08:30PM Mac 05
oleh Mike Tan
KOMEN: Mereka benci kami, mereka suka kami. Rakan-rakan dengan penuh mesra memanggil kami Apek, Uncle, Auntie dan Ah Moi, mereka yang membenci menyumpah kami sebagai pendatang.
Paling terbaru, kami dilabel sebagai komunis, RBA (Red Bean Army), dan dituduh sebagai “DAPig”, penyokong parti politik “Cina” yang dibenci, iaitu DAP.
Siapakah kami? Kami adalah orang Cina Malaysia.
Sebagai satu kumpulan etnik, kiraan terakhir menunjukkan masyarakat Cina merangkumi 22 peratus populasi negara. Tetapi ramai yang mendakwa kami sebagai dalang politik dan pengaruh, beroperasi di balik tabir, memanipulasi orang lain seperti boneka dan menggerakkan situasi seperti di papan catur.
Betapa saya berharap agar semua dakwaan itu benar. Kerana saya akan menjadi kaya-raya dan boleh buat apa sahaja yang saya suka. Yang sebenarnya – dan kebanyakan rakyat Malaysia mengetahuinya – majoriti orang Cina tiada bezanya dengan Melayu, India, Dayak, Iban dan mana-mana kaum lain yang menganggap Malaysia sebagai tanah air.
Namun politikus seolah-olah tidak boleh berhenti daripada menjadikan kami sebagai subjek kegemaran mereka! Dan memburukkan lagi keadaan, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat seperti bergilir-gilir mempergunakan kami demi kepentingan mereka.
Pada bulan lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakannya dengan menggunakan orang Cina untuk meningkatkan imejnya di dalam Umno melalui posting Facebook “boikot peniaga Cina”. Ketika itu, harga barangan kekal tinggi walaupun harga petrol telah menurun.
Bulan ini giliran Pakatan Rakyat pula. Dengan kenaikan harga petrol dan kempen harga barang rendah yang sedang berjalan, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan berani mengingatkan kerajaan agar “jangan salahkan orang Cina apabila berlaku inflasi dan mainkan sentiment kaum untuk menutup kelemahan (kerajaan) sendiri.”
Baiklah, adakah ini bermaksud Barisan Nasional bencikan kami dan Pakatan Rakyat akan selamatkan kami?
Saya tidak fikir begitu. Apa yang saya lihat hanyalah dua parti politik yang bersungguh-sungguh menolak orang Cina ke perhatian umum bagi keuntungan politik masing-masing.
Malangnya, politikus Cina pun sama sahaja. Ambil sahaja Datuk Seri Liow Tiong Lai dan MCA sebagai contoh. Beliau telah mencuba yang terbaik untuk “membela” orang Cina ketika drama boikot berlangsung, dengan mengeluarkan kenyataan keras, namun dengan senyum lebar ketika bergambar bersama Ismail Sabri.
Gambar itu, tentunya, digunakan oleh parti “Cina” yang lain, DAP untuk menyerang kerajaan. Ia menyebabkan MCA menyelamatkan pemimpinnya. Mujurlah, drama itu surut apabila tibanya Tahun Baru Cina.
Pasti anda fikir Tahun Baru Cina adalah sesuatu yang penting bagi politikus Cina, namun malangnya anda silap. Tahun Baru Cina berakhir hari ini dengan sambutan Chap Goh Meh, akan tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak dapat menahan diri daripada membangkitkan semula isu boikot dengan konteks perkauman, beberapa hari lalu.
Beliau menegur Ismail Sabri dengan berkata, “Adakah Ismail akan menyalahkan peniaga Cina sekali lagi kerana menyebabkan harga petrol naik, atau kerana tidak turunkan harga barang?”
Namun, ayatnya selepas itu menunjukkan niat sebenar beliau “menjuarai” kaum Cina.
“Sekali lagi, kegagalan BN, MCA dan Gerakan untuk mendesak Ismail memohon maaf adalah memalukan, dan menunjukkan BN sudah kehabisan idea dan prinsip tentang bagaimana menguruskan ekonomi,” katanya.
Apakah yang akan orang Cina biasa dapat daripada permohonan maaf Ismail Sabri?
Kami cukup praktikal untuk menyedari kebanyakan rasis memang prejudis dalam pandangan mereka dan tidak akan mendengar kata-kata rasional mahu pun menerima pesanan Agong, yang sudahpun menyentuh topik keharmonian kaum tidak lama dahulu. Jika tokoh setinggi Agong pun tidak dapat menukar fikiran rasis, apa gunanya permohonan maaf daripada seorang politikus Umno?
DAP hanya bermain politik, sama seperti parti-parti politik yang lain – termasuk seteru mereka dalam Barisan Nasional. Namun tentulah itu hak mereka selaku sebuah entiti politik.
Tetapi oleh kerana kita bercakap tentang hak, saya rasa sudah tiba masanya kita – masyarakat Cina Malaysia, menggunakan hak kita untuk menggesa politikus agar tidak melibatkan kami dalam permainan politik murahan mereka.
Saya lebih mahu melihat parti politik – kedua-dua BN dan Pakatan – meletakkan lebih banyak usaha untuk menyelesaikan masalah yang kita semua hadapi selaku rakyat negara ini, berbanding memburukkan dan membela kami pada bila-bila masa yang mereka suka.
Jadi tolonglah, beri kami ruang. Saya sudah bosan membaca berita tentang orang Cina Malaysia.
Orang Cima kuasa ekonomi negara , tanpa sedari orang orang Melayu jadi bahalol hidup harap cukai duit Cina.
ReplyDeleteTak pervaya tanya lah Tun Madey.
Kalau Melayu bahalol , PAS benggap lah kira nya.
Ulamak PAS pun nak kaya ber gaya harap duit Cina.
Yang bahalol ialah yang tandatangani merdeka dulu yang banyak hak anak bangsa tak di ambil kira dan penjajah tahu kelemahan kita.Rasuah lah melemahkan orang Melayu disamping lemah iman dan tak takut Allah SWT.Contoh mana rezab tanah Melayu yang dah terjual ke asing?Kalau betul Islamic kita sepatut nya jangan beli dari kedai atau pasaraya di mana arak, babi dan barang haram di jual sama.Jangan makan kedai yang tukang masak non muslim.Baru lah baru bagsa asing hormat Islam, tak payah boikot boikot lah, buang masa, kita mahu mereka hormat Islam.
ReplyDelete