Posted on Sunday, June 26 @ 14:06:40 MYT by paktam
Pendapat
Oleh Claudia Ashley Anthony
Yayasan Perdana adalah sebuah organisasi NGO. Sekiranya kerajaan tidak memberi peruntukan, tidak akan memberi kesan. Tetapi yang menerima kesan adalah penerima ataupun pekerja di dalam organisasi tersebut.
Hari ini kita dikejutkan dengan peruntukkan dana Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan.
Baru 3 hari yang lalu, saya melangkah ke perkarangan Yayasan dengan perasaan sayu diikuti dengan megah.
UMNO yang dahulu sudah tiada. Tiada lagi demokrasi, tiada lagi istilah perbincangan malah tiada lagi unsur amanah di dalam parti tersebut.
UMNO yang sekarang membuang orang dengan suka hati kerana takut akan ancaman. Tidak dapat menerima teguran langsung. Alangkah sedihnya mendapat pemimpin yang sebegitu.
Saya berharap Tun mampu bersabar atau buka parti baru untuk kami. Tun memimpin Malaysia selama 22 tahun tanpa membebankan rakyat, walaupun negara kita pernah dilanda krisis kewangan pada tahun 1998. Namun, Tun berjaya menyelesaikan krisis tersebut tanpa melibatkan kerah keringat rakyat.
Masihkah kita leka di dalam ayunan pimpinan sekarang? Sedarlah. Kepimpinan negara kita sekarang semakin menyimpang keluar dari arus perjuangan sebenar.
Perjuangan mereka hanya untuk kesenangan diri masing-masing tanpa mempedulikan kesusahan rakyat sebenar.
Yang kita sebagai rakyat pula, terlalu mudah hanyut dengan janji manis beralaskan wang dan habuan.
Mungkin tergadainya negara bak kata Tun, barulah kita menangis ratap seribu penyesalan.

takpe melayu mudah lupa... esok pru 14 kita undi Bn lagi... begitu lah seterusnya...
ReplyDelete