Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 29, 2015

Bukan menceroboh ke? Kita pantau jer?

Talk louder than do?

Kapal pengawal China di Beting Patinggi Ali dipantau


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus memantau kehadiran kapal pengawal pantai China yang berlabuh di kawasan perairan sekitar Gugusan Beting Patinggi Ali, kira-kira 84 batu nautika daripada pantai Miri.
Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit berkata berdasarkan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya memantau situasi di sana bersama TLDM.
Isu ini dikedalikan oleh Jabatan Perdana Menteri, katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek tukun tiruan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Semantan semalam.
"Perdana menteri kita sedang hal ini secara diplomatik dengan rakan sejawatannya dari China dan kami harap akan wujud satu penyelesaian," katanya sambil menambah China mungkin mempunyai beberapa tuntutan ke atas pulau itu.
"Sejak 2013, kami memantau kehadiran mereka di sana dan kapal TLDM dan APMM melihat mereka dan mereka juga melihat kami tanpa sebarang provokasi daripada kedua-dua pihak," katanya.
Kapal China itu berada di kawasan itu sejak dua tahun lepas dan dilaporkan banyak nelayan lautan dalam di Miri takut untuk pergi berhampiran kawasan itu.
Pada 2 Jun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Malaysia akan meneruskan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan kapal pengawal pantai China di kawasan perairan negara sejak dua tahun lepas.
Beliau menegaskan kawasan itu adalah milik negara dan kerajaan akan melakukan apa jua untuk melindungi dan mempertahankan perairan negara di Laut China Selatan itu daripada pencerobohan kuasa asing atau nelayan asing tanpa lesen.
Sementara itu, Ismaili berkata APMM telah menulis kepada kerajaan pusat untuk memohon lebih banyak aset dihantar ke Sarawak memandangkan pihak berkuasa itu hanya mempunyai 11 bot peronda dan 500 anggota di negeri itu.
"Sekiranya jumlah ini dapat digandakan maka ia adalah lebih baik kerana kami menjaga sebuah kawasan yang amat luas," katanya sambil menambah terdapat 70 kes pencerobohan dan 12 kapal dirampas di perairan Sarawak tahun ini.
# Shah Paskal, apa komen hang?

3 comments:

  1. Shah paskal- macam biasa, negara kita yg terkuat didunia! ops! asia! ops! entahlah mungkin kat luar dunia kot. Macai umno ni kuat mengampu aje. Kapal dagang kat dlm perairan negara pun kena samun & rompak dek lanun apa cerita. Pendatang asing keluar masuk macam melancung ikut suka dia, lagi cakap negara ni semua terkawal? Sikit hari tentera asing masuk ronda2 pun tak tahu nak buat apa?

    Belanja berbilion-bilion utk keselamatan tapi kroni kaya-raya, pertahanan negara hancus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahpaskal goreng maut..
      Bla2..your argument is invalid..
      Tu jela modal dia..
      Ada ke org langgar masuk kawasan kita,kita pantau je?
      Bkn apa,takut meriam tak boleh tembak,peluru.masuk angin,bom pulak dah expired..

      Delete
  2. Bahalol semua tu

    Nak hujung bulan jadi hero , tak dapat gaji pulak nanti....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa