Anne Muhammad
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar menasihat Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof agar tidak mengeluarkan kenyataan mengenai isu kenaikan kadar tol yang akan membangkitkan kemarahan rakyat.
Jamawi berkata demikian dalam forum Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) mengenai kenaikan kadar tol, di Kelana Jaya malam tadi.
Kata Jamawi, jawapan yang diberikan oleh Fadillah agar pengguna lebuh raya harus mencari jalan alternatif sekiranya tidak mahu membayar tol, merupakan satu kenyataan yang akan membangkitkan kemarahan rakyat.
"Saya kurang berkenan dengan jawapan alternatif ini. Ia (kenyataan itu) akan menaikkan kemarahan rakyat.
"Lebih bagus, kita jangan keluarkan jawapan seperti kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam, kalau masakan hostel mahal, masak sendiri dan kalau harga tol mahal, jangan guna jalan tol. Tidak boleh begitu jawapannya datuk," katanya .
Pandangan Jamawi itu mendapat tepukan kira-kira 200 orang yang hadir untuk mendengar penjelasan mengenai kadar baru tol yang dinaikkan sejak 15 Oktober lalu.
Fadilah sewaktu sesi soal jawab menjelaskan jika pemandu merasakan kadar baru tol yang dikenakan adalah tinggi, mereka boleh mengambil laluan alternatif.
"Saya melihat semua jalan ini ada jalan alternatif, cuma alternatif itu orang tidak tahu. Sebab itu kita kena tengok smart travel, kalau betul tidak ada (laluan alternatif), beritahu saya.
"Jika tidak ada, kita akan minta pastikan jalan itu boleh kita tengok (kaji) dan bagaimana untuk tidak ada tol," kata Fadilah.
Ahli Parlimen Petrajaya itu turut menjelaskan pemandu dari Klang yang berhasrat menuju ke Kuala Lumpur tetap mempunyai jalan alternatif.
"Sebenarnya ada jalan dalam. Cumanya jalan dalam itu jauh dan jam (kesesakan lalulintas)," jelasnya.
Sebelum itu, seorang hadirin dari Putrajaya menyuarakan kesulitan yang dihadapinya apabila terpaksa membayar tol apabila hendak menuju ke pusat bandaraya.
Katanya, dari Putrajaya ke Kuala Lumpur tidak mempunyai sebarang jalan altenatif dan harus membayar tol.
"Saya nak cerita, carilah jalan yang tidak ada tol dari Putrajaya hendak ke Bangsar, atau Ampang.
"Sekarang ini semua sudah naik. Mahu atau tidak, memang kena bayar tol. Kalau boleh carilah jalan dari Klang ke Kuala Lumpur, yang tidak ada tol," keluh hadirin itu.
Sementara itu, Fadhilah berkata sukar untuk kadar tol dihapuskan kerana mengikut perjanjian, kerajaan perlu membayar nilai yang tinggi kepada syarikat konsesi lebuh raya dan ia memerlukan kos yang tinggi.
“Kalau kita nak hapuskan, kita kena bayar sebab ada perjanjian, perjanjian tu kata kalau kita tidak bayar boleh bawa kerajaan ke mahkamah.
“Akhirnya kerajaan terpaksa tanggung. Kalau nak hapuskan jumlahnya begitu besar sekali dan adakah kerajaan berkemampuan,” katanya.
Menurutnya lagi, DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakan janji yang dibuat untuk menghapuskan tol Sungai Nyior, Butterworth walaupun telah memenangi pilihan raya umum (PRU).
“Kalau kita lihat PRU lepas…, lebuh raya di Butterworh, DAP ada kempen kalau dia menang akan hapuskan tol, sampai sekarang tak hapuskan, (itu tol) Sungai Nyior.
“Dia (pembangkang) bawa plakad... buat protes. Kalau kita ingat jambatan Pulau Pinang dulu buat protes tak mahu jambatan Pulau Pinang,” katanya.
Teringat kata-kata purba Gemulah Gaffar Baba di Terengganu dulu ketika berkempen "Kalau tak suka jalanraya kerajaan buat, berjalan dalam paritlah"
kebanyakan menteri lantikan Najib adalah pandir...inilah bijaknya najib membenteras baNTAHAN DARI KABINETNYA. dgn melantik pandir2 dan tukang ampu....
ReplyDeleteMenteri Fadillah nie mak bapak dia keturunan babi hutan...sbb tu perangai dia mcm babi hutan...
ReplyDeletekan lebih senang cakap je... klau tol mahal jgn pegi memana...
ReplyDeletedo umah je... klau tol nak masuk KL mahal.. takyah g KL.. gi klang
klau tol hala putrajaya mahal.. takyah g putarajaya.. tak gitu datuk?????
Mengambil iktibar dari nasihat bangang yang diberikan tanpa diundang oleh Menteri kerja raya, rakyat sewajibnya mencari parti alternatif untuk diundi pada PRU akan datang. Sememangnya UMNO ini hanya dipenuhi oleh mereka2 yang tidak bijak dan pemimpin2 mereka adalah merupakan sosok yang paling rendah IQ dan akal kerana mereka dinaikkan oleh orang2 yang tak bijak. Sudah semestinya orang2 yang tidak bijak akan menjadikan orang2 yang paling bodoh dikalangan mereka sebagai pemimpin. Itu adalah lumrah alam. Si bodoh sudah tentu tak dapat membuat penilaian yang bijak maka sudah tentu penilaiannya adalah penilaian yang bodoh maka hasilnya sudah tentulah sesuatu atau seseorang yang bodoh jua! Maka dengan itu, formula yang digunakan untuk menjelaskan sifir IQ UMNO adalah seperti berikut: Bodoh + bodoh = Bodoh. Bodoh + cerdik = separuh cerdik (masih lagi bodoh sebab tak cukup syarat nak jadi cerdik). Cerdik + cerdik = 0 sebab dalam UMNO tak dak yang cerdik (yang cerdik semua dah masuk DAP, PKR dan Amanah). Next time kita buat pulak sifir IQ untuk PAS pulak.
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.