Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 31, 2015

UMNO-PAS: Lagi laluan di buka, jejambat bersambung!

Perkasa cadang Umno-PAS selesai isu menerusi Majlis Ukhuwah Islamiah Negara 
Published: 30 October 2015 8:48 PM
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali berkata penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara dicadangkan bagi membolehkan Umno dan PAS cari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Muin) bagi membolehkan Umno dan PAS mencari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata Muin boleh menjadi badan gabungan Umno-PAS untuk membincangkan isu berkaitan tanpa libatkan politik, sebaliknya lebih ke arah kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Perkasa sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kepentingan politik mahu Muin menjadi tempat buat Umno dan PAS berbincang menangani beberapa isu berkaitan Islam dan institusi raja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Khas Perkasa Parlimen Kuala Terengganu, hari ini.
Ibrahim berkata dalam menyelesaikan isu Islam dan institusi raja, kedua-dua parti perlu ada ruang yang membolehkan mereka duduk bersama menyelesaikan masalah demi kepentingan orang Melayu serta Islam.
Katanya cadangan penubuhan Muin dikemukakan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiga minggu lepas, dan parti itu bersedia mengkajinya. – Bernama, 30 Oktober, 2015.

3 comments:

  1. Bermimpi lagi puak-puak yang dah nak hanyut ni. Teruskanlah bermimpi di siang hari.

    ReplyDelete
  2. Mulanya Ust Nasha disuruh oleh MSU PAS utk berUG. Mr presideng nafikan tapi kemudiannya ust Nasha mengaku yg dia diarahkan oleh MSU PAS. Disini orang itu dah cakap bohong

    Benda sensasi, mr presideng berpeluk dgn raja katak dan keluarkan isu bekerjasama.

    Akhir-akhir ni, mr presideng buat kenyataan yg rela bekerjasama dgn sapa-sapa sahaja demi melayu dan islam.

    Terakhir, ust nasha dilantik CEO GMM. Munasabah ke ahli PAS dilantik ke jawatan itu kalau tiada apa2?

    Yang saya nampak, ini semua gara-gara nak berpakat dgn umnu tp gerakan mr presideng dah dapat dicium puak progresif dlm PAS. Walaun-walaun mana pandai baca senario begini kan. Mereka panfai berceramah jer dan ikut memkginzir buta apa-apa yg mr presideng kata.

    Mr presideng pulok, nk ngaku telang-telangan talak belani ooi!! Mcm tu nk jd pemimpin hebat? Boleh belah laaaa!!

    ReplyDelete
  3. Kalaulah UHA jadi pendakwah dan mengajar ikut pendapat, cara, perbuatan, sikap dan tindakannya seperti sekarang nescaya rosaklah aqidah orsng2 yang ajarnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa