Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 29, 2016

Indikator Penolakan Undi Teras Parti Lama

*[ Fiqh Siyasi 31 - #tahalufsiyasi ]*

*PILIHANRAYA KECIL 2016*
*Indikator Penolakan Undi Teras Parti Lama*

_https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10154251685054876_

*Pertama*, sebagai muqaddimah awal, saya dahulukan dengan satu dapatan yang cukup significant dari PRK Sungai Besar _(dan juga PRK Kuala Kangsar, yang memiliki persamaan data hampir serupa)_, bahawa sangat jelas politik perkauman, kebencian dan kepuakan melampau yang dibawakan oleh dua parti lama Melayu yang menganggap parti mereka memiliki *“pengundi teras”* yang kekal memberikan sokongan pada mereka dalam apa jua situasi politik, sebenarnya tanggapan tersebut *sudah meleset dan semakin tersasar*.

Dan keputusan dua PRK 2016 baru ini jelas memberikan indikator bahawa kedua parti lama tersebut, ie. *Umno dan PAS sebenarnya sedang bergelut menghadapi "krisis kehilangan undi teras" yang paling serious dalam sejarah.*

Sila baca bersama dengan data pilihanraya P093 Sungai Besar yang lampau seerti di bawah:

*Tahun | Turnouts | BN vs Pembangkang*

1986 | 65% | 74% 26% PAS
1990 | 71% | 77% 23% PAS
1995 | 66% | 16% 84% APU (S46 menang)
1999 | 69% | 52% 48% BA (PKN hampir menang)
2004 | 78% | 66% 34% PAS
2008 | 82% | 59% 41% PAS (election pact)
2013 | 88% | 51% 49% PR
2016 | 74% | 54% 22% 26% PAS / PH

Note:

_1986-1999 Persempadanan Lama (Sungai Besar di dalam Sabak Bernam). 2004-2016 Persempadanan Baru._

Saya akan kongsikan penjelasan berikut berdasarkan figure dan angka di atas.

_(Sila rujuk pada ringkasan carta berkaitan)_

Untuk rekod, pengdefinisian “undi teras” merujuk pada gabungan "undi tegar" (hardcore votes, atau pengundi asli/ahli sesebuah parti dalam apa jua keadaan), ditambah dengan undi sokongan pada sesebuah parti dalam situasi pertembungan secara dua pihak.

Untuk tujuan analisa ini juga, saya terpaksa mengabaikan juga beberapa tulisan dan ucapan pemujuk pelbagai pimpinan-pimpinan PAS dan Umno dalam mempertahankan “ketidak kalahan” mereka dalam PRK kali ini. Maka tulisan saya akan tertumpu hanya pada angka-angka rasmi termasuk pencapaian lampau sejak PRU 1986.

*PERTAMA*
*Pencapaian PAS paling buruk dalam sejarah*

(1) Sejak PAS berpecah dengan Umno tahun 1977, PRK 2016 ini adalah pilihanraya kali ketiga yang berlaku sebaik perpecahan sesebuah gabungan parti politik itu berlaku.

(2) Kali pertama, apabila PAS mengadakan kerjasama ddengan Semangat 46 pada tahun 1994 atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Dan ia menjadi kali pertama juga APU memenangi PRU 1995 dengan mendapat undi 84% atau majority melebihi 14 ribu. Satu angka yang sangat besar dalam sejarah. Pada masa itu, bekas ahli-ahli Umno dan PAS bergabung tenaga untuk menang di Parlimen Sabak Bernam (yang dahulunya Sungai Besar adalah salah satu DUN di bawah Sabak Bernam sebelum persempadanan 2003).

(3) Namun selepas berkuburnya APU pada 1996, pada 1998 rakyat bangkit buat kali kedua membentuk Barisan Alternatif (BA) cetusan idea Al-Marhum Fadhil Noor, maka calon Parti KeAdilan Nasional (PKN) pada masa itu hampir memenangi PRU 1999 dengan ketinggalan 901 undi sahaja di belakang Umno.

(4) Seterusnya buat kali kedua, selepas persempadanan baru dan keputusan DAP berpecah dari BA pada tahun 2003 kerana tidak bersetuju dengan agenda “Dokumen Negara Islam” yang dikemukakan PAS, PAS terpaksa bertanding bersendirian dengan hanya dibantu oleh KeAdilan (PKR), dan hanya mampu meraih 7,988 atau 34% sokongan, tanpa sokongan Cina atau DAP.

Nota;

Hampir semua penganalisa politik bersetuju bahawa keputusan 2004 itulah sebagai peratusan sebenar sokongan undi teras (termasuk undi tegar) pada PAS yang sanggup mengundi mereka sebagai pembangkang berlawan Umno/BN.

(5) Seterusnya, selepas termeterainya kerjasama Pakatan Rakyat (PR) pada 2008, disusuli pencapaian terbaik PR dalam 2013 dengan perbezaan hanya 399 undi, apa yang berlaku dalam PRK 2016 ini adalah PAS merasakan pilihan terbaik untuk mereka adalah dengan bersendirian, cukup untuk menang dengan berpaksikan pada undi yang mereka terima pada PRU 2013 lepas.

Berkali-kali penafian dibuat oleh kepimpinan Pakatan Harapan(PH) bahawa PAS perlu sedar bahawa sokongan PRU 2013 itu langsung tidak boleh dijadikan ukuran sokongan terhadap PAS secara bersendirian, kerana  dalam PRU 2013 lepas kemasukan setiap calon ketiga party adalah atas jenama PR, dan setiap party bangkit bersama membantu mana-mana party komponen PR yang bertanding.

Kepimpinan PAS jelas dengan angkuh menolak teguran yang diberikan pada mereka.

Maka PAS seterusnya memilih untuk melakukan serangan politik kebencian dan fitnah pada PH sendiri, dengan keputusan akhirnya PAS kalah kepada wakil PH (Amanah) dan juga Umno/BN. Bahkan keputusan PRK 2016 baru ini adalah merupakan peratus sokongan pada PAS yang terburuk dalam sejarah pasca perpisahan dengan BN sejak 1978.

*KEDUA*
*Tahap kebencian dan non-participative politik yang paling tinggi.*

(6) PRK Sungai Besar menyaksikan sebanyak hampir 11 ribu pengundi (10,975 pengundi) tidak mengundi, atau tidak pulang melaksanakan tanggungjawab mereka. Hanya 74% keluar mengundi, berbanding 88% dalam PRU13. Untuk rekod, peratusan turnouts yang rendah adalah berkait langsung dengan sikap “protes dan marah” pengundi pada sesuatu isu atau perlaksanaan sesuatu tindakan, yang sudah banyak disentuh oleh penganalisa politik lain.

(7) Cuma apa yang mahu saya tambah adalah, angka 11 ribu tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah Sungai Besar, manakala turnouts 74% itu juga adalah yang terendah dalam sejarah sejak persempadanan baru tahun 2003 lepas. Peratusan turnout rendah ini sebenarnya memberi implikasi sangat serious pada persepsi pengundi Malaysia.

*KETIGA*
*Umno/BN mendahului dengan hanya pertambahan undi yang sangat minima.*

(8) Walau sekalipun Umno/BN mendabik dada bahawa mereka berjaya melonjakkan jumlah majority yang sangat tinggi sehingga 9,191 undi (Nota A), harus diingat ianya terjadi disebabkan perpecahan yang PAS lakukan di dalam kerjasama PR lepas. Bukan disebabkan sokongan pada Umno/BN yang mendadak naik, seperti yang disebar oleh media massa Umno/BN.

(9) Seterusnya tindakan PAS bersatu tenaga dengan Umno/BN menyerang Amanah dan PH secara berterusan di media utama, dalam setiap ucapan, sekalipun Umno boleh berbangga menyatakan mereka berjaya meraih “pertambahan 3% undi teras”, namun hakikatnya Umno tetap kehilangan 1,463 undi berbanding PRU 2013 lepas. Itu pun berlaku selepas pelbagai jenis dedak dan rasuah pilihanraya ditaburkan sepanjang PRK 2016 baru ini. Namun hasilnya tetap langsung tidak memberikan keuntungan politik pada Umno/BN.

(10) Dalam ertikata lain, kesungguhan media Umno/BN menggunakan angka majority 9,190 sebagai indikator sokongan padu buat mereka adalah satu penyelewengan fakta, kerana mereka tidak melakukan perbandingan sebenar pada peratus sokongan sebenar terhadap Umno/BN itu sendiri.

*KEEMPAT*
*Peratus sokongan merudum pada kedua parti berteraskan bangsa.*

(11) Sebenarnya indikator yang lebih penting untuk perhatian Umno/BN dan PAS adalah, sebagai kedua parti lama yang pernah mengakui bahawa PRU 2004 adalah dapatan rasmi “sokongan sebenar undi teras” mereka, maka jelas, PRK 2016 menunjukkan bahawa peratus sokongan undi teras pada kedua parti berpaksikan perjuangan Melayu tersebut sebenarnya merudum teruk dengan kehilangan 12% sokongan bagi kedua mereka Umno dan PAS.

_(Sila rujuk Nota C di atas)._

(12) Kaedah penganalisaan berdasarkan peratusan begini adalah lebih tepat, kerana perbandingan dibuat dalam situasi yang serupa (ie. PAS tidak berada dalam Pakatan) iaitu menilai peratus “sokongan sebenar berdasarkan jumlah undi diterima” berbanding melakukan perbandingan hanya berdasarkan kuantiti undi 2013 sahaja.

(13) Saya lihat semua pasukan penganalisa baik dari Umno/BN atau PAS cuba menyembunyikan “drastic drop” pada peratusan sokongan undi teras tersebut dari pengetahuan ahli dan penyokong. Bahkan pimpinan PAS berterusan menyebut “kita tidak kalah” kerana sokongan kita masih kekal walau bersendirian.

(14) Maka di situlah rakyat mampu bertanya, ke mana perginya 12% sokongan pada Umno/BN tersebut, dan kema mana juga perginya lagi 12% sokongan pada PAS tersebut berpindah? Dan apa sebenarnya punca perpindahan tersebut berlaku?

*PERSOALAN*
*Masih relevankah PAS bertanding?*

(15) Maka persoalan, dalam keangkuhan Presiden PAS berulang kali menyebut _“Sungai Besar adalah kawasan tradisi PAS”, "PAS ada 40 cawangan"_ etc, dan PAS tak memerlukan bantuan mana-mana parti pun untuk berlawan dalam PRU, juga TGHA memilih untuk membuat unilateral decision dalam setiap keputusan mungkin hanya berdasarkan veto atau mimpi beliau semata untuk bersendirian (walau majority jentera pilihanraya PAS tidak bersetuju), maka persoalan utama kita perlu ajukan adalah; “masih relevan kah untuk PAS dalam pertandingan pilihanraya (Sungai Besar atau mana-mana kawasan bercampur yang mempunyai profile pengundi yang sama) pada masa akan datang”, kalau hanya berbekalkan sokongan 22% yang semakin merudum dalam setiap kali pilihanraya yang berlaku?”.

(16) Mungkin wakil PAS Khairuddin Takiri telah menjawab bahawa, ia “masih sangat revelan” sebab PAS sebenarnya telah berjaya “menyampai mesej Islam” walau bukan untuk menang sekalipun.

Saya tidak minat untuk membantah atau mengiyakan kenyataan Takiri yang telah berkali-kali diungkapkan tersebut. Tapi cukup saya nyatakan, kalaulah bagi tujuan memperkenalkan Islam sebagai satu agama kehidupan, di luar sana terdapat pelbagai lagi NGO Islam yang telah lama melaksanakannya di luar konteks demokrasi berpilihanraya.

Oleh itu PAS mungkin sudah boleh fikirkan semula relevancy pendaftaran organisasi mereka samada sebagai sebuah parti politik atau cukuplah sebagai sebuah NGO Islam sahaja.

*PILIHAN YANG DICADANGKAN OLEH PELBAGAI PENGANALISA*

(17) Saya juga tidak berhasrat untuk membuat kesimpulan awal sendiri berkaitan jalan keluar terbaik buat PAS, kerana pelbagai penganalisa politik telah pun membuat beberapa perkiraan berikut sebagai “option politik bagi PAS dan PH”, antaranya;

*a. PERTAMA*– Yang terbaik adalah untuk PAS bersama semula di dalam satu kerjasama politik bagi mencapai semula sokongan terbaik seperti PRU 2013 lepas. Walau jawapan adalah jelas berulang kali diberikan oleh kepimpinan utama PAS seperti Haji Hadi Awang, Ustaz Amar, Tuan Ibrahim, Khairuddin Takiri, yang semua mereka dengan angkuh menyebut adalah mustahil untuk kerjasama politik seperti dahulu berlaku selagi mana wujudnya DAP dan Amanah dalam kerjasama tersebut. Namun sebagai penganalisa, kita tetap terpaksa melihat the best scenario tersebut sebagai salah satu option.

*b. KEDUA* – Pakatan Harapan sekarang yang dianggotai oleh Amanah, KeAdilan dan DAP tiada pilihan, selain mesti meneruskan agenda PH dengan tegas dan lebih berprinsip untuk menjadi pembangkang yang berjaya menawarkan alternative terbaik buat rakyat. Ini termasuklah menilai faktor sebenar kejatuhan 14% turnouts pada PRK 2016 baru ini, dan juga berusaha mencari “tambahan 4,596 undi” daripada 11k pengundi yang tidak mengundi tersebut untuk membolehkan PH mencapai sokongan minima 50%, seterusnya memenangi kerusi kawasan bercampur seperti di Sungai Besar tersebut.

Untuk rekod, dalam congakan berasingan berdasarkan scenario keputusan semasa, Amanah / PH hanya perlu melonjakkan turnouts keluar mengundi kepada 85% sahaja, untuk Amanah mendapat kemenangan dengan simple majority.

*c. Dan KETIGA* – walau berat saya terpaksa nyatakan juga bahawa konsep dua penjuru yang dianggap terbaik masih boleh terjadi dengan PAS membuat pengumuman jelas bahawa PAS sebenarnya bersama dengan Umno/BN dalam persepakatan politik semasa, seusai kenyataan Presiden PAS bahawa beliau membantah untuk Najib Razak diturunkan melalui “Deklarasi Rayat” yang diusahakan oleh Tun Mahathir dan kepimpinan PH pada masa ini.

Tindakan Presiden PAS tersebut jelas menunjukkan betapa sudah begitu jauhnya terpesong perjuangan PAS angkara proses _“termakan dedak” (dalam bahasa political science system Post-Pass The Post disebut sebagai “sponsored ideologue party” by the ruling government)_ sehingga mengenepikan langsung kefahaman kerjasama politik yang diterokai sendiri oleh kepimpinan PAS terdahulu.

Jelas sekarang baik PAS mahu pun Umno/BN sebenarnya berusaha sedaya-upaya untuk memastikan _“persepsi gabungan kerjasama PAS dan UMNO”_ tersebut mesti dibuang daripada minda rakyat. Bahkan usaha kedua mereka hanyalah untuk menonjolkan bahawa PAS sebenarnya bersepakatan hanya atas nama “3rd Force” (atau kuasa ketiga) yang mempunyai agenda terhadapn untuk memartabatkan Islam dan Melayu merentasi politik kepartian.

Dan itu sebablah ruang terbuka disediakan secara penuh oleh Umno/BN kepada PAS melalui media massa yang dikuasai Umno/BN, kerana Umno/BN tahu bahawa selama PAS menjadi kuasa ketiga, selama itulah Umno/BN akan terus mengaut keuntungan politiknya.

Namun pasti, jika Option Ketiga ini terlaksana, PAS akan berkubur dari persada politik Negara. Dah pasti sudah Hj Hadi Awang pun tahu hakikat tersebut.

*HARAPAN SAYA*

(18) Namun jika ditanya, saya berpandangan Amanah atau Pakatan Harapan sudah tidak perlu lagi bersikap _apologetic_ dengan berterusan melaungkan pujukan untuk Haji Hadi Awang dan kepimpinannya pulang bersama di dalam PH. Kerana sekalipun perkara sehampir mustahil itu terjadi, atau jika ditakdirkan Hj Hadi Awang atau Harun Din berubah fikiran untuk benarkan PAS masuk semula ke dalam gabungan Pakatan Harapan, namun membawa sekali segala sikap takfiri, khianat, bohong, mungkir janji serta kata cerca-makian ke dalam PH, akhirnya nanti pasti PAS itu sendiri akan menjadi satu liability sangat besar buat PH. Dan natijah akhirnya PH itu pula bakal menerima penolakan massa yang ketara.

(19) Kedua, secara positifnya, kebersamaan PAS ke dalam PH hanya boleh terjadi jika sekiranya kepimpinan PAS sanggup bersikap terbuka, berlapang dada, memilih pendekatan progressive, inklusif, serta  beramanah dalam perlaksanaan setiap kata dan tindakan politik mereka. Itu sahaja kaedah untuk PAS diterima semula oleh rakyat sebagai party "pembangkang".

Jika tidak, selamanya Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu akan terus dikenali dalam lipatan sejarah tanahair sebagai sebuah parti yang dipimpin oleh sekumpulan golongan agama yang gagal dan telah mengkhianati amanah rakyat dalam PRU 2013 lepas. Selama itu jugalah terma *_"bersekongkol dengan kezaliman"_*itu akan terus dilabelkan oleh rakyat kepada PAS, sekalipun mereka tidak bergabung ke dalam Umno/BN.

(20) PH hanya ada masa kurang dari dua tahun untuk menrealisasikan mana-mana option yang dikemukakan di atas. Atau untuk lebih tepat, *PH hanya ada setahun sebelum PRU14 berlangsung pada tahun hadapan*. Mahu tidak mahu PH perlu meneroka dan menjana satu kekuatan dan momentum yang sangat besar untuk PH berjaya melakukan “taking off” yang mampu melonjak dalam PRU14 kelak. Ia bukan lagi satu exercise berbentuk "trial-and-error", kerana indicator dari PRK 2016 sudah jelas dan cukup menunjukkan apa hasrat sebenar yang rakyat mahukan daripada sistem demokrasi di Malaysia.

W'alam.

*Ahmad Sayuti Bashiron*
*Data Pemilih, BPR,*
*AMANAH*

_https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10154251685054876_

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa