Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 26, 2016

Tak habis lagi pemimpin PAS dok merapu sorang-sorang merasa dirinya kuat!

Pas bukan bahan ujian parti lain
Posted on Sunday, June 26 @ 16:03:41 MYT by paktam
Oleh SAIFULLAH AHMAD

IPOH - Pas bukanlah bahan menguji kekuatan bagi parti-parti lain yang mahu bertanding pada pilihan raya.Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebaliknya Pas sudah membuktikan kekuatannya biarpun berseorangan.

Menurutnya, jika parti tertentu bertanding hanya mahu membuktikan mereka lebih kuat daripada Pas tanpa mempunyai hala tuju jelas, ia adalah tindakan yang sia-sia.

“Keputusan PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar menentukan hala tuju semua parti politik. Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan dengan menggabungkan semua kekuatan parti menunjukkan perjuangan sia-sia dan memberi kelebihan kepada Umno dan BN untuk berada di tempat selesa.

“Apa yang pasti, tindakan gabungan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK untuk menguji kemampuan mereka melukakan seluruh ahli dan penyokong Pas,” katanya.

Razman berkata, sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, BN akan mencapai keputusan yang lebih baik dari PRU 2004.

"Pas bagaimanapun sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan tetap bergerak tanpa perlu menyertai mana-mana pakatan," katanya.

Beliau berkata, di Perak, Pas sedang membuat persediaan untuk menghadapi situasi ini.

“Kita menetapkan untuk bertanding di 30 kerusi Dun majoriti Melayu dan baki 29 kerusi campuran serta majoriti Cina, Pas sedang membina calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

“Jadi Pas akan bertanding semua kerusi pada PRU14 nanti,” katanya.~SH

3 comments:

  1. Banyak duit deposit ok la tu......tapi bayar gaji tenaga pengajar dan harakah dulu .......elok sangat tu silakan Pas.

    ReplyDelete
  2. Kekadang terfikir..selalu dlm satu kumpulan...dua tiga org pendek akal.. skg dlm pas semua pimpinan pas pendek akal.. tu heran.. yang herannya lg.. setiap kali komen prk baru2 ni.. hampir semua pimpinan pas ckp bn akan mendapat keputusan lagi baik dr pru 13.. kenapa.. mengapa dan bagaimana tu.. kalau takde apa2.. tempua tak bersarang rendah...

    ReplyDelete
  3. Madalahnya PIS lah yg tak ada halatuju..bukan ke PIS tak nak menang..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa