Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 30, 2015

Sisi Hodoh Polis lagi.......

Syed Azlan mati kerana kekerasan polis

 | October 30, 2015
Hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia yang mendapati mangsa mati kerana hentakan senjata tumpul di dada dan kecederaan lain di badan ketika dalam tahanan polis.
Pengerusi-EAIC,-Datuk-Yaakob-Md-Sam
PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia (EAIC) mengesahkan kematian seorang tahanan, Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 November 2013 mempunyai kaitan dengan kekerasan pihak polis.
Pengerusi EAIC, Datuk Yaakob Md Sam dalam kenyataan berkata, kematian Syed Mohd Azlan akibat trauma hentakan senjata tumpul ke atas dada si mati.
Beliau berkata, siasata juga mendapati si mati mengalami 61 kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai dipukul ketika ditahan dan disoal siasat oleh anggota polis.
“Kecederaan yang dialami si mati konsisten dengan kecederaan mempertahankan diri daripada kekerasan fizikal yang digunakan oleh polis ke atasnya,” katanya yang mengumumkan hasil dapatan siasatan itu.
Yaakob berkata, siasatan juga mendapati terdapat gangguan bahan bukti oleh anggota polis seperti membersihkan tempat kejadian sebelum dilawati, melupuskan tikar getah dan karpet yang mempunyai kesan darah si mati dan perlakuan menyembunyikan saksi tangkapan terhadap si mati.
Katanya, pihaknya mendapati anggota polis menggunakan gari persendirian yang bukan dibekalkan PDRM untuk mengari si mati yang menyumbangkan kepada kecederaan di pergelangan tangan di mati.
Yaakob berkata, pihaknya telah mengesyorkan kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes itu yang telah melakukan jenayah sehingga membawa kematian.
Syed Mohd Azlan ditahan ditahan pada 3 November 2013 di bilik sewanya di Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Johor kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dan menggunakan senjata api.
Dia disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Penawar pada hari yang sama ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

3 comments:

  1. jangan bagi muka pada anggota polis yang melampau
    dah banyak kes depa terlepas
    lupus bahan bukti pun satu kesalahan boleh didakwa
    kerja kerja jugak tapi jangan lah ingat besar sangat
    ingat sama mati hari akhirat tak terlepas
    kat dunia boleh lah banyak yang ditutup
    jenayah kolar putih banyak jugak tapi jarang ada kes mati dalam lokap
    apa pasai takut mau pukul ka
    kalau dah pukul gajah pun mati rosak dalaman
    ini semua tektik lama pukul dengan benda keras dibalut kain dll
    kesan pukulan mana boleh hilang
    kecuali letup bekecai macam toya
    dahlah jangan dzolim hidup ada hari akhirnya setiap orang
    ada balasan menanti

    ReplyDelete
  2. Masok KUBOR tahu lah bahana aniaya bunoh orang ini

    Semua masok KUBOR nanti

    Tunggu masa saja

    ReplyDelete
  3. Kalaulah Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur ada menerima wang derma RM2.6 billion yang telah dimasukkan ke dalam akaunnya sebelum itu, aku berani bertaruh...sudah pasti dia tidak ditahan pun. Itu sahaja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa