Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 27, 2015

PRU 14: PAS sedang berdepan masalah besar jika.........

Apakah 100,000 hadirin bermakna PAS masih kuat? 
Posted on Monday, October 26 @ 12:07:13 MYT by paktam
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Biar pun kebanyakan media meramalkan PAS akan lenyap tidak lama lagi, namun aktivis parti Islam itu dari Pahang dan Terengganu tidak mempunyai masalah mengumpulkan kira-kira 1,000 ahlinya berkonvoi beramai-ramai dengan menunggang motosikal ke Kelantan bagi menghadiri perhimpunan terbesar parti pada minggu lalu.

Jumlah kehadiran cukup besar di kalangan "bikers" daripada kelab motosikal ARC PAS atau Alternative Riding Club, menunjukkan parti Islam itu masih mempunyai penyokong akar umbi di kalangan anak muda Melayu walaupun berita mengenai cawangannya ditutup dan ahli-ahlinya beramai-ramai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), yang ditubuhkan beberapa pemimpin “progresif” selepas kalah teruk dalam pemilihan parti Jun lalu.

Himpunan Fastaqim di Kota Baru pada 18 Oktober lalu menunjukkan PAS masih boleh menarik sokongan dari kubu luar bandar mereka seperti di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Terengganu.

Tetapi persoalannya sekarang, adakah 100,000 penyokong yang berjaya dikumpulkan di stadium itu boleh disamakan dengan jumlah sokongan awam pada pilihan raya umum akan datang?

Atau PAS, mengikut ramalan pengkritiknya yang mengatakan kekuatan parti Islam itu hanya datang dari Sungai Golok berhampiran sempadan Kelantan-Thai hingga ke Kemaman, di sempadan Terengganu Pahang.

Parti "sehingga akhir hayat"

Separuh daripada hadirin memenuhi ruang stadium terbesar Kelantan pada perhimpunan itu terdiri daripada kalangan pemuda Melayu berumur di bawah 40 tahun seperti Wan Ahmad Ridzuan Wan Hussin dan Mohd Shamsuri Hussin.

Wan Ahmad dan Shamsuri, 2 individu menggerakkan ARC berkata, cawangan kelab motor itu masih hidup di seluruh negara walaupun selepas kemunculan Amanah yang mula menarik ahli-ahli PAS.

"Kami masih mempunyai penyertaan yang baik untuk program menunggang di peringkat negeri. Setiap kali mengadakan perhimpunan, orang datang," kata Shamsuri, yang mengetuai ARC di Pahang.

Perhimpunan itu menunjukkan PAS masih mampu menarik penyokong muda Melayu-Islam yang bukan daripada institusi pendidikan agama, satu demografi dijangka lebih berminat kepada Amanah.

Amanah dikatakan sudah mula menarik ahli-ahli PAS di Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Penganalisis politik meramalkan PAS boleh digantikan dengan Amanah kerana parti baharu itu bersama gabungan Pakatan Harapan.


"Perhimpunan ini menunjukkan PAS masih relevan, kuat dan secara organik ditenun ke dalam landskap kawasan Melayu," kata pengumpul suara bebas Ibrahim Suffian (gambar, kiri), yang mengetuai Merdeka Center.

Seperti Umno, PAS meletakkan dirinya sebagai parti “cradle to the grave” atau sehingga akhir hayat dan mempunyai pelbagai perkhidmatan sosial serta pendidikan ditawarkan dalam kehidupan masyarakat Melayu-Islam seperti tadika, sekolah agama, kelab rekreasi dan masjid.

PAS menjadi benteng bagi golongan “anti establishment” Melayu-Islam mencari untuk mengaitkan diri mereka dengan sesuatu yang lain daripada Umno, kata Ibrahim, dan perhimpunan itu menunjukkan perasaan ini masih kukuh.

Syarat 4K

Tetapi angka tidak menggambarkan gambaran sebenar sokongan terhadap parti itu dalam pilihan raya, kata Ibrahim.


Walaupun mampu bergantung kepada sesetengah pengundi Melayu-Islam luar bandar di pantai timur, ini adalah berbeza daripada mengartikulasikan wawasan nasional bagi mendapatkan sokongan lebih luas.

Sejarah merupakan petunjuk kepada perkara ini, kata penganalisis politik daripada Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat

Pada 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen, mengambil alih kerajaan negeri Terengganu dan mendapat banyak sokongan di Perlis dan Kedah. Penganalisis politik pada ketika itu percaya PAS akan mengambil alih Kedah dan Perlis pada pilihan raya umum 2004.

Sebaliknya Wong berkata, mereka hilang Terengganu dan tinggal hanya 6 kerusi Parlimen pada pilihan raya 2004.

"Ini berlaku ketika jentera masih kuat dan keahlian masih ramai," kata Wong yang mengetuai bahagian penyelidikan politik dan sosial di Institut Pulau Pinang.

Wong berkata, berapa banyak sokongan terhadap PAS adalah bergantung kepada 4 syarat – keupayaan, konteks, kawasan dan komunalisme.

Kapasiti atau saiz jentera adalah kekuatan PAS paling besar, kata Wong.

Konteks adalah faktor ke-3 dan ke-4 untuk mereka bersama kerana ia merujuk kepada perasaan umum pada pilihan raya akan datang di mana PAS akan bertanding.

PAS akan menjadi paling mudah terjejas apabila mood terpolarisasi di antara mengundi parti mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak popular dan parti anti Najib.

"Dalam hal ini, pengundi anti Najib akan memilih parti yang lebih menjurus kepada sentimen itu di kalangan parti sedia ada dan bukannya yang bersikap subjektif," katanya.

Jadi, jika pilihannya adalah antara PAS dan parti Pakatan Harapan bertanding menentang Barisan Nasional (BN), penyokong pembangkang mungkin memilih parti yang mereka rasa mempunyai peluang mengalahkan BN, kata Wong.

Justeru, kawasan pilihan raya itu adalah penting. Jika ia bukan satu kawasan tradisional PAS dan PAS dilihat sebagai pengacau, maka pengundi mungkin akan menolaknya jika pertandingan itu dirangka sebagai satu referendum menumbangkan kerajaan Najib, kata Wong.

Pemimpin PAS juga berkata mereka akan bertanding menentang Amanah. Disebabkan mereka janggal kepada bukan Islam, PAS perlu meyakinkan masyarakat Melayu jenama Islam mereka adalah lebih baik daripada Amanah.

"Tetapi jika jenama Islam yang dibawa Amanah adalah lebih berkesan untuk menarik sokongan pengundi Melayu-Islam, maka PAS sedang berdepan masalah besar," kata Wong

- themalaysianinsider.com 

6 comments:

  1. Yang berkumpul 100000 itu seluruh negara mampukah PAS mengagihkan 100000 penyokong itu kesetiap Dun dan MP keseluruh negara untuk mememanagi PRU14 nanti jika hendak kumpul penyokong seluruh negara untuk menunjukan sokongan rakyat belum tentu lagi PAS akan mendapat jumlah kerusi yang membolehkan PAS jadi kuat jika inilah terjadi itu bermakna PAS akan menjadi parti yang selamanya akan jadi pembangkang hanya setakat wakil Rakyat PAS akan makan elaun haram jika asyik ponteng bersidang dalam dewan rakyat walau pun pelbagai alasan diberi,tugas utama wakil rakyat ialah mewakili suara rakyat yang memilih mereka jika tidak usah jadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  2. Patutlah semasa haji hadi berucap di parlimen semalam , kebanyakan wakil Pakatan Harapan kosong.. hmm makan duit haram jugak depa nie..

    ReplyDelete
  3. Mmm kalau depa nie makan duit haram, maka haji hadi berpuluh kali ganda makan duit haram sbb pontengnya lebih byk dari depa2 ni...

    ReplyDelete
  4. Jgn jd syok sendiri la..rakyat nak tengok kamu menjadi juara dlm isu2 besar yg membelenggu rakyat..tp mp2 pas ni langsung takada kemampuan bercakap isu2 ekonomi..kejatuhan nilai ringgit,tppa,mdb skandal src,bursa lembap,ketirisan ,kenaikan kos sara hidup yg melampau..yg diorg expert isu bai'ah dan isu2 dlm kain..pls la nyesal undi pas..

    ReplyDelete
  5. Ambo sebagai pengundi dan rakyat kelantan boleh merasa aura dan kekuatan pas semakin merosot. Bukan kerana ketiadaan arwah tok guru, ttp masalah yg dicetus sendiri oleh pimpinan pas kelantan tmasuk nik amar. Masalah balak dan ketirisan lain sudah menjadi bualan rakyat. Isu yg mula meniti dr mulut ke mulut. Pas bukan pupular lg. Rakyat mula mcemuh pimpinan krajaan skrang. Ingatlah pas mula memerintah dulu krn gabungan angkatan ppaduan ummah. Tunggulah rakyat sedang menghitung hari unt mbuang undi.

    ReplyDelete
  6. Tunjuk satu kat orang, empat kat kita. Betulkah aku. Islam tak ajar kita begitu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa