Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 5, 2015

Menarik: Hutan dan rahsianya

BERBURU BINATANG HUTAN.. (Tulisan Sahabat Shahpaskal)
Nota #: Ni ada sikit campur hal mistik. Mana yang nak komen tu, amat dialu-alukan sebagai wadah permuzakarahan ilmu. Cuma jangan jadi macam seorang pujangga pernah berkata (saya modify sikit ayatnya supaya kiasannya benar-benar umph dengan kita – maaf kalau agak kasar).. Kiasannya lebih kurang bererti begini, semalam sarapan saya roti canai, lunch nasi ayam penyet, makan malamnya nasi paprit. Pagi tadi diberaklah hampasnya, walaupun saya dah belajar tinggi, ilmu penuh di dada, prett sana prett sini kondem orang sana kondem orang sini tapi rupa-rupanya saya masih gagal mengenal-pasti mana satu hampas roti canai, ayam penyet atau paprit walhal hampas ni keluar dari lubang buntut dan perut saya sendiri.. Malah bau busuk dari makanan yang mana satu pun saya tak bisa tentukan.. Waduh..! Ceteknya ilmu saya ni.. Apatah lagi nak pertikai ilmu orang lain yang tersembunyi. So, pengajarannya, saya berlapang dada untuk menelaah dan menilai ilmu orang lain asalkan tidak sahih lagi sesatnya..
JENUT
1. Sebelum kita ke cerita mengejar gading gajah di kuburannya, kita sentuh sikit pasal jenut.
2. Jenut ni adalah satu bongkahan / busut batu bergaram (batu masin) yng terletak kat tengah-tengah hutan dan biasanya di pinggir hulu anak sungai atau kali. Ia tempat tumpuan segala bintang hutan datang ‘menjilat garam’ bagi mendapatkan bekalan mineral tubuhnya..
3. Kalau semua binatang hutan boleh diumpan dengan garam, maka di sinilah terletaknya induk garam semulajadi yang Allah SWT jadikan untuk mereka. Seperti kita, garam perlu untuk mengekalkan paras ionik bendalir badan. Sebab tu juga orang kena denggi kena banyak minum air iso-tonik (100-Plus atau Revive).
4. Bongkah garam ni besar, ada sebesar kereta kancil, ada yang sebesar bas. Ia timbul dari permukaan tanah yang berlereng dan permukaan batunya agak keperang-perangan, macam warna garam bukit warna perang jenama Halagel. Ada lembapan atau renyihan air keluar dari dalamnya ke permukaan sebab ia batu garam yang poros.
5. Cuma silap sikit, JUPEM ada tandakan kat peta toponya yang boleh dibeli RM10.00 satu set siap dengan grid koordinat latitude dan longitudenya akan lokasi jenut ini dan ia secara tak langsung memudahkan pemburu haram mencari lokasi ni.
6. Saya dah banyak kali pergi ke beberapa jenut. Binatang hutan akan datang ke jenut untuk menjilat garamnya pada kalaan yang tetap. Ada datang setiap hari, ada selang sehari atau sekali seminggu, bergantung kepada jarak mereka merayau. Jenut ni macam R&R kat highway, dalam jarak tertentu, ada satu. So, tak semestinya jenut yang sama, jadi binatang ni cari yang terhampirlah.
7. Di anak sungai berkenaan, di hilir jenut akan ada ‘kubang’ atau ‘kolam air’ tempat binatang-binatang beristirehat. Dari sebesar-besar gajah hinggalah kepada kancil, pasti datang dan beristirehat di situ.
8. Yang bestnya, setiap binatang ada giliran masing-masing. Sebelah awal pagi atau subuh, selalunya rusa, kijang dan kambing hutan. Yang kecil-kecil macam kancil, pelanduk ni juga ada join sekali. Bila dah agak menghala ke tengahari dalam jam 10 atau 11, rusa atau kijang ni akan merayau jauh keluar dari jenut dan dah duk melepak mengunyah semula makanan mereka. So, time yang lain pulak masuk..
9. Pada masa tu pulak, geng-geng binatang besar seperti badak dan gajah mula masuk. Kalau gajah, riuh-rendah bunyinya berguling-guling kat kubangnya. Dah agak petang, geng seladang pulak masuk. Lewat petang, harimau belang pulak mengambil gilirannya. Harimau ni juga mandi-manda kat situ.
10. Kubang gajah agak besar, saiz dua court badminton ada kot.. Dalam airnya sekitar satu meter. Kerana airnya mengalir dan dasarnya berpasir, sekejap je airnya dah jernih.
11. Pantang kat jenut ni bagi pemburu ialah menembak binatang dan menumpahkan darah bintang buruan di situ. Ini kerana sudah ketentuan Allah, kalau harimau dah nak masuk ke jenut tapi masih ada rusa atau kijang, harimau ni tunggu dulu kat luar dalam jarak lebih kurang seratus meter. Dan keluar rusa tau kijang tu, barulah dia masuk menjilat garam dan mandi-manda. Ertinya, jenut ni adalah kawasan larangan perang..
12. Dan kita juga begitu. Jika ada saja binatang terbunuh di tembak di situ, jenut tu akan mati dan tak akan dikunjungi haiwan lagi. Ada yang mati terus atau hanya akan meriah semula selepas beberapa tahun. Inilah kebesaran Allah.
13. Hampir seminggu ulang-alik duduk kat ‘ran’ atau pangkin kat atas pokok depan jenut, lebih 25 kaki tinggi pangkinnya (tiga tingkat bangunan). Pokok yang dipilih tu kat kawasan tinggi supaya bau badan dan laluan saya tak dikesan binatang, rasanya dalam jarak 50 meter dari bongkah batunya. Macam-macm benda dan haiwan saya tengok. Tujuannya hanya satu – nak tengok apakah ada ‘gajah’ yang bergading besar…
HANTU HUTAN
14. Ada juga bertemu ‘hantu hutan’. Ceritanya begini. Amat jelas didengari ada orang lalu menghampiri bawah pangkin, bunyi derap kaki pihak daun dan reranting kayu serta kocakan bencah air. Masa tu hari dah hampir maghrib. Bila diamat-amati, rupa-rupanya hantu hutan ni macam orang, tinggi dua kali kita berbulu macam mawas dan masa tu ada tiga beranak. Mak bapak dan anak. Berjalan mengusung dapur kat atas kepala macam dapur kayu orang zaman dulu-dulu, dapur tu berasap.
15. Rupa-rupanya dia orang ni suka makan siput. Dia bawak dapur tu untuk bakar siput (siput sungai). Sebab tu juga kita sering jumpa kulit siput melonggok kat satu-satu tempat kat tengah hutan, jauh dari sungai.
16. Dia orang ni ada jalan khusus. Macam denai dan tak ada halangan pokok atau semak. Jalannya lurus. Time dia orang ni nak sampai, bercempera dan riuh-rendah kera beruk dan tupai lari, macam ada benda datang menghalau. Dalam beberapa ketika, kita kan dengar derap kaki dan bunyi ranting-ranting patah.. Tengoklah baik-baik, pasti nampak..
17. Okey, move to cerita kubur gajah pulak.
KUBURAN GAJAH
18. Sebenarnya dlm peta topo JUPEM tu ada ditandakan gua kubur gajah ni. Dari pengetahuan saya, terdapat 4 kuburannya. Satu dah saya jelajahi beberapa kali, satu lagi dijelajahi oleh sedara saya (masa tu saya hanya sebagai pembiaya sebab bekerja kat K.L), dua kuburan lagi belum saya terlibat mencarinya tetapi saya hnya anggap masih 50-50 sebab belum diuji kebenarannya.
19. Satu di lokasi saya cerita ni, satu di Taman Negara (ekspedisi yang saya ada biayai), satu di Jeli-sempadan Siam dan yang terakhir di Endau-Rompin.
20. Yang saya jelajahi di Hulu Jelai arah utara (bukan arah Cameron Highland) yang bersempadan dengan Gua Musang. Ia terletak di gua yang mengunjur sepanjang 2 km dari selatan ke utara kalau ikut ukuran petanya. Kemudian satu lagi gua kembarnya bersaiz hampir sama di utaranya, cuma disempadani dan dipisahkan oleh satu sungai selebar 5 meter dan tebingnya jadi gentingan binatang lalu lalang.
21. Selepas dua kali pergi mencari ikan kelah dan entah macamana teringinlah pulak nak kaya, cuba-cubalah nak bawak balik gading dari gua ni. Kalau tak ada niat nak bawa balik, mudah je jumpa pintu masuknya dan nampak isi di dlamnya. Dua lagi sepupu sya pun dah juga masuk.
22. Pintu guanya hanya berjarak lebih sedikit 200 meter (dekat sepanjang tiga pdang bola) dari tapak pangkin khemah saya bermalam, dah arif bebenar la kawasan ni sebab dah dua tiga kali datang mencari ikn kelah dan mengatak.. Sila lihat artikel sebelum ni.
23. Saya dan sedara saya dah tandakan jalan arah pintu masuknya dengan ikatan tali plastik ropia, juga dengan tunggul kayu sebesar lengan budak yang dicantas separas dada dan disungkup dengan tin sardine. Malah ada juga dibuat panah arah dengan cara dibelah tunggul cantasan dan diselitkan kayu sebesar ibujari diatasnya mengarah ke depan, macam bentuk huruf ‘T’.
24. Pada hari yang dijanjikan, saya dan saudara saya pergilah ke gua di lokasi berkenaan. Dua jam bermotosikal dan tiga jam berjalan kaki dengan bekalan beberapa getah tiub tayar motor (kononya untuk ikat gading nanti kat motor), guni untuk balut dan bekalan makanan secukupnya. Saudara saya ni sekarang dah menetap di Cirebon mengetuai Pasentren Asal Gunung Jati di sana dan dah jadi warga istimewa Indonesia (Presiden Jokowi sekarang sering pinta nasihatnya dan juga Tun M – tu sebab juga Tun M dapat ijazah doktor kehormat Universiti Islam Syarif Hidayatullah).
25. Sampai kat lokasi hari dah hampir senja. Pangkin lama dah ada, jadi cuma perlu pasang plastik khemah. Saya pun mula ke sungai untuk cari ikan buat lauk. Ikan kelah cukup banyak, macam dalam akuarium. Jaring dah diikat satu hujung dan baru ditarik sejarak dua depa, dah dua tiga ekor kelah sebesar betis berat dalam sekilo mengena. Tak sempat pun ikat hujung satu lagi, gulung-gulung jaringnya dan bawak naik ke tebing. Dapatlah tiga ekor untuk dibakar garam-kunyit.
26. Esoknya, lepas makan dalam 9 pagi (kat hutan 9 pagi gelap lagi wei…), mulalah ke denai yang ditandakan dulu. Jumpa dan jumpa dan terus jumpa tandaan yang dibuat hinggalah sampai ke dinding gua. Dalam setengah jam juga pasalnak betul-betul menjejak tanda.
27. Alamak… Apahal pulak kat tanda yang last sekali, dulu pintu gua tapi sekarang dah ada tebingan setinggi paras dada. Ada pokok beringin besar la pulak, sebesar tong deram. Dulu tak ada, Cuma pokok biasa sebesar tong gas.. Pelik… Pelik..
28. Akar-akar dari dahan berjuntai-juntaian, teringat macam prop Avatar. Takut tu tak ada la, tapi makin pelik. Dulu ada lubang gua, sekarang pokok yang rimbunnya sampai ke tanah dan tak nampak lubang guanya. Dinding gua kat depan pulak putih, macam tak ada lubang langsung.

29. Bunyi harimau berdehem ada, tapi masa mencari katak dulu pun dah jumpa rasa-rasanya mamat ni. Harimau hidup dalam jajahannya, selalunya ditandakan dengan kencingnya. So, jangan ada sesiapa yang cuba menceroboh melainkan perang dulu..
30. Kalau pengalaman sebelum ni, di dalam gua tu terdapat dua bahagian. Bila masuk saja dalam 20 meter, sebelah kirinya kepala dan tulang-tulangnya yang agak berselerakan tapi tak la berterabur, cuma macam dilonggok setempat. Sebelah kanan pulak, gading-gadingnya tersandar kat dinding gua. Tak la banyak sangat tapi rasanya bersamaan berpuluh ekor jugalah induk gajahnya.
31. Luas guanya tak la besar mana, sebesar dua dewan sekolah atau kalau padang futsal saiz penuh, ada la dua padang tu. Tanahnya berbatu. Gua ni ada lubang angin ke atas. Pintunya mengadap ke arah timur arah matahari naik. Muka pintunya agak menaik dalam setengah - satu meter dari aras tanah di sekitar.
32. Pasal kalau berjalan dalam hutan, kita tak boleh pusing belakang. Jadi, dah tau ditutup, kami langsung pusinglah gua ni satu pusingan. Awal petang dah balik ke pangkin. Pakat cari ikan kelah nak bawak balik aje la sebelum balik esok pagi..
33. Malamnya masa kat pangkin, datanglah pari-pari hutan dan kita pun bersembang. Diberitahu gading-gading tu adalah harta pusaka Tanah Melayu. Jadi, dipinta janganlah diusik atau diambil secara tanpa izin. Sebab ini harta warisan.
34. Kami pun akur. Dan sedara saya pun faham, dia yang pernah ke gua kuburan disempadan Pahang-Trengganu-Kelantan pun punya pengakhiran pencarian macam ni – harta Tanah Melayu ni terjaga rapi. Tak semudah itulah untuk dibawa lari..
35. Cuma silap kami, kami tak membuat semakan dengan ghaib di situ sebelum memasang angan-angan nak punggah keluar gading-gading kat dalam gua berkenaan. So, gagallah ekspedisi kami tapi amat faham sebab apa ia gagal. Agaknya macam harta amanah Tanah Melayu yang lain kot.. Kena ad waris nya.. Siapa tau kan..?
36. Bgi kawan-kawan yang berhajat nak mencuba nasib, dipersilakan. Cuma bekalkan sikit ilmu hutan agar kalau diterkam harimau ke khemah, khemah tuan-tuan tu mampu dipagarkan dengan doa dan harimu tu terbias terpelanting macam terpantul keluar..
37. Sekian.. Wassalam..

2 comments:

  1. 6:59. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).

    ilmu manusia terbatas walaupun kekadang rasa macam dah hebat
    insaflah.

    ReplyDelete
  2. rocky the great brown unused dick says: wow! great article! very the informative! itu pasal wa memang tak suka masok utan (walaopon wa urang ulu & pernah dilatih dalam tentera) tapi wa tak selesa dgn utan. Utan adalah satu dunia tersendiri ciptaan Allahswt dan kita tak cukup elmu nak teroka donia itu. Kita patut respek lambing keagungan ciptaan Allah ini. Tapi wa tertarik pasal "Hantu Utan" tu; kita dok panggil dia antu utan tapi kalo tengok siri2 Discovery, menepati ciri2 Yeti atau Bigfoot yang deme dok cari satu donia termasuk di Sumatera. Sah lah wa kate dia makhluk berjisim macam mamalia bukan dari asap

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa