Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 20, 2015

Bising nyamuk hanya mengganggu tidur!

Sebenarnya UMNO Kelantan atau Gerakan yang sudah tidak relevan? 

Hudud: Sokongan UMNO di Kelantan tidak relevan, kata Gerakan
T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Mac 19, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 19, 2015 19:03 MYT)

Hudud: Sokongan UMNO di Kelantan tidak relevan, kata Gerakan
KENG LIANG: Pindaan undang-undang hudud tetap akan diluluskan walaupun wakil rakyat UMNO di DUN Kelantan tidak menyokongnya.
KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan tidak peduli dengan sokongan UMNO Kelantan kepada pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang diluluskan hari ini tetapi sayap itu membidas tindakan PKR dan DAP yang menyokong pindaan itu.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata sikap itu diambil kerana tanpa undi wakil rakyat UMNO di DUN Kelantan pun pindaan undang-undang jenayah syariah itu tetap akan diluluskan.

“Semua orang tahu bahawa selama ini pun, UMNO Kelantan memang menyokong hudud.               

“Jadi, sokongan mereka ke atas pindaan hudud ini tidak relevan dan tidak bermakna bagi kami.

“Bagi Gerakan, kami harus menyuarakan pendapat kami. Kami tidak membantah hudud kerana agama. Kami hanya membantahnya kerana ia tidak diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Tidak mungkin ada negara yang mempunyai dua undang-undang jenayah yang berbeza,” katanya kepada Astro AWANI.

Keng Liang dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, keputusan seorang wakil rakyat PKR menyokong undang-undang hudud adalah mengejutkan dan mendedahkan sifat mereka yang sebenar.

Beliau berkata demikian apabila merujuk kepada tindakan ADUN Guchil Roslan Puteh yang merupakan satu-satunya ADUN dari PKR yang menyokong pindaan undang-undang jenayah syariah itu, di dalam satu keputusan sebulat suara oleh 44 Adun hari ini.

BACA: DUN Kelantan lulus sebulat suara enakmen Hudud

Selain sokongan daripada 31 ADUN PAS, 12 wakil pembangkang dari Barisan Nasional (BN) turut mengundi menyokong pindaan itu.

Kerusi DUN Chempaka pula kosong selepas kematian wakil rakyatnya, bekas Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Susulan tindakan Roslan itu, PKR dalam satu kenyataan hari ini berkata ia sebelum ini telah mengarahkan Roslan untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian bersabit Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan itu. Tindakan itu sekaligus melanggar ketetapan parti.

BACA: PKR kesal PAS pinggirkan muafakat bersama Pakatan Rakyat

Dalam kenyataan yang sama, parti itu melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati oleh PAS sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai dalam tahun 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali hari ini, menyatakan bahawa kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2011 telah mencapai keputusan bersama mengenai pelaksanaan hudud bahawa ia bukanlah agenda bersama PR.

Semalam, Keng Liang telah berkata kedua-dua pemimpin DAP iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang harus mempertimbangkan cadangan untuk melepaskan jawatan mereka dan memberi peluang kepada muka baharu untuk memerintah parti kerana gagal dalam usaha menghalang hukum dilaksananakan.

BACA: Guan Eng dan Kit Siang boleh letak jawatan sekarang - Keng Liang

"Dahulu, Guan Eng dan Kit Siang terlalu sibuk dengan pendirian untuk menghalang hudud di negeri Pakatan Rakyat. Kini semuanya berubah, usaha mereka jelas gagal dan siapa hendak menanggung jaminan mereka selama ini?

"Rasanya bolehlah mereka berdua berhenti dan beri peluang pemimpin muda menerajui parti," Keng Liang telah berkata.

3 comments:

  1. Klu NIAT sifakeh2 ulamak itu betul2 JUJUR serta IKHLAS

    1) Kenapa diTrgganu yg ada bapak FAKEH yg maksum dgn FITNAH pilkuda serta jd ulamak no.2 paling GLAMOR diunia diam BUTA mmBISU ddlm DUN Trgganu yg 100% adun2 nya melayu Islam?

    Adakah Hadi Awang maseh RAGU2 dgn hukum HUDUD dan adakah Hadi Awang dah terang2 mnjd MUNAFIQ tegar yg sengaja suka bermain FITNAH dgn umno serta TIDAK beriman LANGSUNG kpd ALLAH?

    Bukankah yg TAK nak kpd HUDUD itu adalah Kafir HARBI & MUNAFIQ?

    2) Dinegeri Perlis pon ada yg konon2 digelar "MORSYITTDOL" no.1 yg baru dilantik yg boleh berdialog dgn Jin serta boleh mngambil GELIGA dr dlm mulut BUAYA.

    Mungkin ada RIWAYAT nabi SAW ambik GELIGA buaya yg mnjd amalan Haron Din tu gamaknya?

    Kenapa Haron Din tak mengajak mufti POPULAR umno Perlis Dr MAZA serta semua Adun2 ddlm DUN Perlis yg 100% melayu Islam itu kpd HUDUD?

    Adakah Haron Din yg beriya2 nak sgt HUDUD itu serta Dr MAZA itu juga TIDAK beriman kpd ALLAH dan tergolong sbg MUNAFIQ yg sgt tegar?

    3) Mengapa FOKUS hanya kpd Kelantan shj sdangkan Haron Din sbg mulloh FAKEH "MORSYHITTDOL" yg sgt glamor MSU no.1 PAS serta Dr MAZA sbg mufti yg sgt2 MAHSYUR diPerlis diam BISU tanpa PRIORITY kpd HUDUD samaskali?

    Begitu juga dgn Hadi Awang yg sgt mesra dgn umno UTUSEX dan TV3 nape langsung TIADA PRIORITY buat HUDUD diTrrgganu slain hanya pandai brmain FITNAH u-turn dolak dalik BELIT auta yg jelas mnjd boneka & BARUA kpd umno semata2!

    Siapakah Hadi & Haron Din ini yg sgt SERONOK bermain dgn sentimen smangat melayu ISLAM serta HUDUD tetapi sengaja buat2 BISU & BUTA dinegeri masing2

    Apa punya kepala bapak MUNAFIQ mrk 2 org nih yg suka memecah belahkan PR/pakatan serta mnghancurkan harapan rakyat utk mngecapi perubahan!

    ReplyDelete
  2. munafiq tegar ialah umno. dah berpuluh tahun memerintah hudud pun x dpt laksana. nama je Islam tp kena ugut dgn mca dan gerakan dah kecut telur. tahniah pas tidak tunduk pd ugutan kecuali ugutan mamak madey yg ugut darurat.

    ReplyDelete
  3. Biar PR berpecah daripada menggadaikan akidah umat Islam yang selalu dikritik dan dihina oleh kafir DAP.

    DAP dari awal matlamat penubuhannya adalah menyekat kemaraan umat Islam dengan perjuangan Islam. Melayu Islam dah ramai yang berjaya dikikis imannya dengan sosialisma.

    Apakah matlamat Melayu Islam yang menyokong perjuangan DAP selain menggadaikan Iman seseorang Melayu Islam itu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa