Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 23, 2016

Isu PAS Kelantan hadapi PRU14

Isu Kelantan: 

Pas memang risau kehilangan kuasa di Kelantan. Umno sedang  mara. 

Dari 6 kerusi DUN dalam PRU12 ke 12 kerusi dalam PRU13 dan Umno yakin akan menang 24 kerusi dalam PRU14 nanti berdasarkan kerja buat parti itu. 5 tahun kebelakangan, prestasi lemah wakil rakyat Pas, peranan JPP banyak bantu menjayakan projek untuk rakyat. 

Wakil Rakyat UMNO seperti Dato Pa, Tengku Razaleigh, TS Annuar Musa, Dato Ahmad Jazlan dan Dato Ikmal Hisham amat cemerlang dan mereka mampu menang lagi. 

Selain kerusi Gua Musang, Jeli, Machang, Peringat dan Tanah Merah, ada beberapa kerusi Parlimen dan DUN di bawahnya yang berpotensi cerah untuk dimenangi UMNO/BN. 

Antaranya Tumpat, Bachok, Pasir Putih dan Kuala Krai. Projek Bandar Pelabuhan dan Pelancongan Pantai Tok Bali menjadi impian penduduk Pasir Putih dan Bachok. PM sendiri Sudah berjanji untuk jadikannya priority.

Orang Bachok dan Pasir Putih sudah nampak wang berbilion akan mengalir ke Tok Bali. Politik janji pembangunan masih laku di kalangan orang Melayu. 

Kuala Krai pula memang asalnya kubu UMNO. Projek Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu akan jadi umpan ampuh pancing undi orang Kuala Krai. Alasannya section PAS dari Machang ke Krai tak mampu disiapkan. Jika dibawah BN, BN akan tolong siapkan. Takkan orang Kuala Krai tak terliur tengok section KB-Machang siap?

Di Tumpat tokoh muda Asyraf Wajdi sedang mengukir nama meski pun dia disebut-sebut akan pilih kerusi selamat, Pasir Putih. 

Dilemma Pas di Kelantan ialah; jika tanding bersendirian pasti kalah, nak u-turn ke PH malu Alah dan terpaksa kongsi kerusi dengan Amanah nisbah 3;7. Pilihan yang ada ialah ambil risiko tinggal serumah dengan ular sawa. 

Jika formula kerjasama dengan UMNO diambil, Pas akan survive untuk 5 tahun lagi tapi kuasanya dihakis UMNO. Menjelang PRU15 ular sawa pun mula lapar dan perlu makan besar!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa