Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 28, 2015

Kan Nasharudin dah dapat habuannya?

Nasharudin Mat Isa ketuai GMM, ganti Saifuddin
Published: 28 October 2015 11:09 AM
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa diyakini mampu meneruskan usaha Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global bagi menggalakkan kesederhanaan sebagai satu pendekatan pembentukan dasar luar dan dalam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilantik ketua pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang baru sahaja menyertai parti pembangkang PKR.
Pengerusi GMM Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan pelantikan Nasharudin berkuatkuasa 1 November, beliau yakin gerakan itu mampu meneruskan usahanya menggalakkan kesederhanaan sebagai satu pendekatan dalam pembentukan dasar luar dan dalam negara ini.
"Yayasan ini akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam merealisasikan pengoperasian Deklarasi Langkawi mengenai Gerakan Kesederhanaan Global," kata Razali.
Nasharudin, bekas ahli Parlimen Yan, mendapat ijazah dalam bidang perundangan Islam dari Universiti Jordan dan merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai timbalan presiden parti Islam itu, Nasharuddin merupakan salah seorang pemimpin utama yang mendokong usaha mengadakan perbincangan dengan saingan politiknya, Umno.
Sebagai seorang yang menyokong kerajaan perpaduan dengan Umno, Nasharuddin turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan pembentukan PasMa, yang bertujuan memastikan PAS kekal menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang sebelum ini, Pakatan Rakyat.
"Saya sudah lama bekerja ke arah mewujudkan pemahaman politik antara PAS dan Umno sebagai pilihan utama bagi orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Jadi, dengan adanya sebuah parti baru, ia akan menjejaskan pemahaman ini, ia mungkin tidak baik untuk masa akan datang," kata Nasharuddin ketika itu.
PasMa akhirnya menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini dan menyertai pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan.
Pemimpin Amanah kebanyakannya merupakan bekas ahli PAS dari golongan "progresif" yang dilihat lebih sederhana dalam pendekatan mereka yang terbuka kepada membina kerjasama politik dengan pihak lain, masyarakat awam dan kumpulan etnik.
PAS tidak menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan, setelah bertelagah dengan bekas sekutunya DAP dan enggan bekerjasama dengan Amanah yang dianggap pemimpin parti Islam itu, "pengkhianat".
Pada 15 Oktober, Saifuddin berkata beliau meninggalkan Umno bagi menyertai PKR, memetik cara pengendalian Putrajaya dalam kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai punca.
Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu juga berkata, parti Melayu pemerintah itu enggan melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi – dua perjuangan yang menurutnya amat dekat di hatinya.
Najib merupakan pengasas dan penaung GMM yang ditubuhkan sebagai platform untuk menggalakkan kesederhanaan di peringkat antarabangsa. – 28 Oktober, 2015. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa