Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 23, 2015

Hadi hilang, Nik Mohd Abduh dan Dr Khairuddin menghalalkan RM2.6b Najib

Begitulah cara Hadi pegang amanah rakyat!
Panglima siku lutut bagaimana?

Sepanduk ‘Mana RM2.6 bilion’ diangkat lepas Najib bentang Bajet 2016
OLEH KC NAZARI
Published: 23 October 2015 6:30 PM
Beberapa ahli Parlimen pembangkang berdiri sambil mengangkat sepanduk yang ditulis dengan warna merah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016, di Parlimen hari ini. – Gambar Facebook Charles Santiago, 23 Oktober, 2015.

Ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang ini.
Tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang dan siaran langsung ditamatkan segera.
RM2.6 bilion adalah jumlah derma yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sekitar Mac 2013 dan diperakui Putrajaya selepas didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.


Gambar mereka memegang sepanduk tersebut dikongsi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi akaun Twitter dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi kumpulan WhatsApp beliau dan petugas media.
Namun, pemerhatian teliti mendapati beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri.
Malah, kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan ahli Parlimen Marang tidak kelihatan langsung sejak awal pembentangan Bajet 2016 bermula sehinggalah ahli-ahli Parlimen pembangkang ditemubual wartawan selepas pembentangan selesai.
Najib yang juga menteri kewangan petang ini membentangkan bajet ketujuhnya sepanjang menjadi perdana menteri.
Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan sebelum dipinda pada tahun sebelumnya. – 23 Oktober, 2015.

13 comments:

  1. At least kita dah tahu..siapa musang dlm pakatan

    ReplyDelete
  2. MPs Parti Anak Syaitan nie mana peduili pasal kesejahteraan rakyat..yg dia penting pulus dia saje..

    ReplyDelete
  3. x guna punya musang!!

    ReplyDelete
  4. Nak tanya PAS tu gabungan PH ke. Mereka yang angkat placard tu ada bincang tak. Kalau pun ada terpulang pada PAS sebab itu hanya gimik PH saja. Itulah asas kepada tindakan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS ahli bersekuth UMNO. Sila rujuk pasal 4, perlembagaan UMNO

      Delete
  5. bolihlah tahan kalau musang dalam Pakatan tetapi yang kurang seronok musang langsaung tak berbaju,kaau berbulu ayam ok juga.

    ReplyDelete
  6. Lantak la nko Pas......pru 14 nanti lePas! Lemas lemau nko!

    ReplyDelete
  7. Kah kah kah...

    Sedihnya aku... Kih kih kih..

    Pakatan Haprak macam monyet... Monyet kera

    Aku sanjung Pemimpin Pas, apa kena mengena angkat sepanduk macam monyet...

    Wooi bodoh, sedih lah kamu semua memang bodoh...

    Kih kih kih...lawak bodoh pakatan Haprak...

    ReplyDelete
  8. Kah kah kah...

    Sedihnya aku... Kih kih kih..

    Pakatan Haprak macam monyet... Monyet kera

    Aku sanjung Pemimpin Pas, apa kena mengena angkat sepanduk macam monyet...

    Wooi bodoh, sedih lah kamu semua memang bodoh...

    Kih kih kih...lawak bodoh pakatan Haprak...

    ReplyDelete
  9. MEMBALAK BERSAMA ULARMAK.
    ISTIQAMAH SAMPAI LICIN.
    WALAK SAMPAI BODOH.

    ReplyDelete
  10. Ulamak zaman sekarang Ulamak Pau Pau Pau

    Tanpa BILYON BILYON mana ada Ulamak mau jadi Ulamak

    Hadi contoh ter baik

    Bodoh saja orang Melayu sekarang ini

    ReplyDelete
  11. Ini jelas menunjukkan PAS bersekongkol dan bersubahat dengan perlakuan merompak oleh pemimpin BN. Tak kiralah sama ada PAS merupakan ahli gabungan PH atau tidak, tetapi kenapa PAS tidak menunjukkan iltizamnya menentang jenayah rompak itu? Lainlah jika PAS masih mamun seronok dapat mengusir jebon2 tu semua dari partinya, kalau pun bukan bangkai. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  12. Undi PAS bermakna undi UMNO. Undi UMNO bermakna undi PAS. Sudah terang dan jelas. Tapi kalau dah bingai tiada siapa pun boleh tolong!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa