Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 27, 2015

Catatan pagi Aiman Rafiq

Sangat segar himpunan itu...

Kisah perkumpulan rakyat paling besar dlm sejarah masa itu. Zaman itulah permulaan kebangkitan rakyat di M'sia, dan bermulanya era kerjasama politik atas persamaan matlamat. Politik yg merentasi bangsa dan ideologi yg sempit.

Saya masih ingat..,
Saya diakhir zaman kampus. Transisi zaman ideologi pelajar dari buku2 usrah, kepada zaman applikasi dakwah.

Satu malam, dapat makluman dari Haji Mahfudz Omar, ada seuatu akan berlaku. Kami dalam 10 org pakat kumpul depan rumah DSAI. Kali pertama ke sana. Naik motor beramai.

Yg dpt makkum,
AlMarhum Ustaz Fadhil Noor, atas initiatif / ijtihad segera utk mendepani kebangkitan rakyat, dgn beberapa pimpinan lain akan ziarahi DSAI di rumah. Saya sgt teruja dan sokong keputusan itu, walau itu difahami sbg keputusan peribadi Ustaz Fadhil.

Walhal sebelum itu, kamilah yg paling teruk dibantai oleh DSAI sebab jadi penggerak PAS di kampus, yg ditindas, digantung oleh HEP etc, ketika DSAI masih dalam kuasa sbg TPM etc...

Habis kecoh lepas itu..,
Dituduh Ustaz Fadhil tak berprinsip, langgar janji, tolong musuh etc etc etc.

Jawapan Ustaz Fadhil,
"Sebagai pejuang Islam, perkara paling asas adalah tolong mereka yg dizalimi, tak kira siapa pun mereka".

Keduanya;
"Sebagai ahli politik, kita kena cerdik depani kebangkitan rakyat". Kata Ustaz Fadhil, dia nak bawakan politik keterbukaan pada ahli PAS agar untuk keluar dari perasaan ta'asub sampai gagal bezakan antara musuh dan kawan.

Natijahnya,
Setahun lepas itu, hujung 1999, PAS lah yg mendapat manfaat politik dan dakwah plg besar atas pengorbanan DSAI itu. Ad dalam PAS yg tak sedar, bahkan ada yg sedar tapi menafikan FAKTA itu. Cukup sombong sikapnya...

Ustaz Hadi mungkin dah lupa,
Tanpa usaha dan ijtihad besar Ustaz Fadhil itu, Ustaz Hadi sendiri tak kan mampu duduki kerusi MB Terengganu masa itu. Sampai bermcm2 rezeki dan gelaran, kekayaan PAS di Terengganu kaut hasil pengorbanan DSAI masa itu.

Pun lepas itu masih tak sedar diri.
Sebaik Ustaz Fadhil meninggal, kerja paling awal yg Ustaz Hadi lakukan adalah terus bentangkan "Dokumen Negara Islam" oleh PAS, katanya dah sampai masa utk PAS jadikan Malaysia sbg "negara Islam" sebab "rakyat dah bangkit bersama PAS". Rakyat dah mahukan Islam katanya...

Kegagalan FAHAM itulah yg akhirnya menjatuhkan PAS bukan sahaja di Terengganu, bahkan seluruh M'sia dlm PRU11 tahun 2004. Itulah "zaman fitnah" PAs yg paling buruk dalam sejarah.

Faktor kejatuhan sangat jelas.
Sebab PAS dah sangat takabbur masa itu yang hanya mahu bangkit dengan undi MELAYU ISLAM sahaja, dengan ketepikan segala pandangan2 dari masyarakat non-muslim, Cina, India.

Nah sekarang,
Lagi sekali PAS mengorak langkah yg serupa. PAS mahu berjunang sendirian, tak pedulikan segara pengorbanan Ustaz Fadhil, pengorbanan TGNA yg mahukan parti Islam bekerjasama dgn semua utk kemenangan yg lebih utama di Putrajaya.

Siang malam PAS doktrinkan semua ahli,
Org itu salah, org ini salah, org itu jahat, semua org yg tak bersama PAS itu sbg musuh, org yg berbeza pandangan dalam PAS sbg pengkhianat, gunting dlm lipatan, wajib dihapuskan, haram bla bla bla.

Yang berkata tu semuanya adalah KETUA, Presiden PAS, ulamak itu sendiri sendiri. Dan anak2 buah PAS yg sgt taasub di bawah, bertepuk sorak dan takbir meraikan sikap samseng, berang dan pemarah ketua mereka itu.

Akhirnya;
5/6/2015 TG Haji Hadi salah gunakan kuasa, dengan menggunakan "veto yg tiada dalam perlembagaan PAS" untuk mengarahkan secara paksa, seluruh perwakilan muktamar PAS untuk "putuskan kerjasama dengan DAP", tanpa sebarang sebab diberikan, hingga hari ini.

Ya. Hingga hari ini, PAS masih belum pernah berikan "apa sebab" PAS kena putuskan dengan DAP. Walhal sehari sebelum keputusan Ustaz Hadi utk putuskan dengan DAP itu, beliau lah sendiri yg sebut "PAS hendaklah kekalkan hubungan kerjasama dgn DAP dan PKR sebab ia sgt menguntungkan PAS".

Ya, perubahan minda Ustaz Hadi dalam tempoh tak sampai 24 jam dari Ucaputama yg disampai, dan diterima oleh semua perwakilan itu.

Sahabat....;

Itulah sejarah....
Sejarah lepas itu berulang, hari ini dan esok tetap berulang,  sama ada kita sedari atau tidak.

Rasul berpesan;
"Seorang mukmin, tidak akan sesekali jatuh perangkap yang sama untuk kali kedua....".

Kami mengambil keputusan meninggalkan PAS, sebuah gerakan dan jamaah yg sgt banyak mentarbiyyah dan membentuk keperibadian kami selama ini, demi menyahut amaran Rasulullah tersebut. Agar kita semua sbg orang beriman terus melakukan dakwah dalam kemampuan yang ada...

W'alam
(sekadar coretan sesekali masa pagi)

2 comments:

  1. Yerr sang pencoret.
    Beginilah pemikiran dan tindakan mereka2 yg bukan pak turut(walaauun).
    Amanah pon akn ditaji kalo berperangai mcm pemimpin PAS skrg.
    Teruskan...2018 tu bkn jauh mana.
    So mana2 MP dan ADUN yg dah dpt firasat tertonggeng 2018 neh pandai2 la simpan pitis yer...nok kaut pon suka hatilah psl kubur masing2..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa