Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 22, 2015

Korang nak harapkan kepada MP BN?

Ahli Parlimen BN boleh undi tolak Bajet 2016, kata Ku Li 
OLEH MD IZWAN
Published: 22 October 2015 4:47 PM
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin ahli Parlimen Barisan Nasional menolak Bajet 2016 dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang luas biasa jika berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh mengundi menolak Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun, pemimpin veteran Umno itu menyifatkan jika langkah itu berlaku, ia sesuatu yang luar biasa memandangkan tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Saya tidak rasa mereka akan mengundi menolak bajet jika mengikut kebiasaannya.
"Tapi jika mereka merasakan terdapat isu substantif untuk menentang perdana menteri sendiri, jadi mereka mempunyai hak untuk melakukannya," kata Tengku Razaleigh kepada pemberita di Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.
Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li ditanya pemberita mengenai pendirian ahli Parlimen BN terhadap cadangan pembangkang yang mahu menyingkirkan Najib menerusi cara menolak yang dibentangkan pada esok.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pendiriannya mengenai isu itu apabila ditanya.
"Dengar dahulu apa yang mereka mahu kata. Kami datang ke Parlimen dengan minda terbuka dan melihat hujah yang dibentangkan," tambahnya.
Najib akan membentangkan Bajet 2016 esok di Parlimen pada jam 4 petang.
Pembangkang menerusi ketuanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini membawa usul tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat.
Usul itu dibawa Dr Wan Azizah memandangkan kemelut dan skandal yang terpalit dengan Najib, terutamanya dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma dalam akaun peribadinya sebanyak RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak diketahui.
Beliau juga menggesa ahli Parlimen BN menyokong usul yang dibawa itu bagi memulihkan imej negara yang terjejas akibat 2 skandal besar tersebut. – 22 Oktober, 2015.

Berkaitan - link: Tolak Bajet 2016, tindakan tidak bertanggungjawab, kata Khairy

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa