampir........mmg puak mu biawak lidah cabang !
ReplyDeletelaa...
ReplyDeletehang baru tau ka...
nama aje majlis presiden...
sekali tengok dap tak ada presiden daa...
pkr pulak sebelum ni walaupun ada presiden macam ketua umum pulak yang jadik presiden...
tinggal cuma pas yang ada presiden yang betul-betul presiden...
no wonder la, tak gitu?