Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 25, 2015

Lagi pesawat syarikat tambang murah terhempas

Nahas Germanwings: Tiada yang terselamat - Menteri Pengangkutan Perancis

Agensi |Kemas kini:Mac 24, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 24, 2015 23:25 MYT)

Nahas Germanwings: Tiada yang terselamat - Menteri Pengangkutan Perancis
Pesawat malang itu membawa seamai 144 penumpang dan enam anak kapal. - Foto Fail AP
KUALA LUMPUR: Menteri Muda Pengangkutan Perancis, Alain Vidalies hari ini mengesahkan tiada seorangpun yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings 4U 9525 di selatan Perancis hari ini.

"Tiada yang terselamat," kata Vidalies , sambil menambah bahawa kemalangan itu berlaku tidak lama selepas juruterbang mengeluarkan isyarat kecemasan semasa cuaca yang baik, lapor AFP.

Pihak berkuasa penerbangan awam juga dalam laporan terbaru telah mengesahkan bahawa kru pesawat tersebut tidak menghantar sebarang  isyarat kecemasan.

"Kru pesawat tidak menghantar isyarat cemas. Sebenarnya pihak kawalan trafik udara yang sebelum ini membuat keputusan bahawa pesawat itu berada dalam keadaan cemas berikutan tiada komunikasi dengan kru pesawat,” ujar sumber berkenaan.

Sebelum pengesahan tersebut, Vidalies memberitahu bahawa isyarat kecemasan telah didaftarkan pada pukul 10:47 pagi iaitu ketika pesawat itu berada pada 5,000 kaki dalam keadaan yang tidak normal.

Beliau berkata tempat pesawat itu terhempas merupakan sebuah kawasan yang diliputi salji dan tidak boleh diakses dengan kenderaan darat. Hanya helikopter yang boleh sampai ke lokasi berkenaan.

Pesawat yang membawa 144 penumpang dan enam anak kapal itu sedang dalam laluan penerbangan antara Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf di Jerman.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Germanwings, Thomas Winkelmann, seramai 67 warganegara Jerman dipercayai berada dalam pesawat malang tersebut. Pesawat itu juga membawa dua orang bayi.

Nahas Germanwings: Jika sah terhempas, ini hari gelap untuk kami - Lufthansa

Nahas Germanwings: Media sosial kirim doa, khuatirkan keselamatan


# Saya juga baru tiba balik di Kota Bharu malam ini dengan Firefly dan masih percayakan syarikat penerbangan tambang murah kita

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa