Update Misi Ziarah Kemanusiaan Pos Tohoi.
Berlaku beberapa salah faham mengenai lokasi keluarga mangsa. Melalui portal berita nama "Tohoi" disebut sebagai lokasi. Namun semalam baru saya dapat pengesahan lokasi sebenar adalah di Penad, berdekatan dengan Pos Simpor.
Memasuki Tohoi hanya memakan masa 45min dengan jalan yang separa elok. Diberitakan jika tidak hujan kereta biasa pun dapat memasuki Tohoi.
Namun Penad memerlukan 3 jam perjalanan jalan balak. 4x4 kami pun tidak dapat digunakan kerana memerlukan tayar khas untuk cengkaman terutama di lereng gaung lebih-lebih lagi di musim hujan ini.
Maka walaupun kesuntukan dana demi memenuhi hasrat penyumbang maka kami menyewa 2 buah 4x4 khas yang mempunyai pemandu berpengalaman dengan jalan ini yang menelan belanja RM 800.00.
7 orang rakan-rakan saya akan bertolak dari Kota Bharu jam 6 petang ini dan bermalam di mana-mana masjid kawasan Gua Musang.
Saya akan bergerak dengan bas dari Kajang jam 9 malam ini dan dijangka sampai pada 2 atau 3 pagi.
Jam 4 pagi kami akan mulakan perjalanan memasuki jalan balak menuju ke Penad.
Buat masa akhir ini kami masih berharap jika ada yang bermurah hati untuk menyumbang. Bajet kami jauh lari dari perancangan asal.
Namun jika isu kehilangan dan kematian kanak-kanak ini dilihat basi dan "tak ada apa-apa" bagi pandangan kalian maka cukuplah dengan mendoakan keselamatan kami pergi balik misi ini.
Anda rasa ini penting? Tolong share.
Nik Aziz Afiq Bin Abdul
0177144750
Bank Islam
12195020065769
Misi kemanusiaan layak dan sesuai dilakukan hanya setelah berlaku tragedi, bukan sebelum. Jika hendak terngadah maka perlulah dihantukkan kepala itu terlebih dahulu.
ReplyDelete