MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
JOHOR BAHRU - Selepas membuat pinjaman kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM4 bilion, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminta lagi suntikan dana sebanyak RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan.
Namun ujarnya, tindakan itu ditolak oleh Kabinet kerana merasakan suntikan sebanyak itu tidak munasabah.
"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa banyak bilion kita nak pinjam ni?
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: 'Last-last' saya yang kena tendang]
"Apa sudah jadi dan waktu itulah saya sedar, ini satu masalah yang besar, bukan perkara yang kecil, nak pinjam mampu tidak hendak bayar? Saya pasti ia tidak mampu bayar sebab pinjaman awal tidak mampu dibayar.
"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," Katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan bertajuk 'Berani Kerana benar' anjuran Sinar Harian di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta.
"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.
"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya Perdana Menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita.
"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas," ujarnya.
Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.
"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada program Bicara Minda, 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian di Johor Bahru, semalam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
Namun ujarnya, tindakan itu ditolak oleh Kabinet kerana merasakan suntikan sebanyak itu tidak munasabah.
"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa banyak bilion kita nak pinjam ni?
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: 'Last-last' saya yang kena tendang]
"Apa sudah jadi dan waktu itulah saya sedar, ini satu masalah yang besar, bukan perkara yang kecil, nak pinjam mampu tidak hendak bayar? Saya pasti ia tidak mampu bayar sebab pinjaman awal tidak mampu dibayar.
"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," Katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan bertajuk 'Berani Kerana benar' anjuran Sinar Harian di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta.
"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.
"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya Perdana Menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita.
"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas," ujarnya.
Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.
"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," katanya.
Selagi TSMY tidak mampu menggerakkan massa seperti yang DSAI lakukan untuk menentang kebobrokan pemimpin parti, lebih baiklah beliau bermimpi sahaja. Malahan TSMY nampaknya masih setia pada parti yang dipenuhi dengan segala skandal penyelewengan dan zalim pula tu. Maka itu bolehlah dirumuskan TSMY juga bersekongkol (jika tidak pun bersubahat) dengan semua kemelut yang timbul. Itu sahaja.
ReplyDelete