Sebuah rakaman video yang menunjukkan keprihatinan seorang lelaki membantu dua pelancong asing daripada kawasan pantai berlumpur mula viral di media sosial sejak Jumaat mula menarik perhatian netizen.
Video tersebut dimuat naik di laman Facebook oleh seorang pengguna media sosial, Theerasak Saksritawee dengan kapsyen "Impressions di Krabi pagi ini, 'kemurahan hati rakyat Krabi' . "
Memetik laporan BBC News, lelaki yang bertanggungjawab menyelamatkan pasangan pelancong itu dikenali sebagai Chat Ubonjinda. Ketika kejadian, Ubonjinda dipetik sebagai berkata pasangan itu dalam perjalanan pulang dari aktiviti memancing berhampiran Krabi, sebuah pulau peranginan popular yang terletak di selatan negara Gajah Putih itu.
Dalam rakaman video tersebut, Ubonjinda dilihat cuba untuk menarik kedua-dua pelancong tersebut dari kawasan berlumpur itu namun gagal kerana lapisan lumpur yang terlalu tebal.
Lelaki itu kemudian sanggup berbaring atas lumpur tersebut hanya untuk menolong mereka keluar dari lumpur tersebut.
Setakat ini, video itu telah menerima lebih dari 2.8 juta tontonan, 164 ribu ‘likes’ serta beribu-ribu komen pujian daripada netizen.
Memetik temuramahnya dengan portal berita Bangkok Post, beliau tidak mahir berbahasa Inggeris namun dia sedar bahawa kedua-dua warga asing itu memerlukan bantuan serta-merta.
"Saya tidak mahu apa-apa sebagai balasan. Saya melihat pasangan itu dalam kesusahan dan perkara pertama terlintas dalam fikiran saya ialah untuk menghulurkan bantuan," kata Ubonjinda.
Pengguna media sosial memuji sikap perikemanusian nelayan tersebut yang sanggup menggadai nyawa sendiri untuk menyelamatkan dua pelancong itu.

Orang Thailand ini memang jenis baik baik dan Ber Tanggung Jawab
ReplyDeleteTu sebab bila negara huru hara dan banjir besar , pelabur tetap ke Thailand
Thailand tidak memudharat kan....
Ambo pening doh !!!!!!
Amat terpuji sifat nelayan kafir itu mahu dan sanggup menolong orang yang dalam kesusahan. Kalau nelayan di Malaysia walau bertaraf ulama sekalipun, lebih baik dia pergi minum di cafe. "Ikut suko ambolah nok tolong ka tidak" bisik hatinya. Itu sahaja.
ReplyDeleteOrg thai mmg baik hati... peramah serta menghormati org luar... cuma jgn buat kacau tmpt dia sudah ler...
ReplyDelete