Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 30, 2016

‘Sayakah si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?’

‘Sayakah si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?’ soal Kit Siang
28 Jun 2016
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman diminta jujur dan berterus-terang untuk menyatakan siapakah sebenarnya ‘kafir harbi’ yang dimaksudkan.

Permintaan ini dibuat Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan apabila mufti berkenaan berkeras tidak mahu menarik semula kenyataan bahaya itu atau meminta maaf kerana melabel DAP sebagai ‘kafir harbi’.

Kata Kit Siang, label ‘kafir harbi’ itu amat bahaya dan berbaur hasutan serta boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara yang memayungi masyarakat pelbagai lapisan kaum dan agama.

“Saya masih menunggu respon Abdul Rahman terhadap kenyataan saya semalam di Gelang Patah. Saya minta beliau berlaku jujur dan berani untuk menyatakan secara spesifik adakah saya orangnya si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?” soal Kit Siang dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, Kit Siang juga menuntut penjelasan mufti berkenaan adakah label ‘kafir harbi’ dibuat kerana DAP lantang memperjuangkan nasib rakyat tertindas dan jika demikian, bila pula masanya beliau menjadi ‘kafir harbi’.

“Adakah kerana saya bangun bersuara di Parlimen pada tahun 1978 menentang UMNO-Barisan Nasional mengisytiharkan darurat untuk merampas Kelantan dari PAS?

“Atau adakah kerana saya mengkritik cara kerajaan menangani tragedi Memali pada tahun 1985 yang telah mengorbankan 18 nyawa dan mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tragedi hitam itu?” tanya beliau.

Ujarnya, adakah label itu dilontarkan kerana Lim Guan Eng mempertahankan maruah seorang gadis Melayu di Melaka sehingga dimasukkan ke penjara akibat dan hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka, malah hilang kelayakan pencen dan hak mengundi selama lima tahun?

“Mungkinkah juga kerana pada tahun 2000 saya mengecam Kerajaan Persekutuan yang merampas royalti minyak Terengganu sebanyak lima peratus kerana PAS menang di Terengganu dan membentuk kerajaan negeri dengan Hadi Awang sebagai menteri besar?” Kit Siang menyoal.

Kesal dengan apa yang berlaku, beliau kehairanan kerana walaupun Malaysia memiliki pasukan khas anti keganasan yang memantau segala pergerakan dan ancaman penganas ISIS, ia tidak mampu menangkis pemikiran ekstrem agama ala-ISIS seperti kontroversi ‘kafir harbi’ yang hangat diperkatakan saat ini.

“Siapa yang lebih berbahaya, sama ada anggota ISIS Mohd Rafi Udin yang memberi amaran tiada lagi keamanan di Bukit Aman atau kenyataan Mufti Pahang yang mencetuskan polemik ‘kafir harbi’ tertuju kepada orang bukan Islam dan DAP khususnya,” soalnya lagi - sumber

1 comment:

  1. Takut takut makna kafur harbi melantun ke muka sendiri...amacan Mufti Man..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa