Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 28, 2015

DAP masuk perangkap UMNO?

Tolak Hudud, DAP Jatuh Ke Dalam Perangkap BN - Nik Abduh
Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 3:44 PM
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
susanalbs@thestar.com.my

PETALING JAYA: PAS mendakwa tindakan sekutunya DAP menolak sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ibarat telah jatuh ke dalam perangkap Barisan Nasional (BN).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata alasan DAP yang mempertahankan sekularisme negara sebenarnya adalah usaha memperteguhkan kembali ideologi sekular BN yang semakin lemah.
"DAP telah masuk ke dalam perangkap Umno BN kerana bertegas menolak hak demokratik rakyat Kelantan.
"Apa yang mereka lakukan adalah untuk memperteguhkan kembali binaan ideologi sekular BN," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata PAS akan terus berjuang menegakkan ajaran Islam walaupun bertentangan di antara sekularisme negara dan Islam sebagai agama rasmi akan berterusan.
"PAS akan terus berjuang mengembalikan umat Islam kepada kefahaman asal dan benar bahawa Islam adalah satu agama dalam erti kata yang sebenar iaitu satu sistem kehidupan.
"Maka Islam sebagai agama rasmi mestilah difahami dari agama itu sendiri, bukan dari kaca mata penjajah barat yang memahaminya secara salah," katanya.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.
Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.
Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh, menyokong rang undang-undang berkenaan.

11 comments:

  1. Brapa byk pil kuda yg nik abduh telan...lalok truk ulamak ni...

    ReplyDelete
  2. Ulamak ke apa mamat ni?
    Hari tu Nik Amar kata hanya ameno yg dapat membantu Perlaksanaan Hudud......setakat ni cai cai hamno lah yg lancang menentang sampai ada menteri yg yg kata Pas bodoh!
    Najib & lebai Din diam membisu sampai YB Mahfuz kena halau Parleman. Wahai Abduh........mana kamu semasa tu! Pas tak bodoh, kamu yg Bodoh dan diperbodohkan......ulamak kah kamu?

    ReplyDelete
  3. Dia ni Nik Abduh ker atau Nik Boodoh..

    ReplyDelete
  4. jangan berpakat sampai kena jual hak ugama Islam
    ada masa kawan ada masa lawan tapi kita tahu yang kita kawan tu memang akan lawan bila nak ditegakkan hukum
    Allah.itu kita tau bukan kawan kita tu saja yang satu lagi pun dah lama kita tau.
    memang dikenali (tak perlu belit belit kami dah tau)

    ReplyDelete
  5. PAS yang nyata diperangkap oleh Anuar Ibrahi. Ustad Nik Abduh masih tidak faham mainan politik Lim Kit Siang. Memang ustad ni tak pandai nak kempen hudud.

    ReplyDelete
  6. Budak Bahalol mula nak menongkat langit

    Apa boleh buat pon

    ReplyDelete
  7. Sebodoh-bodoh lembu, bodoh lagi baghal. Nampaknya Nik Abduh ni sangat layak dinisbahkan dgn baghal.

    ReplyDelete
  8. Tak apelah TGNik Abduh. Yg komen tu pun bukan ulamak pun. Kecing pun bercabang lg kut. Hukum Fekah pun x khatamnkut. Nabi dulu pun dikecam mcm2 oleh jahal dan jahil.

    ReplyDelete
  9. Anon 11:13am,
    Balek balek hujah tu juga, tak ada ilmu lah tak katham lah..........kalau dah sampai kena kencing demikian rupa......agak2 demo ni khatam ke? Ulamak tak buat kerja bodoh kerana ulamak waris ambiya.....ada empat sifat yg kena khatam......siddiq, fatanah, amanah Dan tabligh.
    Kalau nengok hudud kelantan nik Amar, abduh dan mat Y ada laksana empat perkara ni?.......walaupun DAP kapir wajid kena sampaikan mengikut empat sifat tadi. Apa yg jelas dalam hudud kelantan dan permuafakatan Pas dan ameno adalah atas nama melayu..............yg rata rata munapik.Jgn lah kamu berkait dgn gulungan munapik ni wahai abduh! Ada baiknya kamu dakwah puak kapir DAP ni walau pun kamu di lontar batu.......mereka tidak tahu bukan seperti ameno yg buat buat tak tahu.

    ReplyDelete
  10. Berat dooh doh natu fatah sore ni
    Ko sari ko bodo

    ReplyDelete
  11. Hok kecek kato ore bodo ni , pakak2 tanding dale pru 14 nati. Mene buleh jadi tok wakil. Buleh ore lain pakak keleh ko puok demo pulok , setaro mano cerdik nya puok demo

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa