Wednesday, 22 June 2016
INI CAKAP BEKAS KETUA HAKIM ATAU OTAK KETUA CAWANGAN UMNO DI CERUK KAMPUNG?
Tindakan Tun Mahathir Mohamad ingin menjatuhkan Najib Razak dengan berbaik-baik dengan DAP didakwa akan membawa kemudaratan besar kepada orang Melayu dan Islam di negara ini.
"Saya tak kisah jika Tun Mahathir berkempen untuk Parlimen meluluskan undi tidak percaya kepada Najib dan dengan itu memaksanya berundur sebagai Perdana Menteri.
"Tetapi saya tidak bersetuju apabila Tun Mahathir bersekongkol dengan DAP dan Amanah untuk mengalahkan calon BN kerana mudaratnya lebih besar.
"Janganlah hanya kerana tidak mahu Najib terus menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menyerahkan kerajaan kepada pembangkang yang diterajui oleh DAP."
Jika kita membaca kenyataan di atas tanpa mengetahui identiti orang yang bercakap, tentunya kita dengan pantas mengatakan ia adalah kata-kata seorang ketua cawangan UMNO yang duduk jauh di hujung kampung, tidak terdedah kepada internet dan mungkin masih menggunakan telefon tangan jenis analog.
Isi-isi hujahnya sebiji dan saling tak tumpah macam otak ketua-ketua cawangan UMNO yang sentiasa menagih projek kelas F untuk gebang kehidupan.
Pertama, di mana datang logiknya dia mengatakan lebih mudarat kepada Melayu dan Islam jika pembangkang yang mengambil alih kerajaan?
Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kini ditadbir oleh pembangkang, apakah Melayu dan Islam sentiasa terancam?
Di negeri-negeri lain yang dikuasai Najib pula, adakah kedudukan Melayu dan Islam bertambah baik atau lebih kurang sama saja dengan negeri yang ditadbir pembangkang itu?
Siapa yang selama ini banyak menggadai tanah, saham dan hak Melayu di negara kita?
Tidakkah disedari pemerintahan Najib sedang menjual satu demi satu aset dan tanah negara kepada negara asing melalui 1MDB, selain dirinya sendiri dicemari dengan skandal kewangan terbesar dalam dunia ketika ini?
Jika Najib dibenarkan berkuasa lagi, bayangkan apa yang seterusnya kepada negara kita?
Yang kedua, daripada mana dikutipnya fakta bahawa DAP yang menerajui pembangkang sekarang?
Hanya ketua cawangan UMNO di bawah tempurung yang selalu mengatakan demikian, malah menambah-nambah kaitan Amanah dengan DAP.
Yang ketiga, jika Tun Mahathir sudah bersedia bersama pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, sudah tentu ia juga akan disertai oleh sebahagian ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dengan Najib, malah jumlah kerusi wakil rakyat Melayu turut menjadi lebih banyak di Parlimen.
Lagi pula, berdasarkan pilihanraya 2013, jumlah kerusi yang ditandingi DAP tidak melebihi 70 daripada 222 keseluruhannya.
Maka, di mana alasannya suara Melayu makin menghilang melalui tindakan Tun Mahathir menyokong parti-parti pembangkang?
Sebab itu, lebih ramai yang percaya kenyataan di atas adalah kata-kata seorang ketua UMNO cawangan, bukannya lafaz kata seorang bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Seorang bekas Ketua Hakim sepatutnya mempunyai pemikiran yang terbuka, luas, melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut dan sentiasa objektif dalam pandangannya, bukannya sempit, tidak berpijak di bumi nyata serta selalu rasis.
Malangnya inilah yang kita dengar daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara.
Orang seperti inilah yang lebih sesuai menghabiskan banyak masa duduk di atas sejadah dan kerap mengunjungi Kaabah seperti yang disebut oleh Nik Abduh, bukannya Tun Mahathir. (SH 22/06/2016). - sumber asal

Sejak bila tun hamid pandai buat ulasan isu politik.
ReplyDelete