Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 28, 2015

Muhyiddin juga akan 'tergolek dog'?

Ada usaha singkir Muhyiddin, ‘gunting dalam lipatan’ Umno, kata ketua bahagian 
TMI - Published: 28 October 2015 10:56 AM
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunus mengakui lebih 100 ketua bahagian parti seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mereka seangkatan dengannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015.

Pemimpin Umno bahagian Datuk Jamal Mohd Yunus dilaporkan Sinar Harian hari ini mendakwa, wujud "gerakan senyap" untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan beberapa ketua bahagian yang sebaliknya mendakwa terdapat kelompok "gunting dalam lipatan" dalam parti itu ketika ini.
Ketua Umno Sungai Besar itu dilaporkan akhbar itu berkata, lebih 100 ketua bahagian parti seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkirkan Muhyiddin dan yang seangkatan dengannya.
"Pendapat peribadi saya, Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.
"Kalau saya di tempat perdana menteri, dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat timbalan presiden malah ahli Umno," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menyifatkan perdana menteri terlalu berlemah-lembut dan tidak sampai hati sehingga menyebabkan Muhyiddin semakin agresif menentang pentadbirannya.
Manakala, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abdul Aziz dilaporkan akhbar sama menggesa pucuk pimpinan mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan tindak-tanduk beliau kebelakangan ini.
Sementara itu, Umno bahagian Klang menafikan pihaknya terlibat dalam usaha menyingkirkan Muhyiddin seperti dakwaan beberapa pihak.
Ketuanya, Datuk Nasarruddin M Zin berkata kepada Sinar Harian, tidak pernah ada perbincangan di kalangan mereka untuk menjatuhkan timbalan presiden Itu.
"Tidak ada, tidak pernah ada usaha sedemikian," katanya sambil menasihatkan masyarakat agar tidak mempercayai khabar angin yang tersebar.
Nasarruddin berkata, tidak wajar dilakukan usaha untuk menjatuhkan Muhyiddin.
"Relevan atau tidak (Muhyiddin sebagai timbalan presiden), saya tidak boleh jawab. Beliau relevan kalau menghormati presiden tetapi tidak relevan jika tidak menghormati presiden.
"Kami masih menghormati beliau sebagai timbalan presiden Umno," beliau dipetik berkata.
Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah turut menafikan wujudnya gerakan menyingkir Muhyiddin itu.
"Kami tidak pernah bincang, tetapi kami pernah gesa supaya singkirkan 'gunting dalam lipatan'. Kami tidak tujukan kepada Muhyiddin. Ia secara umum," katanya.
Di samping itu, terdapat juga pihak yang menyarankan supaya Muhyiddin meneruskan khidmat beliau dalam parti biarpun terdapat gesaan menyingkirnya.
Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, pemimpin nombor 2 parti itu perlu meneruskan tugasnya dan tidak timbul isu kononnya wujud gerakan yang mahu menyingkirkan beliau.
"Beliau (Muhyiddin) perlu meneruskan khidmat dalam parti kerana masih memegang jawatan timbalan presiden Umno.
"Beliau tidak boleh dibuang kerana kuasa memecat beliau terletak pada ahli dan berdasarkan tarikh pemilihan," beliau dipetik berkata Sinar Harian. – 28 Oktober, 2015.

1 comment:

  1. Bila ada taik dalam longkang , maka banyak lah ikan keli

    Bila ikan keli sudah banyak , bebudak bahalol mula lah jual ikan bakar guna ikan keli taik

    Biasa lah dah bebudak melayu bahalol....

    Mesti Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa