Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 23, 2015

Aku rasa korang boleh agak siapa Pakcik Lim ini.......

Warkah untuk pak cik Lim
JOHARI YAP
20 OKTOBER 2015

WAHAI pak cik Lim, baru-baru ini, bersempena awal Muharram 1437 Hijrah, telah diadakan satu forum yang bertajuk “Hijrah menuju hidayah” di Masjid Malik, USM Pulau Pinang. Moderator dan ahli-ahli panel semuanya mereka yang telah kembali kepada fitrah Islam. Salah seorang ahli panel bernama Azley Stanley begitu keras membenci Islam pada asalnya. Apa-apa mengenai Islam, semuanya beliau tidak suka.

Satu hari, Azley telah dipertemukan dengan Ustaz Yusof yang kini merupakan Timbalan Pengarah Pusat Islam USM. Ustaz Yusof  menceritakan tentang Islam kepada Azley. Penyampaiannya yang penuh hikmah berjaya melembutkan hati Azley. Akhirnya Azley memeluk Islam dan dengan izin ALLAH, berjaya meyakinkan ibu bapanya untuk kembali kepada Islam juga.

Pak cik Lim, seorang lagi ahli panel dalam forum tersebut bernama Irman Kang. Beliau seorang gengster atau kaki pukul sebelum memeluk Islam. Selepas kembali kepada Islam, beliau berubah menjadi seorang yang baik akhlaknya. Ibu beliau menyokong keislamannya sebab ia telah menukarkan akhlak beliau menjadi lebih baik.

Mungkin pak cik Lim sudah menonton video sahabat saya, Xifu Naser, yang diterbitkan oleh Skuad Mubaligh. Semoga pak cik Lim faham apa yang cuba disampaikan. Islam ini mudah. Jika pak cik Lim sudah faham, semoga pak cik Lim memilih untuk memeluk Islam.

Dalam video tersebut, saudara Tan Boon Keong, yang walaupun berwajah Melayu tetapi fasih berbahasa Mandarin, menerangkan bahawa selepas memeluk Islam empat tahun yang lepas, beliau masih seorang Cina dan bangga sebagai orang Cina. Cara hidup dan identiti beliau tidak berubah. Yang berubah adalah kepercayaan beliau. 

Jika pak cik Lim memeluk Islam, beliau masih boleh menyambut Tahun Baharu Cina. Pak cik Lim masih boleh memberikan angpau kepada cucu-cucunya. Pak cik Lim masih boleh melayan cucu-cucu bermain tanglung atau melihat persembahan tarian singa.

Sekarang ini terdapat hampir 100,000 orang Cina yang beragama Islam di Malaysia. Mereka masih mengekalkan budaya mereka kerana agama dan budaya adalah dua perkara yang berbeza. Kebanyakan orang Cina tidak menerima Islam kerana salah anggap bahawa masuk Islam adalah masuk Melayu. Itu adalah persepsi yang salah. Islam adalah universal, agama untuk semua bangsa dan keturunan.

Nabi Muhammad SAW diutus oleh ALLAH SWT kepada seluruh alam seperti yang dinyatakan dalam hadis berikut: “Semua rasul diutus sebelumku hanya berlaku untuk umat atau bangsanya sahaja, tapi aku diutus untuk semua umat manusia.” (Riwayat Bukhari)

Pak cik Lim mungkin sudah tahu bahawa masuk Islam bukan bererti masuk Melayu. Nama tidak perlu tukar kepada “bin Abdullah”. Sahabat saya, sebelum Islam bergelar Lim Jooi Soon dan selepas Islam juga bergelar Lim Jooi Soon. Pak cik Lim juga tidak perlu tukar nama jika memeluk Islam.

Ketika pak cik Lim melawat Mesir, seorang pelajar Mesir bernama Zaid Zainul Rashid menjemput beliau memeluk Islam. Pak cik Lim mengucapkan terima kasih dan menolak jemputan itu dengan baik. Semoga kali ini pak cik Lim akan menerima jemputan untuk kembali kepada Islam.

Pak cik Lim tidak perlu risau anaknya marah jika masuk Islam kerana anak beliau sendiri begitu menyanjungi Khalifah Umar Abdul Aziz. Anak pak cik Lim ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz yang menjadi idolanya. Sudah pasti, beliau tidak akan menentang jika pak cik Lim ingin memeluk Islam.

Selain itu, jika pak cik Lim masuk Islam, pasti lebih ramai orang Islam yang akan menghormati atau bertambah menghormati pak cik Lim. Pak cik Lim akan menjadi legenda, boleh menjadi jambatan antara orang Cina bukan Islam dengan orang Melayu. Pak cik Lim akan menjadi pemimpin yang dihormati dan dikasihi oleh orang Cina dan Melayu terutamanya.

ALLAH sayangkan pak cik Lim. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan usia yang panjang agar berkesempatan mengkaji Islam, seterusnya memeluk agama Islam yang benar ini.

Kami berdoa semoga hidayah ALLAH SWT untuk pak cik Lim dan juga anaknya untuk memeluk Islam. Kami sayang pak cik Lim.

9 comments:

  1. Wa tata suka
    islam manyak recis
    islam melayu
    melayu islam
    banyak diskriminasi sama lain punya bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka jd islam di luar negara macam org uighur di China @ rohingya di myanmar @ pattani di Thailand @ moro di filipina @ chechen di checnya @ arab di palestine dll. Saya suka semua tempat tersebut kerana orang2 itu ada survival yg tinggi walaupun setiap masa kena tindas. Saya tak suka tengok orang islam di Malaysia khususnya org Melayu kerana sangat resis serta membiarkan patung krishna & patung buddha yang besar dibina. Saya hanya mahu pusat gereja terbesar saja dibina.

      Delete
  2. Bagus. Usaha ini sepatutnya dilakukan oleh semua orang Islam

    ReplyDelete
  3. Masaalah pakcim lim xterbukak hati dgn Islam sebab kawan2 Islam pakcik lim tu walau pakai serban dan jubah xmampu nak terang dan tunjuk kei dahan Islam macam timbalan pengarah pusat iekam usm tu.....itu ceritanya.

    Kakau jumpa sejarang pun xjadi apa-apa sebab pengalaman ngeri pakcik lim dgn bekas kengjawannya yg lakai serban dan jubah dulu.

    ReplyDelete
  4. Akhlak islam dah ada pada uncle lim..hidayah ajer belum..yang berserban..belum tentu berakhlak islam..

    ReplyDelete
  5. kipidap ni ngingatkan aku pada iltra melayu pak cik kulup....

    ReplyDelete
  6. Mari kita sama2 berdoa agar Allah membuka hati pakcik lim dan anaknya menerima nur islam.

    ReplyDelete
  7. Aiya Uncle Lim. Lu tosah hingat masuk iselam kina pakai itu siliban musat 5 kilo punya belat. Itu olang pakai siliban pun atak manyak tatak nguna punya olang, tatak moleh picaya pun lamai silupa itu sikalang PAS punya olang pagi lain dia ciakap petang lain dia ciakap mesok semua lia punya ciakap abih kasi tukat. Itu mutut tatak nguna punya olang maa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa