Dia hanyalah exco Pemuda UMNO (budak dalam UMNO) umpama Boss menyahut cabaran office boy
'Rafizi, debat dengan aku dahulu sebelum kata KJ penakut' - Ibdillah
Media Statement |Kemas kini:Mac 04, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 04, 2015 13:24 MYT)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli disifatkan seorang yang penakut apabila cuba mengalih jemputan debat Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak dengan alasan mahu berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Tegas Ibdillah, Rafizi yang terkenal dengan gelaran 'budak suruhan' PKR hanya merangka langkah-langkah politik demi menyelamatkan survival politik keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apa yang dikata Rafizi adalah 'Saya mahu tunjukkan kepada semua jenis manusia yang bagaimana memimpin UMNO sekarang'.
"Jawapan saya mudah, pertamanya mengapa Rafizi tolak tawaran debat saya? Saya ingin dedahkan kepada semua, manusia yang bagaimana memimpin PKR mahupun Pakatan Rakyat hari ini.
"Rafizi turut mengatakan bahawa Khairy kini berada di Amerika Syarikat dan mungkin sedang berdebat dengan kanak-kanak lelaki di sana. Adakah dia cemburu kerana tiada peluang untuk berwacana bersama semua lapisan masyarakat Malaysia yang berada di sana?" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ibdillah mengulas dakwaan Rafizi di sebuah portal yang menyifatkan Khairy sebagai 'bacul' kerana enggan berdebat dengannya.
Khairy kini berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri forum di Harvard Business School sempena Harvard Asia Business Forum.
Dalam pada itu kata Ibdillah, Rafizi seharusnya menggelar Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penakut kerana gagal mengumpul ribuan anak muda untuk sertai demonstrasi jalanan ‘Kita Lawan’ di Sogo.
"Saya ingin berprasangka baik bahawa Rafizi ini seorang sida-sida yang kecewa, hingga ke hari ini dia gagal merangka strategi untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat.
"Rafizi seakan-akan memperlekehkan suara akar umbi ataupun suara rakyat dengan pelbagai langkah politik yang dilihat lebih cenderung kepada membela nasib Anwar dan bukannya rakyat," jelasnya.
Tegas Ibdillah lagi, Rafizi juga seorang yang pengecut di laman sosial dengan menyekat beberapa pengguna yang mengkritik dan tidak sependapat dengannya.
"Saya beranggapan bahawa Rafizi seronok dipuji dan tidak sanggup menerima kritikan yang membina. Inikah kualiti seorang Ahli Parlimen PKR? Rakyat dihalang dari mengutarakan pandangan dan pendapat mereka.
"Saya ulangi hasrat saya untuk berdebat dengannya di mana sahaja pada bila-bila masa. Bukan sahaja soal Anwar, malah kita boleh debat soal kegagalan ‘Kajang Move’ yang telah menjejaskan prestasi negeri itu," ujarnya.
Tambahnya, Rafizi juga terlalu cepat membuat rumusan Khairy enggan berdebat dengannya dan menggelarnya bacul.
"Khairy belum lagi memberi reaksi kepada cabaran itu. Dia belum kata apa-apa dan sudah digelar bacul?
"Saya berprasangka baik, mungkin dia tak faham definisi 'bacul'. Elok dia pergi membeli kamus daripada membuat pelbagai fitnah dan spekulasi yang tidak cerdik," katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa