Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 31, 2015

Salahkah DAP masuk kawasan PAS bila Hadi istiharkan akan letak calon di kawasan DAP?

Iskandar ni mimpi ke ape?

Dia lupa buat-buqat lupa apa yang telah Hadi istiharkan sebelum ini?
Dan yang terbaru ini apa?

Pas Selangor akan pastikan tiada pertandingan tiga penjuru

 | October 30, 2015
Pertandingan tiga penjuru akan menguntungkan BN sedangkan BN merupakan musuh utama Pas.
Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor
SHAH ALAM: Pas Selangor akan memastikan tiada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) untuk mengelak kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Janji itu diberikan ekoran kenyataan DAP yang mahu bertanding di lapan kawasan milik Pas.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana musuh utama Pas ialah BN.
“Kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN
“Kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita. Kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu Pas tidak akan bertanding tiga penjuru” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Jumaat.
Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan membenarkan DAP untuk merampas kerusi yang sudah dimilikinya sekiranya parti itu tetap berhasrat untuk bertanding di kawasan mereka.
“Saya tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi Pas), sebelum ini kita pun ada dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan masuk dalam kawasan Pas, ini bukan kali pertama sebelum ini pun ada kenyataan yang sama.
“Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah.”, katanya

2 comments:

  1. Tau pun ...
    yang dulu gi letak calon pas di kawasan pkr tu menda?

    katak bawah tempurung

    ReplyDelete
  2. Memanglah benar kerusi itu milik PAS, tetapi itu dulu ketika PAS bergabung dalam PR. Sekarang PR dah jadi almarhum berikutan keputusan Muktamar PAS yang lalu, yang ada hanyalah PH dimana PAS bukan ahli komponennya. Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa