Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 23, 2015

Azmin perlu diajar cukup-cukup

Azmin Perlu Diajar Cukup-cukup Kerana Tolak Pakatan Harapan

Pakatan Harapan tidak perlu di Selangor, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di negeri itu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.

Timbalan presiden PKR itu berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PKR 2 minggu lepas meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab senario politik berbeza.

"Kita meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.

Phahrolrazi dilaporkan berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Katanya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP. – Bernama
Azmin nafi Saifuddin Abdullah bakal gantinya sebagai MB Selangor

Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang Datuk Saifuddin Abdullah bakal menggantikannya sebagai menteri besar Selangor melalui “Langkah Rawang”, lapor Sinar Harian.

Azmin mengulas khabar angin dalam sebuah portal Isnin lalu mengenai Langkah Rawang yang bertujuan menyingkirkan Azmin sebagai menteri besar dan akan digantikan dengan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

“Saya tidak pernah dengar benda macam itu. Saya dengar benda betul sahaja. Benda yang tidak betul saya tidak mahu dengar.

“Langkah Rawang adalah spekulasi yang tidak betul dan tidak ada kena mengena dengan jawatan saya sebagai menteri besar sekarang,” kata Azmin seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Portal itu sebelum ini mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang Gan Pei Nei daripada PKR akan mengosongkan kerusinya memberi laluan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.

Portal itu turut mengatakan, langkah untuk menjatuhkan Azmin sedang giat dilakukan penentang-penentangnya di Selangor.

“Adun Rawang akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan diadakan semula PRK DUN Rawang untuk memberi laluan kepada Saifuddin selaku ayam sabung PKR yang diperkatakan ramai bakal menjadi MB baru bagi menyingkirkan Azmin yang semakin ditolak ramai pemimpin mahupun ahli PKR,” tulis portal itu.

PKR tahun lalu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melalui “Langkah Kajang”.

Pada mulanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diletakkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya bagi memberikan laluan.

Disebabkan kes liwatnya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di DUN Kajang dan menang.

Bagaimanapun akhirnya, Azmin menggantikan Khalid selepas Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR, DAP dan PAS tidak sepakat berhubung siapa seharusnya menjadi menteri besar Selangor.

Langkah Kajang juga merupakan permulaan kepada bibit-bibit perpecahan PR yang kini sudah berkubur.
-TMI
ULASAN GB

Sikap Azmin yang enggan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor amat dikesalkan.

Pakatan Harapan yang terdiri dari 3 parti pembangkang yang utama (PKR, DAP & AMANAH) telah dibentuk dan ditubuhkan secara rasmi dan partinya PKR yang memulakan inisiatif tersebut. Malangnya beliau sendiri yang gaga; melaksanakannya di Selangor dengan alasan senario politik Selangor tidak sama dengan Pulau Pinang.

Kerajaan Selangor yang ada memang dipilih oleh rakyat. Namun rakyat pada pilihanraya umum 2013 mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Rakyat sudah berkubur, PAS menolak untuk menyertai Pakatan Harapan, mengapa Azmin berdegil untuk terus mengharapkan PAS berada di dalam kerajaan Selangor?

Ia seperti satu pengkhianatan terhadap para pengundi Selangor. Malah jika diikutkan komposisi parti, PKR tidak layak untuk menjadi MB. DAP memenangi kerusi yang lebih banyak dari PKR dan PAS. Tetapi DAP lebih sanggup untuk berkompromi dengan menyerahkan jawatan MB kepada PKR. Dan kini PAS bermusuhan dengan DAP. PKR sepatutnya mendengar suara rakyat. Beliau sudah sepatutnya membentuk kerajaan Pakatan Harapan, dengan menggugurkan semua ADUN-ADUN PAS dari senarai exco kerajaan negeri.

Lantaran itu Azmin perlu ditukar. Beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor lagi.

Calonnya sudah ada iaitu Datuk Saifuddin Abdullah.

Cuma GB tidak berapa setuju dengan Langkah Rawang. Rakyat sudah meluat dengan taktik pengosongan kerusi untuk pilihanraya kecil. GB merasakan rakyat Selangor perlu bersabar dan menunggu pilihanraya umum ke 14. Masa itu boleh ajar kumpulan Azmin dan Tian Chua cukup-cukup.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Azmin dan kumpulan yang sedang merosakkan Pakatan Harapan akan tetap dihukum oleh rakyat. Tunggu dan lihat.

4 comments:

  1. Sorry bro. Aku dah mengundi tian chua dua penggal. And next election aku tak akan mengundi dia lagi. Stop! Dan aku bkn ahli PAS ataupun PKR. Atas pagar tapi penyokong Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. MB yg dilantik oleh parti kalau tak mahu dengar nasihat parti...kita mesti tolak nnt

    ReplyDelete
  3. azmin mb lantikan sultan. dap dan pkr tak hantar nama dia ke istana. pas yg hantar nama dia ke istana. sbb tu dia terhutang budi pada hadi sorg dah sanggup khianat pd rakyat Selangor yg beratus ribu.

    ReplyDelete
  4. Tidak perlu emosi

    Tengok HUTAN DARI POKOK

    Masalah nya Otak Otak Melayu ini rata rata Bahalol akibat malas membaca dan banyak ber fikir

    Tu sebab Melayu saja pakai MyVi dan Proton drngan Kapcai metempit kejar bontot lori

    Bahalol !!!!!!!

    Azmin nak jatuhkan BN maka perlu bersatu drngan PAS


    Ahli Ahli PAS bukan sama Otak Pemikiran drngan Prediden Bahalol PAS tu....

    TOLOL nak ber gabung dengan UMNO tapi ahli ahli PAS boleh undi PKR dan Amanah bila PRU14 nanti

    Melayu tak boleh EMOSI macam nak ngentot saja

    Bodoh lah Melayu Melayu sekarang ini....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa