Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 30, 2015

Mesyuarat tak bincang: PAS kekal dalam Pakatan

PAS kekal dalam Pakatan, kata Mat Sabu
Published: 30 March 2015 6:04 PM
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada sidang media selepas mesyuarat di Pejabat Agung PAS petang ini menyatakan parti itu akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Mac, 2015.

PAS memutuskan untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat (PR)  dan malah tidak membincangkan mengenai hubungannya dengan gabungan itu dalam mesyuaratnya hari ini, kata Mohamad Sabu.
"Kami tak bincang hari ini. Kami kekal dalam PR," kata Timbalan Presiden PAS itu, juga dikenali sebagai Mat Sabu, selepas mesyuarat di Pejabat Agung PAS petang ini.
Hadi yang turut hadir pada sidang media hari ini menyeru ahli Parlimen Islam supaya menyokong rang undang-undang persendirian hudud yang akan dibentangkan di Parlimen kelak tanpa mengira parti politik.
Katanya, ahli Parlimen bukan Islam juga diminta memberikan laluan kerana ini hak orang Islam dan tiada kena mengena dengan bukan Islam.
"Sebab itu perlu mereka beri laluan kepada semangat Perlembagaan yang mengatakan Islam agama Persekutuan dan agama lain bebas untuk diamalkan.
"Tidak wajar Perlembagaan kita tak memihak kepada orang Islam untuk melaksanakan hukum syariah sendiri, sedangkan agama lain bebas.
"Agama Islam agama Persekutuan. Ini percanggahan yang perlu diperbetulkan semua pihak," katanya.
Hadi berkata, PAS sudah menghantar usul rang undang-undang persendirian ke Parlimen dan menunggu budi bicara Speaker agar ia dapat dibentangkan di hari terakhir mesyuarat Dewan Rakyat 9 April ini.
Katanya, menjadi hak kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud dan terpulang kepada parti dalam PR untuk tidak bersetuju.
"Sudah ada kenyataan bersama bertahun dulu. Ia hak kerajaan negeri Kelantan yang dibolehkan dan hak parti lain untuk bersetuju atau tidak bersetuju," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali diminta mengulas mengenai sisatan rakaman audio yang dikatakan mirip Mohamad.
Katanya, beliau masih belum menerima laporan mengenai kes itu dan tiada perkembangan lanjut yang dapat diberikan.
"Tiada pengadu. Tiada orang yang mengadu. Yang ada audio. Dia mesti ada pengadu," katanya. – 30 Mac, 2015.

7 comments:

  1. PAS kekal dalam PR bersama PKR dan DAP akan berambus....

    ReplyDelete
  2. PAS ini Parti GAGAL

    Ini bukan isu PAS nak PR tetapi PR tak nak PAS

    Rakyat yang bijak waras ada otak dan nilai ekonomi tidak akan sokong PAS lagi

    PAS bagai Keldai mencari teman , walhal zaman Keldai sudah lama ber lalu

    Rakyat bukan bodoh , PAS yang benggap

    Rata rata orang Melayu saja pun

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi dlm pas hanya tinggal lembu2 yg di cucuk hidung je

    ReplyDelete
  4. Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

    kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).

    Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya".

    ada otak sokong puak yang nak tegak hukum Allah bukan sanggah
    dah lama pun berekonomi tapi tak cukup cukup mana nak cukup Allah murka dengan manusia yang membantah akan hukum hukum (perintah)nya (sombong)

    iblis pun tahu jalan yang Allah tunjuk adalah jalan yang lurus
    iblis biasa duk dalam syurga
    apakah itu tidak cukup lagi kebenarannya.

    hai manusia jangan sombong nanti dineraka jadi rentong

    ReplyDelete
  5. Kepada penyokong DAP bolehlah keluar dari PR ikut lah jejak kawan-kawan kamu diSabah dan Sarawak. PAS dan PKR kekal bersama. TGHA akan kekal sebagai Presiden dan akan membawa PR ke putrajaya. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  6. Berambus semua penjilat ug
    Tk kiralah siapa kamu harun din ke hadi awe ke nik amar ke abduh ke khairuddin ke nasaruddin ke zuhdi ke geng2 ganu bodo ke
    Ahli pas sejuta lebih tak akan sokong untuk jilat bontot umno
    Kamu pemimpin kamu dh kaya dh senang jangan lupa org2 yang meletakkan kamu di tempat kamu ada sekarang
    Kamu jgn riak kamu jgn ego dgn gelaran ulamak kamu
    Ramai lagi ahli di bawah lebih alim dari kamu
    Ahli2 dibawah tidak ego dan riak mcm kamu
    Ada sedikit kuasa sudah lupa daratan
    Jgn paksa kami wala' kepada kamu andai kamu penjilat ug
    Sedarlah...
    Parti pas bukan hak mak bapak kamu

    ReplyDelete
  7. Jilat buntut DAP la nampaknya pencacai DAP ..kahkahkah....budak suruhan cina memang melayu tidak waras psl tu mereka tentang hudud...takut terikat dengan hudud nanti susah nak cari makan dengan majikan..kahkahkah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa