Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 23, 2015

Exco Agama pun 'pelawok'!

EXCO AGAMA PUN BOLEH BOHONG?

Saya membaca respon Kerajaan Kelantan terhadap isu tunggakan caruman guru-guru YIK, Sinar Harian, beberapa hari lalu.

TMB dilaporkan berkata : 'Memang ada potongan tertunggak tetapi tidak terlalu banyak seperti didakwa....'

Saya mendakwa jumlah tunggakan caruman itu adalah RM 14.6 juta.

Jika angka itu salah, berapa jumlahnya?

Saya mempertahankan ketepatan angka ini - RM 14.6 juta.

Saya juga terbaca isi kandungan ucapan seorang Exco Kelantan di Kota Raja yang menyebut tunggakan ini wujud sejak waktu saya menjadi Exco lagi.

Bagi tujuan kebenaran, saya petik semula  data-data dari buku mesyuarat di mana YB TMB sendiri mempengerusikannya pada 12 Oktober 2015 seperti di bawah.

Laporan Tunggakan Potongan Gaji YIK Sehingga 30 September 2015

A) Institusi Kewangan/Bank

1. Biro Angkasa       RM 159,873.62
(Tertunggak sejak 8/2015)

2. Bank Islam           RM 32,353.41
(Tertunggak sejak 8/2015)

 3. Bank Rakyat       RM 435,426.62
( Tertunggak sejak 8/15)

4. Public Bank          RM 382,134.00
( Tertunggak sejak 7/15)

5. Perumahan Perbendaharaan

RM 1,357,150.40
( Tertunggak Sejak 2014)

6. Tabung Haji

RM 600,956.00
( Tertunggak Sejak Feb 2015)

7. Etiqa Insurance

RM 4,075.08
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)

8) Takaful

RM 42, 806.12
( Tertunggak Sejak Ogos 2015)

9) KWAP

RM 3,876,557.75
(Tertunggak sejak Mac 2015)

10) KWSP

RM 166, 273.00
( Tertunggak sejak September 2015)

Jumlah Tunggakan A:
RM 7,077,620.00

B) Koperasi-Koperasi

1) Koperasi Maik

Rm 4,469,588.00
(Tertunggak sejak Jun 2014)

2) Koperasi YIK

RM 2,292,451.70
(Tertunggak sejak Jun 2014)

3) Koperasi Tarbiah Kelantan

Rm 697,908.36
(Tertunggak sejak Jun 2014)

4) Koperasi MGU

Rm 15,021.47
(Tertunggak sejak Mei 2015)

5) Koperasi Pegawai Melayu

Rm 3,805.00

Jumlah Tunggakan B :

RM 7,478,874.53

C) Lain-Lain Potongan

1) Pinjaman Komputer

Rm 624.00
(Tertunggak Sejak Jun 2015)

2) Pinjaman Kenderaan

Rm 22,239.00
(Tertunggak Sejak Mei 2015)

3) Pinjaman YAKIN

Rm 46,200.00
(Tertunggak sejak Mei 2015)

4) JPA

Rm 3,469.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

5) Zakat MAIK

Rm 15,007.11
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

6) Pelbagai Potongan

Rm 6,788.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)

Jumlah Tunggakan C :

Jumlah Besar Tunggakan A+B+C:

RM 14, 650,821.64 (14.650 juta)

Saya berharap Exco yang berucap di Kota Raja sudi menatap angka-angka ini. Supaya tidak dikata orang, bagaimana se orang berpendidikan Islam boleh bercakap bohong?

Membaca angka-angka berkaitan hal ehwal pentadbiran juga satu ibadah. Bercakap benar juga satu ibadah dan amat  dituntut oleh Islam.

Janganlah kerana bencikan Husam, maruah sendiri tergadai.

Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah berlarutan.

Permintaan pihak berkaitan untuk menemui pemimpin dan pegawai tinggi di Kota Darulnaim tidak dilayan.

Pelbagai kerumitan pencarum/peminjam makin parah.

Tunggakan makin hari makin besar.

61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. (Saya belum menyentuh terhadnya jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi).

Pada masa sama, Kota Darulnaim ada pula wang untuk 'berjoli'.

Pada hal Islam mengajar, apa yang wajib perlu diutamakan.

Berbalik pada ucapan Exco berkenaan di Kota Raja:

1. Isu Pembalakan Haram di Ulu Sat. Realiti wujudnya pembalakan haram tidak disentuh.

2. Isu KPK. Konsensi diberi kepada syarikat lain di bawah pasaran tidak disentuh. Isu pekerja diberi VSS tidak disentuh. Isu ke mana wang dari kawasan seluas 20,000 ekar tidak disentuh.

3. Lawatan ke Padang. Indonesia. Beliau kena ikut melawat untuk menjimatkan perbelanjaan. Apa pula halnya dengan Speaker ikut sama? Dan tiap YB membawa isteri masing-masing.

Selekeh itu alasannya? Kalau dah rapat, di talipon saja tidak memadai?

Jelaskan dulu tunggakan yang menyebabkan guru dihimpit masalah, termasuk kehilangan dividen dan gagal mengeluarkan simpanan, tentunya dari segi hukum lebih aula dari menghabiskan wang untuk tambang kapal terbang kerana dapat makan nasi free di Padang.

Husam Musa
10 Muharram 1437H/23 Oktober 2015

Nota: Mesyuarat penuh Lembaga Yik pada 22 Oktober 2015 yang dipengerusikan oleh MB sekali lagi menatap angka yang saya petik di atas.

# makluman yang kurang faham bahasa kelantan: 'pelawok' ada sama dengan 'pembohong'

3 comments:

  1. Bahalol

    Kerja makan Gaji otak mana ada bijak pon

    Mentedarah Gaji Elaoun Drebar Kereta Free.... Muka pon jadi Benggap

    Ambo pening doh !!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Dalam kumpulan baghal tiada kedapatan seorang manusia pun, tetapi dalam kumpulan PAS ada ramai spesis baghal nih!

    ReplyDelete
  3. Teringat Den dengan cerita wayang "Hantu kak Limah balik rumah", sewaktu tok bomoh tengah "manderam" dengan menyebut "pelawok, pelawok, pelawok, pelawok, pelawok, pelawok! Tu dalam filem tetapi kat mesia ni, di alam nyata, pak2 serban tengah memperdayakan orang2 melayu dan islam dengan laungan Islam, Islam, Islam, Islam, Islam! Tingkah laku pak2 serban tu saling tak tumpah dengan karekter tok bomoh yang sedang memperdayakan pengikut2nya yang jahil. Last2 apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh Pak2 serban adalah wang, wang, wang, jawatan, jawatan, jawantan, pangkat, pangkat, pangkat, vellfire, Honda, Range Rover, balak, balak, balak, joli, joli, joli, makan angin, makan angin, makan angin, tuang parlimen lepak kat kafe, tuang parlimen lepak kat kafe, tuang parlimen lepak kat kafe dan masih dapat elaun sambil tipu rakyat dan tipu Allah! Hidup UMNO...err...hidup duit...opppss...silap...hidup islam dan pastu....last2 baru le PAS (lantak pi lah dengan ahli2 PAS yang walak membuta tuli...siapa suruh diorang tak guna otak!)

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa