Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 25, 2015

Bajet 2016: Hahaa.....pusing sana pusing sini, kita juga yang kena!

BAJET 2016..

Benarkah akan mensejahterakan rakyat dan negara?

Beban negara hari ini akibat pemborosan masa lampau...
Rakyat tidak terbeban dengan hutang negara yang banyak seperti sekarang jika jika negara diurus secara berhemat sejak awal lagi

Rakyat tidak menyaksikan defisit bajet sudah 18 tahun berturut turut jika negara ditadbir tanpa rasuah,tanpa ketirisan ,tanpa keborosan dan penyalahgunaan kuasa dan pelbagai skandal yaang merugikan negara seperti 1MDB,PKFZ,Perwaja steel,BMF dan lain lain yg menelan berbilion duit rakyat selama ini.

Bajet 2016 memperuntukkan RM267 bilion untuk belanja mengurus dan RM52 bilon untuk belanja Pembangunan berbanding dgn bajet 2015 dimana RM223.4 bilion belanja mengurus dan RM50.5 bilion belanja pembangunan..jelas beban pengurusan negara semakin bertambah..Berbeza dengan negara maju dimana dinegara maju bajet membangunnya lebih besar dari bajet mengurus...dimana silapnya kita...?

Bajet 2016 juga bajet defisit ..sudah 18 tahun berturut turut negara mengalami bajet defisit...bermakna perbelanjaan negara melebihi pendapatan dan hutang negara semakin bertambah..

Kedudukan hutang negara terkini RM627 bilion iaitu 54 % dari KDNK negara,dan hutang yang diJamin kerajaan ,maknanya kerajaan sebagai penjamin sudah mencecah RM175 bilion...kalau dicampur berjumlah RM802 bilion iaitu sudah mencecah 60% dari KDNK negara.Sesebuah negara dianggap tenat ekonominya jika hutang mencecah 55% dari KDNK !.Dalam lapuran bajet 2016..kerajaan memperuntukkan RM27 bilion untuk bayaran balik hutang negara..

Walaupun PM membentangkan bajet defisit anggaran hanya 3.2% ...namun perlu diingat setiap tahun dan setiap kali persidangan parlimen akan ada mohon bajet Tambahan 3 atau 4 kali setahun dimana tahun lepas saja bajet tambahan dipohon melebihi RM20 bilion...!.

Bajet 2016..menyaksikan penyusutan pendapatan negara dari pendapatan hasil petroleum akibat dari penurunan harga minyak dipasaran antara bangsa..

Kini pendapatan kerajaan bergantung besar dari sumber kutipan cukai GST dari poket rakyat yang dijangka perolehan tahun 2016 hasil kutipan cukai GST hampir RM30 bilion!..

Jadi apalah yaang rakyat nak kagum dengan bantuan BRIM,KRIM,KWAM dan dll ini semua pusingan duit yang sebenarnya asal dari poket rakyat sendiri...

Walaupun nilai BRIM akan dinaikkan ..ini duit rakyat dah sebenarnya.

Bebaan kos hidup yang tinggi...beban toll yang semakin mahal...beban kos rumah yang mahal...penggurran siswazah yang semakin ramai...masaalah pembungan pekerja..sebelum ini oleh MAS..bank bank dan banyak lagi  akan terus menekan kehidupan rakyat bawahan...

Dinegara kita 70% rakyat berpendapatan bawah RM3000 sebulan..
Kebanjiran pekerja asing dalam negara terus menjadi saingan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan terutama fi stesen minyak..supermarket...hotel...restoran dikuasai oleh pekerja asing....

Ketidak seimbangan pencapaian ekonomi....Melayu terus tercorot...dasar DEB masih gagal walaupun dah hampir ke tahun 2020...dimana target kerajaan untuk capai negara maju berpendapatan tinggi..

Pencapaian ekonomi kaum cina diMalaysia  38 % mengatasi kaum Melayu dan kaum India 16% mengatasi kaum Melayu dari segi penguasaannya...tidak wujud keseimbangan...

Golongan surirumah diantara yang sangat terkesan dengan bajet...
Kos hidup ysng semakin tinggi
Harga rumah sekin mahal
Sewa rumah semakiin mahal
Tol semskin mahal

Hutang isi rumah diMalaysia diantara yang tertinggi didunia iaitu 88% dari KDNK
Kos barangan harian dengan GST

Apakah bajet 2016 mensejahterakan rakyat ?

Peruntukkan untuk pembangunan dan kemudahan asas untuk negeri sebelah Pantai Timur terutama Kelantan tidak ketara perubahan, namun bajet 2016 menyaksikan peruntukan yang istimewa untuk Serawak ...Apakah ini bajet election untuk Serawak..dan kemungkinan pilihanraya Serawak ada diadakan seawal tahun 2016 ...


Siti Zailah Mohd Yusoff
Ahli Parlimen Rantau Panjang
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa