Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 22, 2015

"Sila baca Akta Polis" - Hamid Bador

Kalau macam ni......kalau tak faham juga, memang bengonglah!

Mengapa perlu tunggu laporan polis sebelum mula siasatan, soal bekas bos SB
Published: 22 October 2015 12:22 PM
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador berkata mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu-isu yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mengatakan tidak perlu menunggu laporan polis untuk menyiasat dakwaannya terdapat percubaan untuk menutup siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam yang siasatan tidak dijalankan kerana tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.
Hamid berkata kenyataan itu menunjukkan mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu yang berkaitan dengan hutang ditanggung syarikat pelaburan negara itu. 
“Salah satu fungsi polis adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah daripada berlaku. Hanya anggota polis yang bodoh akan menunggu laporan polis pertama diserahkan bagi membolehkan beliau bertindak.
"Sila baca Akta Polis," katanya.
Bagaimanapun, beliau menambah walaupun apa yang terjadi, beliau "gembira" mengetahui "mereka" masih terperangkap dalam penafian mengenai isu 1MDB.
Hamid tidak menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.
Zahid dalam satu kenyataan bertulis semalam berkata, tuntutan Hamid adalah semata-mata "andaian" dan tiada laporan polis dibuat oleh mereka atau mana-mana pihak setakat ini.
"Polis tidak menjalankan sebarang siasatan atau membuka kertas siasatan mengenai isu ini kerana, selepas diperiksa, tiada laporan polis dibuat olehnya atau mana-mana pihak setakat ini.”
Beliau berkata, dakwaan itu adalah andaian Hamid sendiri yang disebarkan di laman media sosial.
Mahfuz ingin tahu hasil siasatan polis terhadap dakwaan Hamid, dan jika surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada bekas anggota polis atasan itu.
Pada Ogos lalu, Hamid mendakwa saksi dicari penyiasat anti rasuah berkaitan bekas pegawai anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang bersembunyi di luar negara dengan bantuan pihak tertentu.
Tanpa menamakan mereka, beliau berkata seorang daripada 3 individu berkenaan meninggalkan Malaysia pada Jun ke Indonesia sebelum pergi ke Thailand, dan kini dipercayai berada di New Zealand.
Beliau memberitahu, kumpulan rahsia cuba melupuskan kes melibatkan salah guna kuasa dalam jabatan kerajaan dan mengelakkan lebih banyak isu terdedah. – 22 Oktober, 2015.

3 comments:

  1. ada jugak kes dimana polis sendiri buat laporan untuk siasat sesuatu kes selalunya yang berkaitan denagn pihak lawan

    ReplyDelete
  2. Dia ni, kalau hendak disimen dalam tong drum, tentu dah boleh diagak siapa dalangnya. Samseng yang pernah membelasah seorang jejaka kerana berkawan dan membantu anak perempuannya itu, malah ada niat pula hendak menanam jejaka tersebut hidup-hidup, tentu sedang merangka perancangan jahat. Entah-entah dia jugalah yang menjadi balaci menjatuhkan TSMY, unntuk mengambil alih tempat itu.

    ReplyDelete
  3. Bila buat laporan, si pelapor pulak yg ditahan atau disiasat. Sebab itu si komidi buat kenyataan mcm tu sbb dia tahu takde yg berani buat laporan pasal 1MDB.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa