Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 23, 2015

Mana lebih teruk.........sombong atau berlagak samseng?

Ahli parlimen pembangkang sombong – Bung Mokhtar

 | October 23, 2015
Sikap ego dan sombong dikatakan sudah sebati dalam diri ahli parlimen pembangkang dan mereka sukar meminta maaf sekiranya membuat kesilapan.
bung_mokhtar_lim-kit-siang_600
PETALING JAYA: Datuk Bung Mokhtar Raden mendakwa ahli parlimen pembangkang di negara ini sombong dan ego apabila enggan membuat permohonan maaf apabila melakukan kesalahan.
Ahli Parlimen Kinabatangan membuat kenyataan itu susulan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung enam bulan kerana menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Katanya, apa yang berlaku terhadap Kit Siang tidak mengejutkan kerana ia ‘wajah’ sebenar wakil rakyat pembangkang.
“Saya tidak hairan sebab inilah sifat wakil rakyat pembangkang yang selalu bersifat ego dan sombong dimana apabila melakukan kesilapan mereka enggan memohon maaf walaupun kesilapan itu dilakukan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya kepada FMT.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bagaimanapun mengaku Kit Siang memainkan peranan besar sebagai pembangkang.
Namun, katanya, kebanyakan isu yang dibawa oleh Kit Siang merupakan isu lama yang dikitar semula.
“Tidak dapat saya nafikan beliau (Kit Siang) banyak melakukan peranan selaku wakil rakyat dari segi berhujah sehingga dia dikenali YB ‘ recycle’, sebab dia selalu mengulangi hujah-hujahnya,” katanya dengan nada menyindir.
Kit Siang telah digantung enam bulan daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana menghina speaker apabila menuduh Speaker suba mensabotaj siasatan 1MDB.

3 comments:

  1. Sombong dan BIJAK lebih baik dari Bahalol tahap Lahap

    Bebudak bahalol dan lahap saja kawanan Mat Bahalol


    Orang Melayu saja

    ReplyDelete
  2. Alahai bung..awak tu jauh lebih teruk ..tepuk dada tnya hati...

    ReplyDelete
  3. Segala dakwaan Bung itu adalah amat bertepatan ditujukan kepada dirinya sendiri. Dia sendiri yang sombong, angkuh, ego dan dia sendiri yang membuat silap tetapi kerana kuasa dan kedudukannya tuduhan tersebut dilempar kepada pembangkang pula.
    Aku memang nak maki dan mencarut di sini, takut pula admin tak nak siarkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa