Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 24, 2015

Benarkah DAP kurang ajar kepada Islam?

Aku cadangkan: Baca serta fikir, toleh belakang, tengok depan dan pandanglah keliling......
Tepuklah kepala tanya otak!

DAP JANGAN KURANG AJAR KEPADA ISLAM

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KUBANG KERIAN: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membidas sikap DAP yang cuba mengganggu dan menghalang urusan dakwah Islam di negara ini.

Menurutnya, usul PAS untuk meminda Akta 355 berkaitan Mahkamah Syariah di Parlimen yang hanya memerlukan majoriti mudah dari kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang termasuk dari Sabah, Sarawak dan DAP menyebabkan ianya tidak disenangi pemimpin DAP.

Katanya, pemimpin DAP melenting dan marah lalu perjumpaan bersama di atur, antara yang hadir adalah mendiang Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan lain-lain pemimpin DAP serta pemimpin PAS.

PAS ujar Tuan Guru, telah bertegas bahawa perkara itu adalah hak orang Islam dan dan hak Kelantan yang bukan hak DAP serta dia tidak boleh ganggu.

“Akhirnya dia bersetuju buat kenyataan bersama. Itu hak Kelantan. Adapun DAP tak setuju, itu hak DAP. Ikut pandai kamulah, itu hak kamu, itu maknanya. Nak laksanakan syariat, ini hak Kelantan, dia setuju dan tandatangan surat. Saya ‘sign’, Dato' Seri Anwar ‘sign’, lepas itu Lim Kit Siang pun ‘sign’ surat tu. Disebar dalam surat khabar beberapa tahun dulu.

“Tiba-tiba sampai masa kemuncak, kita nak bawa di Kelantan, dia (DAP) bantah lagi. Dia buat satu langkah yang keras, kalau sekiranya kita bawa juga, dia nak keluar daripada Pakatan Rakyat, (kita) kata keluarlah, keluar. Kita tegas dengan pandangan kita. Ini satu.

“Yang keduanya ialah dia menentang gerakan dakwah di Sarawak. Di Sarawak ada kegiatan dakwah, dan berjaya menarik orang bukan Islam, kaum bumiputera masuk Islam. DAP tidak senang, pemimpin DAP membuat kenyataan menentang pendakwah kita di Sarawak.

“Ini kurang ajar. Ini sudah melanggar batas kepada orang Islam. Saya sebut kurang ajarlah. Ini kurang ajar, biadap terhadap Islam,” tempelak Tuan Guru.

Tegas beliau, DAP perlu sedar akan hak orang Islam untuk berdakwah, tetapi mereka sebaliknya mengemukakan alasan bahawa khuatir orang bukan Islam tidak menyokong Islam, selain bimbang orang bukan Islam menganut agama Islam.

Lebih dikesalinya apabila terdapat di kalangan ahli dan pimpinan dalam PAS yang senada dengan DAP mahu menolak pelaksanaan hukum syariat.

Menurutnya, mereka ini merasa rungsing dengan hasrat DAP keluar daripada Pakatan Rakyat akan menyebabkan lambat sampai ke Putrajaya.

“Ini tak boleh! Ini bukan cara perjuangan kita. Perjuangan kita yang paling besar ialah nak mencari keredaan Allah. Ada pula orang menganjing dalam ‘facebook’, apa keredaan Allah? Dia buat main-main keredaan Allah ini.

“Barangsiapa mencari keredaan Allah, walaupun manusia marah, Allah akan jadikan dia reda kepada dunia, dan Allah jadikan manusia, reda kepadanya. Barangsiapa mencari keredaan manusia walaupun dimurka oleh Allah, Allah Taala murka, dan Allah jadikan manusia akan marah kepadanya pada akhirnya.

“Ini Hadis, ini yang diajar oleh Nabi, kita nak cari keredaan Allah, yang penting. Walaupun orang tak setuju, nak kalah, kalah pergilah pilihan raya. Kalau menang pilihan raya, Allah Taala tak reda, buat apa? Kita nak keredaan Allah Taala, ini penting, menang dan Allah Taala reda.

“Menang kita nak, dan keredaan Allah kita nak. Yang paling besar keredaan Allah Taala. Ini kita kena sedar,” tegas beliau.

6 comments:

  1. Untuk pengetahuan semua, Hadi ini bukan sekadar hanya hendak menegakkan benang yang basah sahaja, malahan segala bulu yang ada pada batang tubuhnya pun hendak diluruskan dengan teknik rebonding. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. tak perlu pening pening
    hakikatnya mana ada kapir senang denagn Islam
    sebab sikit depa diamla cuba banyak dibaham nya Islam
    apa nasib umat Islam di China dll negara kapir
    memanmg tujuan britis mai sini dulu pun memang untuk
    lemahkan Islam dinegara ini
    digunakan senjata manusia yang dibawa masuk terus membiak
    berhati hati

    ReplyDelete
  3. “I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam.”

    ― Muhammad Abduh

    ReplyDelete
  4. Kluk klek kluk klek u-turn, kluk klek pil kuda, kluk klek broka, kluk klek kluk klek jebon, kluk klek baiah, kluk klek barua, kluk klek ponteng, kluk klek veto, kluk klek anjing salak babi, kluk klek kluk klek ikut suka ambolah nak datang atau tidak, kluk klek tahaluf siasi, kluk klek kluk klek hudud, kluk klek khianat, kluk klek PAS akan jadi lebih kuat, kluk klek kita masuk pilihan raya bukannya nak menang pun, kluk klek moh kia pergi minum kat cafe, kluk klek PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dengan DAP tak amboh, kluk klek kluk klek ptuiii!!!

    ReplyDelete
  5. dah tau redha Allah tu besar yg pegi register cita2 menegakkan quran dan sunnah tu berhukum/berundang2 ke bawah sistem demokrasi berpelembagaan lord reid buat ape..
    berlepas diri la pedulik ape manusia pikir ape..
    x mau pulak..bila quran dan sunnah telah di bawa register berhukum dgn hukum manusia demi keyakinan diri sendiri terhadap kekuasaan...ape lagi yg nak disembangkan ..yg tertipu adalah sedara mara sendiri,anak cucu sendiri,kerabat2 sendiri...
    apabila kamu telah jitu meyakini kekuasaan itu adalah sandaran untuk cita2 beragama dan atas sebab keyakinan itulah kamu terlanjur bawa pula quran dan sunnah berhukum dengan hukum manusia...maka telah jitu la kat situ kamu membongak...

    ReplyDelete
  6. 7766 Data and research on e-commerce including measuring the information economy internet economy outlook open internet openness key ICT indicators digital economy. Sacramento Economy SperlingViews.
    28243 - http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=6&t=6382&sid=687e8ea112287b10c219edfcf2abfe17
    The New Economy Intelligence speaks for itself. - 11399 - http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=7&t=6547&sid=1f39c291fd171c6ff0d19ccb6752dbe3

    The Chartered Institute of Management Accountants CIMA. [url=http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=6&t=6417&sid=e1312d7a3239ba47a648285767125672 ]Licensed Pharmacy To Buy Tenormin (Atenolol) with no rx [/url]
    Cheap Price Suhagra (Sildenafil Citrate) prescriptions online
    >> http://www.indyarocks.com/blog/2534120/buying-cheap-Zyrtec-without-rx , 17169 -- http://www.indyarocks.com/blog/2534532/cheapest-prices-Monoket-no-script-next-day-delivery-in-USA ,
    [i]Order Online Generic Suhagra (Sildenafil Citrate) online lowest prices [/i] ,[url=http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=6&t=6634&sid=0f5bd8f315442edde0c3c4ba3c712bf5 ]Discount Tablets Suhagra (Sildenafil Citrate) free prescription drug USA [/url] ,
    [url=http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=6&t=6546&sid=3eef55041b3c5ac91fc412117baf2ced ]Purchase Cheapest Generic Casodex (Bicalutamide) shipped by cash on delivery [/url]
    [i]Orders Atrovent (Aerovent) overnight [/i]
    36145 - http://www.indyarocks.com/blog/2534000/where-to-order-Rumalaya-Fort-overnight-without-a-prescription ,65195, 1936 - http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=6&t=6479&sid=c7faf5e6188866f78f437f1114653320 ,33274, 81381 - http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=7&t=6715&sid=e74e0049971f20a53df0ab3597f584c1 ,70663, 44051 - http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=6&t=6783&sid=d82e1d2aa1e03215f54c2ddeead3fd0f ,72063, 53336 - http://www.indyarocks.com/blog/2533914/lowest-prices-Protonix-no-prior-script-overnight ,36417, 36253 - http://gaumard.com/forum/viewtopic.php?f=7&t=6353&sid=7a9741504c074ce4eb3fdddecff52016

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa