Rakyat bukannya alat permainan politik gila korang!
'Langkah Rawang' mainan Umno, kata Zuraida
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan wujud usaha untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melalui “Langkah Rawang”.
Sebaliknya, Zuraida mendakwa khabar angin itu hanyalah helah Umno semata.
“Segala kemusykilan berbangkit mengenai penyingkiran Azmin adalah kerana penyertaan terbuka seorang ahli Umno yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu memilih untuk bersama PKR.
“Ini telah menjadikan satu tanda tanya yang besar bagi ahli-ahli Umno mengapa perkara sedemikian boleh berlaku dan menyebarkan khabar angin hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang Gan Pei Nei (gambar) sebelum ini didakwa kononnya akan mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu bertanding dalam pilihan raya kecil.
Menurut laporan itu juga, langkah tersebut dibuat sebagai usaha untuk menjatuhkan Azmin oleh penentang-penentangnya di Selangor.
Bagaimanapun, Azmin menafikan khabar angin bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu yang kini menyertai PKR itu akan menggantikan beliau melalui “Langkah Rawang”.
Tahun lalu, PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melalui “Langkah Kajang”.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diletakkan untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya bagi memberikan laluan.
Namun disebabkan kes mahkamah, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding di DUN Kajang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan.
Wan Azizah tidak berjaya menjadi menteri besar selepas tidak mendapat sokongan PAS. Sebaliknya sultan Selangor melantik Azmin sebagai menteri besar yang baru.
Yeahaaaaa ......... ada ngak ada yg pasti kita ketawa ! Sekarang pokay sapa tahu besok tokay. Sekarang PAN de tat sapa tahu besok coup de tat . Dibilang barua ....... ngak juga ! Dibilang balaci ....... ngak juga !
ReplyDelete