Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 24, 2015

1MDB, derma RM2.6 bilion: Adakah mesti jelaskan di dalam bajet?

DAP: Najib gagal tangani isu 1MDB, derma RM2.6 bilion, dalam Bajet 2016 
Published: 23 October 2015 6:38 PM
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata perdana menteri gagal mengangani isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2015. 

Datuk Seri Najib Razak gagal menangani isu yang membawa kepada kehilangan keyakinan rakyat dalam pentadbiran beliau, iaitu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan "derma" RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya, dalam pembentangan Bajet 2016 beliau hari ini, kata DAP.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, walaupun "bahasa berlagak berani" dapat dilihat dalam ucapan Najib di Dewan Rakyat sebentar tadi, kegagalan perdana menteri menangani isu itu akan menggoncang keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa.
"Untuk semua bahasa berlagak berani yang memenuhi seluruh ucapan Bajet itu, Najib gagal untuk menangani isu utama yang menghancurkan keyakinan domestik dan antarabangsa terhadap pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan selepas ucapan Bajet.
"Perdana menteri tidak nampak perlunya menangani satu masalah besar yang cuba beliau elakkan, iaitu skandal RM42 bilion 1MDB dan kononnya 'derma' RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi beliau yang turut melibatkan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd."
Pua yang juga setiausaha publisiti DAP berkata, Putrajaya memasukkan wang kecemasan RM975 juta awal tahun ini, surat sokongan untuk mendapatkan pinjaman AS$150 juta dan membayar ganti rugi International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dengan  wang pendahuluan AS$1 bilion kepada 1MDB.
“Ketidakupayaan 1MDB untuk membayar hutangnya dan kesedaran mengenai liabiliti luar jangka itu akan membawa kesan serius kepada kewangan kerajan dan secara semulajadi mewujudkan kesan domino yang negatif kepada seluruh ekonomi kita.
“Disebabkan kegagalan menangani tuduhan berat yang dilemparkan terhadap 1MDB dan menyediakan pelan yang boleh dipercayai untuk kerajaan terhadap semua perkara luar jangka berhubung 1MDB, Bajet 2016 akan bukan sahaja gagal mengangkat keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa, ia akan menjadi satu lagi keadaan yang hanya akan dibayangi oleh skandal berbilion ringgit pentadbiran Najib,” katanya.
Pua juga berkata, Bajet 2016 hanya akan membebankan rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah, dengan RM39 bilion cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berhubung kehilangan RM17.5 bilion dari cukai pendapatan petroleum.
“Sebagai perbandingan, cukai jualan dan perkhidmatan yang dikutip pada 2014 hanya berjumlah RM17 bilion. Ini bermakna, rakyat Malaysia perlu menanggung peningkatan cukai sebanyak RM22 bilion,” katanya.
Pua berkata sementara kerajaan terus menambah beban kepada rakyat, ia gagal untuk memperbaiki penjimatan perbelanjaan negara.
"Contohnya, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk 'bekalan dan perkhidmatan' kekal pada RM36.3 bilion untuk 2016, sedangkan ia hanya RM20.8 bilion pada 2010.
"Kenapa peruntukan ini meningkat sebanyak 75.4% dalam masa hanya 5 hingga 6 tahun?
"Kesan daripada kegagalan kerajaan berjimat cermat dalam berbelanja dapat dilihat dalam peningkatan hutang kerajaan persekutuan daripada RM582.8 bilion pada 2014 kepada RM627.5 bilion yang dijangka menjelang akhir tahun 2015.
"Peningkatan hutang kerajaan sebanyak 7.7% juga mengatasi pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 4-5% setahun," katanya. – 23 Oktober, 2015. - TMI

1 comment:

  1. Kalau Hadi, Nik Abduh atau Tantawi yang bertanyakan soalan sama seperti yang dibangkitkan dan terlebih awal dari cina ni, memang aku respek gila kat dorang. Tapi yang dorang tahu, hanya pergi cafe untuk minum berjamaah lepas tu rembat elaun.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa