Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 23, 2015

Hiss.......bohong memanjang!

Aku hanya petik ulasan GB sahaja..........selebihnya korang pergilah ke sana

ULASAN GB

Nampaknya Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan tidak bercakap benar mengenai pengundian menentang usul penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dari Parlimen.

Majoriti ahli parlimen PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat sewaktu pengundian dijalankan. Cuma tiga yang hadir iaitu Takiyuddin sendiri, Idris Ahmad dan Mahfuz Omar.

Manakala 7 orang lagi dari PAS tidak hadir atau tidak berada di dalam dewan rakyat. Mereka adalah Haji Abdul Hadi Awang (Marang), Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas), Nasruddin Hassan Tantawi (Temerloh), Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Izani bin Hussin (Pengkalan Chepa) dan Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus).

Dilaporkan bahawa Nik Abduh, Nasruddin Hassan Tantawi dan Mohd Khairuddin hadir di parlimen tetapi berada di cafe sewaktu pengundian dijalankan.

Lansung tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Cakap berdegar-degar tetapi kewajipan tidak dilaksanakan. Walaupun berada di blok pembangkang mereka tidak lansung ambil peduli untuk menolak usul penggantungan Lim Kit Siang. Maka adalah terlebih baik untuk mereka menyertai UMNO/BN supaya tampak lebih jelas pendirian PAS yang sebenarnya dan akan memudahkan rakyat membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Allah Maha Melihat. Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka akan dihumban keluar dari Dewan Rakyat. 
Baca sepenuhnya di GB

3 comments:

  1. kamu sepatutnya membawa masalah rakyat di kawasan kamu utk dibincangkan diparlimen..nak minum balik rumah lah woi..dasar makan gaji buta..kamu tak berakhlak islam..kerja nak ponteng aje..

    ReplyDelete
  2. U help me I help U, selepas ini jika RUU hudud(?) dibentangkan sure pasti gerenti yakin semua wakil BN akan mengundi menyokong RUU tersebut, itulah kononnya jerat dipasang oleh PAS, ptuii!!!

    Aku percaya PAS yang akan terjerat nanti, siapa suruh percaya pada UMNO? Ada akai ka?

    ReplyDelete
  3. berita gembira untuk penentang wahabi---kebenaran telah terungkap
    kolonel israel tertangkap di iraq< adi cahyono>

    ini ambilan dari FNA

    TEHRAN (FNA)- Iraqi security and popular forces have caught an Israeli colonel from Golani Brigade along with a number of ISIL terrorists, a commander disclosed on Thursday.
    "The security and popular forces have held captive an Israeli colonel," a commander of Iraq's popular mobilization forces said on Thursday.
    "The Zionist officer is ranked colonel and had participated in the Takfiri ISIL group's terrorist operations," he added.
    Noting that he was arrested along with a number of ISIL terrorists, the commander said, "The Israeli colonel's name is Yusi Oulen Shahak and is ranked colonel in Golani Brigade of the Zionist regime's army with the security and military code of Re34356578765az231434."
    http://english.farsnews.com/newstext.aspx?nn=13940730000210

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa