OLEH KUMARA SABAPATTY DI PARLIMEN - 27 OCT 2015
Pas tidak akan menyertai pakatan harapan atau mana-mana parti di Malaysia, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ditanya pemberita apakah Pas akan menyertai pakatan harapan, beliau menjelaskan pihaknya tidak ada harapan dengan haparan yang tidak sampai ke destinasi.
"Kita tidak ada harapan dengan harapan yang tidak sampai ke destinasi. Bas ekspres nak pergi ke Kuantan sekat jalan Kuala Lipis tidak sampai," jelas beliau secara ringkas di lobi Dewan Rakyat di sini.
Ditanya adakah Pas akan bersendirian, katanya Pas bukan sahaja boleh bersendirian tetapi percaya banyak parti lain bergantung kepada mereka selama ini.
Malah katanya, kekuatan Pas adalah mereka tidak berpihak kepada perkara tidak beradab seperti demonstrasi yang tidak disertai ahlinya sambil menyifatkan itu bukan bermakna berlagak dengan kekuatan itu.
Dalam soal itu, katanya, mereka juga akan terus menggunakan pendekatan menjadi pembangkang yang bersifat menerang bukan penyerang dan tetapi tidak akan menyertai kerajaan Barisan Nasional.
Kata beliau, sebarang perubahan yang diatur perlu berteraskan pada Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas sejak awal lagi dan bertegas parti itu tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamatnya.
"Kerana kita tidak mahu bas ekspres yang tidak sampai ke destinasi yang kita tuju yang kemudian memaksa berjalan kaki jauh.
"Kita mahukan proses demokrasi yang beradab dan berakhlak yang tak boleh melupakan raja berperlembagaan dan hubungan dengan masyarakat majmuk juga harus terpelihara.
"Pas bukan sahaja bersedia berbahas di Parlimen, kita juga ada penyelidik dalam semua isu negara.
"Dan atas sebab itulah bersedia bertemu dengan kerajaan dan sesiapa sahaja termasuk kementerian terbabit dalam memberi cadangan kami dalam perkara yang tidak setuju seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," katanya.
Dalam perkara itu, kata beliau, parti itu mempunyai cadangan alternatif yang boleh membantu dalam menampung hasil kerajaan termasuk penurunan kadar mata wang ringgit, perumahan serta beberapa isu penting negara.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, pihaknya lebih berminat memelihara hubungan dengan rakyat bukan sahaja sekadar anggota Parlimen menerusi kongres rakyat.
Menyentuh mengenai pemimpin Pas, Abdul Hadi menjelaskan pihaknya memiliki ahli Parlimen yang beradab yang menegur secara sopan bukanya penunjuk perasaan jalanan. - MalaysiaGazette
Yang tidak ada harapan itu bukan parti PAS tapi Hadi dan kuncu-kuncu ulama sekelilingnya itu lagi pula lihat saja bagaimana TITM timbalan dia sendiri sentiasa bercanggah arus ,itulah sebabnya jika mahu PAS beristiqomah dengan pengundi diatas pagar Hadi mesti dibersarakan jika tidak PAS hanya akan mendapat undi dari ahli tegar saja dalam PRU14 nanti usah digembar gemburkan yang rakyat terutama melayu akan sokong untuka kemenangan silap haribulan kerusi yang ada sekarang pun akan jatuh ketangan musuh atau Amanah yang bertanding atas tiket HB.
ReplyDeleteKesian tengok dia.
ReplyDeleteNi lah dia "TUANG PRESIDENG"! Jenis bantahan yang Tuang Presideng tahu hanyalah dengan "Tuang" sidang parlimen. Ni lah contoh terbaik ulamak PAS! Kerja lain tak ada, asyik tuang aje! Tapi bercita2 nak jadi PM walaupun jawatan sebagai Ketua Pembangkang pun tak layak (Majlis Syura PAS pun tak terlior nak calonkan dia!)
ReplyDeleteHina bas ekspress.... aku taulah kau ulang alih pi kerja dan pergi memonteng ke UK dan Jepun naik kapal terbang.... tapi centerlah sikit otak tu.
ReplyDeleteMula-mula barua.. lps tu tolol... lps anjing.. lepas tu babi dlm bukit... sekarang ni bas ekspress pulak. Habieh diangkutnya. Akan datang..sebut juga Range Rover, V@Hellfire, BMW 7 series... baru la meriah. ... rasa hebat bersendirian..cittttttt. Dok mengampu Azmin abang Azwan tu pehal... PKR tu ada Presiden sendiri. Tuang Presideng PAS hanya layak untuk PAS ja... tu ja tahap pimpinan. Mcm langit nfan bumi nak dibandingkan arwah TGNA atau UFN
DeleteBas express dari Kuantan pergi ke Kuala Lumpur tersekat di Kuala Lipis, jadi tak sampai harapan sebab tu PAS tak masuk HARAPAN.
ReplyDeleteAduhailah Haji Hadi bas express sekarang tak masuk bandar Lipis dah, dia guna LPT terus ke Kuala Lumpur.
Agak2 lah nak beri contoh atau perumpamaan.
Perangai sebijik mcm Najib. Ulas isu diri sendiri tak tahu!
DeleteBuat apa agaknya pengundi nak undi Pas, kalau menang pun KULI yg jadi Piem! Pigidah!
ReplyDeleteHadi nak jadi dreba, tapi selalu Tuang, camna nak sampai KL!
ReplyDeleteAnalogi aku pula, Hadi hendak membawa PAS ke Gunung Jerai dari Marang dengan menaiki tongkang bocor, boleh sampai ke?
ReplyDelete