Saya tidak mahu negara Islam sebab…
Oleh Mahdzir Ibrahim
Puncak kepada agenda hudud PAS (UG) ini nanti ialah negara Islam.
Ini menjadi antara sebab yang tersembunyi mengapa saya menyertai DAP. Kerana saya tidak mahu menyokong idea negara Islam di Malaysia, apatah lagi negara Islam versi PAS khususnya geng UG mahupun ultra melayu Islam Umno, Perkasa, Jati atau Isma.
Saya percaya Islam tidak memerlukan sebuah negara untuk dizahirkan keyakinan Islam itu agama kebenaran. Kerana, entiti negara itu sifatnya tidaklah sempurna, tak mungkin akan ada syurga bernama negara Islam di dunia yang fana ini.
Entiti negara akan sentiasa ada kelemahan dan akan sentiasa diperbaiki, songsang sekali sifatnya dengan Islam yang sempurna itu.
Terlalu banyak contoh kerajaan atau negara Islam yang hebat akhirnya runtuh menjadi puing-puing kekecewaan. Runtuh akibat kelemahan ilmu atau runtuh kerana bercakar kuasa sesama sendiri.
Yang lucu, generasi selepas itu mengimpikan era keemasan negara Islam yang dahulu akan muncul kembali, sangat ironik.
Islam, bagi sesiapa yang yakin ianya sebagai cara hidup, akan mampu hidup di mana-mana pun ia dicampakkan, Timur atau Barat. Solatlah di mana-mana kamu nak solat. Jika memang kamu mahu solat, kamu tetap akan solat dengan apa cara sekali pun.
Jadi mengapa Islam yang mampu hidup di mana-mana dan dalam apa-apa zaman, perlu dijumudkan dalam bentuk negara atau institusi?
Syiar dan kuasa politik
Syiar hujahnya. Islam perlukan syiar sebagai manifestasi keagungan dan kekuasaannya. Untuk hajat itu, kita bergaduh lagi sesama sendiri.
Apakah monumen hebat Nabi Muhammad yang diperbuat ketika zamannya? Kaabah? Itu Nabi Ibrahim. Teratak Muhammad itu sendiri pun hanya tinggal kesan tapak. Jika ada lain yang masih wujud, hanyalah masjid dalam struktur asasnya sahaja.
Maka, adakah lantaran itu saya katakan Nabi tak membina syiar Islam?
Muhammad bin Abdullah membina negara yang makmur. Makmur ini tak dapat dilihat seperti melihat pohon Tamar atau menara jam Abraj Al Bait di tengah-tengah Kota Mekah seperti hari ini.
Tetapi kita tahu negara makmur yang dibina Muhammad itu makmur dan bersih sistem jual-belinya, maju pendidikannya, murni sosial dan kebudayaannya. Makmur ini dibualkan orang, disyairkan penglipurlara dan disebut ke serata pelusuk benua. Ini syiar.
Kemajuan ini dapat dicapai bukan kerana Muhammad menjadi presiden, perdana menteri atau wujudnya negara Islam tetapi kerana umat ketika itu dapat dicerahkan minda dan diterangkan hatinya.
Ada pula yang berkata negara Islam perlu diwujudkan sebagai sumber kuasa (kuasa politik). Katanya, jika Islam tiada kuasa politik, maka Islam dan umatnya akan ditindas dan dihina.
Jika ini hujahnya, maka jelas, itu bukan agenda tauhid yang diajar Muhammad sebaliknya ia adalah maksud politik kumpulan tertentu yang menggunakan alasan hak demokrasi dengan hujah akidah sebagai perisainya.
Kita tidak lupa, sebaik-baik sistem demokrasi ini, ia tetap ada kelemahannya. Kita boleh lihat banyak sekali pemimpin yang menggunakannya sebagai alat untuk mencapai kuasa hingga akhirnya menjadi gila kuasa dan kuku besi (diktator).
Adakah ini contoh yang dimaksudkan sebagai kuasa politik dalam negara Islam?
Tak perlu negara teologi
Namun demikian, bukan sahaja Islam itu tidak perlukan negara Islam, malah agama-agama lain pun pada dasarnya tidak perlu. Kita tidak perlu ada negara teologi, baik negara Kristian, negara Yahudi, Hindu atau Buddha.
Yang kita perlukan ialah rakyat atau individu Muslim, Buddhis, Kristian, Yahudi dan Hindu yang baik, rasional, jujur dan bertanggungjawab. Manusia yang bertamadun akal budinya akan melahirkan masyarakat tanpa prasangka buruk antara agama dan kaum.
Jika Zionis berkehendakkan negara Yahudi Zionis, mengapa pula kita perlu mencontohi hal yang buruk? Kita tak akan jadi lebih baik dan sempurna pun.
Jika faham dan bentuk negara Islam mengikut takrifan Umno atau PAS (UG) atau yang seumpamanya, ia hanyalah angan-angan kosong dan tipu daya sahaja.
Adakah pemimpin-pemimpin PAS (UG), Perkasa, Jati, Isma mahu pun Umno ini lebih hebat dari pemimpin kerajaan Umayyah? Abbasiyah? Uthmaniah?
Muhammad apabila ditawarkan kuasa pemimpin Quraisy untuk menjadi pemimpin rakyat, beliau dengan mudah menolaknya, sedangkan secara lojiknya baginda boleh saja menggunakan kedudukan itu untuk mengambil kesempatan melaksanakan agendanya.
Tetapi tidak, adakah kerana baginda bodoh berpolitik atau tidak mahu kuasa memerintah? Yang nyata beliau mahu berdakwah yakni membuat seruan hati yakni tauhid terlebih dahulu.
Ini tak memerlukan kuasa politik atau negara Islam, hanya keyakinan dan keberanian untuk berdepan dengan pemimpin dan manusia yang licik.
Sebanyak mana penganut agamanya atau sebesar mana saiz mahu pun kuasa politik negara teologi itu, ia tidak akan menjamin umat atau rakyatnya dapat keluar dari kegelapan hati dan kejahilan akal budi.
Inilah tugas hakiki Muhammad dan pengikutnya, membawa manusia keluar dari kejahilan yang gelap kepada akal yang cerah. Ini Umno, berbeza pendapat itu jadi musuhnya. PAS pula, wayang kulit pun diharamkannya.
Hudud, negara Islam, kuasa politik Melayu hanya alat politik untuk pembohongan elit kuasa. – TMI
Siapa mamat ni? Ustaz ke? Tuan Guru ke? atau Ulamak?
ReplyDeleteKau nak join DAP join la tak perlu nak beralasan dengan akal kamu kerana akal tidak semestinya betul, jika akal dikuasai oleh syaitan maka apa yang dizahirkan adalah mengikut kehendak syaitan.
Kau tak mahu negara Islam tapi Islam kau nak pulak, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk Islam, berpolitik dengan Islam, bercakap dengan Islam, bekerja dengan Islam, memerintah negara dengan Islam dan kehidupan seharian pun tidak boleh dipisahkan dari Islam.
Inilah masalahnya apabila politik suku agama suku, pakai yang mana selesa je yang tidak selesa diketepikan.
Islam tu bukan hanya solat sahaja. Islam merangkumi cara hidup seharian. Apa saja yg kita lakukan dlm hidup kits samada baik atau buruk akan dibalasan oleh Allah diakhirat nanti. Kalau sokong bentuk negara Islam kita akan ganjaran baik begitu jug a sebaliknya.
ReplyDeleteko BERLEPAS DIRI la bhai ko join dap watpe..
ReplyDeleteMamat tak tau apa. Memang solat boleh di mana2 kalau mau solat. Belajo lagi mat ooi.... Islam bukan tentang solat je.
ReplyDeleteapa teruk sngat budak sorang ni...nmpk sngat xtau sirah rasulullah..tp ckp mngalah bijak pandai...moga ada lg rahmat Allah kat dia...
ReplyDeleteKesian mamat ni..hujahnya tak ada nilai akademik lansung.. nampak sangat seperti belajar agama tanpa bimbingan guru yang mursyid..pakai baca je....kemudian buat ulasan ikut kepala sendiri Mamat ni patut bertalaqqi dengan guru tentang tauhid, fekah dan tasauf..Yang Rasulullah saw sanggup berperang mempertahankan negara Madinah tu ...bukan nak mempertahankan kuasa Islam ke....
ReplyDeletemanusia x perlu apa2.... perlu ikut kepala hotak dia jer la kan..... boleh gitu?
ReplyDeleteBloger ni x tolak hudud. Rasanya maksud dia ni ngapa mesti heboh2. nak tegakkan hudud boleh dibuat senyap2. Eg kandungan hudud itu diguna menggantikan yang bukan hudud dgn cara buat pundaan. Supaya tak lahir musuh2 hudud. Wallahu aalam.
ReplyDeleteMasaalahnya negara Islam ala PAS orang tak suka khususnya satu dua kerat pemimpin2nya. Nanti orang teringat dan samakan negara Islam Taliban di Afghanistan.PAS parti lemah tak dapat sokongan Melayu . Nak kalahkan UMNO pun minta sokongan orang kafir macam mana ni....Persiapkan dulu PAS supaya kuat melebihi UMNO dan dihormati parti2 lain barulah hudud tercapai dengan izin Allah.
ReplyDeleteItu pendapat dia tak semestinya semua salah ustaz, ulama tak semestinya bijak dalam menyampaikan dakwah, kalau semua ustaz dan ulama itu sempurna ramai sudah orang cina dan india kafir masuk islam. Jadi hormat pendapat dia.
ReplyDeleteAnnon 8:25 tidak siapa pun komen tunggang langgang bahasa anda
ReplyDeleteDia percaya Islam x perlu kan negara. Soalnya betulke kepercayaan nya itu. Mamat ni kena banyak ikut pengajian ugama spy hatinya x gelap sangat. Dianikut DAP, tu sbb hatinya terpaut pd pemikiran sosialisDAP.
ReplyDeleteBetul jugal kata mamat ini
ReplyDeleteIni pendapat dia tak salah
Negara Islam tak guna juga jika kantong duit penuh sumber haram
Malaon Islam nak kaya ber gaya pun kejar sumber haram
Bahalol saja jika Islam PAS ikut gaya Boko Haram
Bila orang orang Bahalol dapat kuasa , tak unah macam Monkey Dapat Bunga
Terimgat pulak Hadi Amar dan Mat Yaakob