Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 30, 2015

Libasan orang tua........

Hanya pemimpin lemah mahu kawal orang lain, kata Ku Li
OLEH MD IZWAN
Published: 29 October 2015 1:53 PM
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata pemimpin yang lemah sentiasa mahu setiap gerak-geri ahlinya dipantau dan dikawal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 Oktober, 2015.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sedia menghadapi sebarang tindakan disiplin daripada partinya, sambil menyifatkan pemimpin yang lemah sentiasa memberi tekanan supaya orang lain mengikut telunjuk mereka.
Ahli Parlimen Umno Gua Musang itu mengakui, dalam mana-mana organisasi terdapat peraturan yang ditetapkan, tetapi pemimpin yang lemah sentiasa mahu setiap gerak-geri ahlinya dipantau dan dikawal.
"Semua organisasi dikekang dengan peraturan dan undang-undang.
"Organisasi seperti kesatuan pekerja dan juga parti komunis, mereka mempunyai undang-undang sedemikian untuk siasat, jejak pergerakan, terutamanya organisasi dengan pemimpin yang lemah.
"Mereka mahu pastikan ahli parti mengikut mereka," kata Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li kepada wartawan di Parlimen hari ini.
Ku Li mengulas mengenai langkah Umno yang sedang menyiasat 7 pemimpinnya yang dikatakan setiausaha agungnya bakal berdepan dengan tindakan penggantungan daripada parti.
Beliau antara yang dikatakan berada dalam senarai 7 pemimpin tersebut kerana kenyataan kritikalnya terhadap kepimpinan Umno dan kerajaan.
Malah, kira-kira dua minggu lepas, beliau turut menghadiri satu sidang media bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sering lantang mengkritik pentadbiran Putrajaya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mereka, serta 4 lagi bekas pemimpin Barisan Nasional lain mengecam tindakan Putrajaya yang dikatakan menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Ku Li berkata, beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk tindakan disiplin.
"Saya sedia hadapi segalanya. Saya berada dalam parti lebih lama dari mereka semua ini di sini (Parlimen)," katanya.
Ku Li berkata, bagi menjadikan Umno sebuah parti yang kukuh, ia perlu bertoleransi dengan pandangan yang berbeza.
"Kita perlukan semua orang bagi mengukuhkan parti. Kamu perlu bertoleransi dengan mereka yang berbeza pandangan. Itu cara Umno mendapat kekuatan.
"Semua jenis orang dalam Umno, mereka mempunyai pelbagai bentuk pandangan," katanya.
Semalam, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, 7 pemimpin Umno sedang dipantau dan tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka kerana mengeluarkan kenyataan hingga menjejaskan kekuatan parti.
Individu tersebut dikatakan banyak mengkritik dan membidas pentadbiran Najib, khususnya membabitkan isu syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya. – 29 Oktober, 2015.

1 comment:

  1. Jika pengurusan syarikat 1MDB dan wang derma RM2.6 billion itu adalah benar dan telus, tentu tidak perlu bersusah payah mengeluarkan hujah untuk mempertahankan dari sebarang pertuduhan salah laku mahupun jenayah. Pasti sebarang hujah yang dikeluarkan boleh diterima akal, tetapi ia tidak berlaku. Inikan pula ada orang sendiri pun tertanya-tanya dan apabila bertanya mengenai 1MDB dan RM2.6 billion itu, ia menjadi satu kesalahan pula. Persepsi yang timbul adalah, 1MDB adalah membawa beban kepada rakyat dan wang RM2.6 billion adalah bukannya wang derma tetapi wang yang berasal dari pelaburan 1MDB yang dialirkan secara gelap ke dalam akaun peribadi Najib. Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa